Saturday, March 8, 2014

Dr Wan Azizah mungkin calon PKR di Kajang?

SPEKULASI                                                                                       

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ekoran Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Hakim Mahkamah Rayuan petang semalam menyebabkan peluang Anwar untuk menyertai pilihan raya kecil Kajang menjadi tanda tanya. Sama ada Anwar dapat bertanding atau tidak belum diputuskan lagi. Pihak PKR dikatakan sedang menyemak undang-undang negeri Selangor bagi memastikan perkara itu.

Sekiranya undang-undang Selangor menghalang Anwar, PKR tidak ada usaha lain melainkan kena mencari calon pengganti Anwar.

Dalam menanti semakan undang-undang itu PKR sudah ada pelan B untuk meneruskan pilihan raya berkenaan. Beberapa nama telah dicadangkan agar mengganti Anwar Ibrahim. Antara nama yang disebut-sebut ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Mustapa Kamil Ayub atau pun Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini seakan Rafizi menjadi pilihan utama memandangkan kepada performance beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga kegeligaan pandangan beliau mengenai ekonomi. Rafizi dikira layak untuk menjadi Adun ataupun dihantar ke DUN Selangor.

Bagaimana selain Rafizi ada nama lain yang kini mula digemakan untuk menjadi pengganti kepada Anwar dan nama ini sedang laris diperkatakan. Beliau dimaksudkan itu ialah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah dikatakan paling sesuai untuk menjadi calon di Kajang memandangkan suasana dan senario kini. Sekiranya Wan Azizah menjadi calon sudah pasti keperibadian dan statusnya dapat menarik sokongan pengundi Kajang khasnya di kalangan wanita yang simpati dengan nasib diterima suaminya apabila Anwar dijatuhi hukum penjara.

Sekiranya Azizah dicalonkan sudah tentulah beliau bukan material untuk dilantik menjadi MB sebagai mengganti Khalid seperti mana dikehendaki Kajang Move sebelum ini. Menurut sumber dalam PKR masih belum memutuskan dan sama Azizah atau siapa calon PKR akan diumumkan secepat-cepatnya pagi Isnin.

Dalam pada itu adalah lebih afdal kalau ada tokoh lain yang boleh menjamin kemenangan besar kepada PKR dicari selain Wan Azizah. Pemilihan Wan Azizah akan memberi tafsiran yang PKR seolah-olah parti yang berkisar di sekitar keluarga Anwar sahaja. Disamping memastikan kemenangan, wajar kalau PKR turut memikirkan implikasi lain disebalik itu.  [wm.kl.5:44 pm 08/03/14]

1 comment:

Unknown said...

Menurut pendapat saya, calon terbaik untuk menggantikan Dato Seri Anwar di Kajang ialah Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR.

Sebagai orang lama dalam PKR yg kepimpinannya telah digilap oleh Anwar sendiri, Saifuddin mempunyai pengalaman politik yg luas & disenangi ramai pihak, baik dalam PKR sendiri mahupun dikalangan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Semenjak kekalahannya di kerusi Parlimen, Saifuddin tidak lagi mewakili mana2 kerusi. Pencalonannya di Kajang dilihat amat wajar untuk membawa kembali Saifuddin di arus perdana politik nasional.

Pencalonan dan sekaligus kemenangan Saifuddin Nasution di Kajang akan melengkapkan rencana awal Anwar & PKR untuk membawa masuk Saifuddin kedalaman pentadbiran negeri Selangor. Ketokohan Saifuddin yg amat dihormati & dihargai dalam PKR juga dilihat berupaya menjadi pendamai & pengimbang pergeseran diantara penyokong Azmin Ali & Tan Sri Khalid Ibrahim di negeri Selangor.

Walaupun mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi saya tidak melihat Rafizi ataupun Nurul Izzah mampu memainkan peranan sebagai pendamai & pengimbang persaingan politik dalaman PKR di negeri Selangor sekiranya salah satu diantara mereka dicalonkan di Kajang. Mereka juga sudah digalas dengan amanah sebagai anggota Parlimen, berbanding dengan Saifuddin yg tidak mewakili mana2 kerusi.

Meskipun demikian ini tidak bermakna bahwa saya membayangkan Saifuddin Nasution perlu & wajar dilantik menggantikan Khalid Ibrahim selepas pilihanraya Kajang.

Menurut pengamatan saya, rencana menggantikan Khalid dengan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor buat sementara ini telah terbatal secara automatik gara2 penghakiman kes liwat II. Sebarang rencana untuk menggantikan Khalid dengan tokoh lain mungkin mengundang bencana sekiranya tidak diperhalusi dengan teliti memandangkan Khalid sendiri sudah memberi signal yg jelas yg beliau tidak bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Menteri Besar Selangor.

Saranan agar Wan Azizah bertanding di Kajang saya lihat sebagai terlalu idealis & tidak praktikal. Dinamika politik Selangor terlalu kompleks & bercabang2 plot nya untuk seorang Wan Azizah menanganinya. Selangor perlu dikemudikan oleh seorang panglima yang tangkas dalam tindakan & cerdas dalam membaca helah & muslihat politik. Ini tidak bermakna saya menafikan keupayaan Wan Azizah sebagai seorang pemimpin, cuma dari pengamatan saya, jujur saya katakan, pencalonan Wan Azizah di Kajang tidak sesuai &tidak kena dengan senario & dinamika politik Selangor.

Saya fikir adalah lebih baik Wan Azizah di 'reserve'kan peranannya dikemudian hari untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh sekiranya Anwar benar2 dipenjarakan.Ini lebih bersesuaian dengan situasi memandangkan Wan Azizah mempunyai pengalaman mewakili Permatang Pauh & mempunyai ikatan pribadi & keluarga dengan pengundi di Permatang Pauh.

Wallahualam.