Tuesday, March 18, 2014

Ahli parlimen Umno dipanggil ke satu pertemuan khas 25 Mac?

HANGAT TENGAH HARI                                                                

Dalam negara seakan sedang bergabun dengan kehilangan pesawat MH370 dan para pemimpin tertinggi Umno pula dalam kebuntuan mencari penyelesaian ke atas kehilangan itu tiba-tiba terdengar satu khabar ahli-ahli Parlimen Umno akan dipanggil untuk menghadiri satu pertemuan khas pada 25 Mac ini? Pertemuan itu terbatas kepada ahli-ahli parlimen yang tidak ada jawatan dalam Kabinet.

Himpunan itu katanya diaturkan oleh bekas perdana menteri yang masih hidup. Jelas ianya bukan Abdullah Ahmad Badawi. Rancangan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen itu menimbulkan tanda tanya. Difahamkan Najib Razak sudah pun memaklumkan perkara ini dan sedang memantau.



Besar kemungkinan tarikh itu dipilih sebelum berlakunya kehilangan pesawat MH370 itu. Mereka yang atau menetapkan tarikh itu tidak tahu akan kejadian itu. Bagaimana pun ia dipercayai ia ditetapkan sebelum Anwar Ibrahim djatuhi hukum penjara lima tahun.

Manakala kenapa tarikh 25 Mac dipilih adalah agar ia diadakan selepas keputusan pilihan raya kecil Kajang diumumkan. Berdasar kepada hipotesis ini jelas pertemuan itu ada membawa maksud tersembunyi.

Berkebetuan pula pesawat MH 370 hilang dan menjadikan ketua utama pemimpin negara dalam kebingungan ini menjadi pertemuan dirancangkan itu seperti orang mengantuk disorong bantal? Pertemuan itu seakan mahu mengasak dan memberi tekanan kepada pemimpin nombor satu sahaja.

Apa yang boleh diagakkan tujuan pertemuan itu bagi merancang dan mengambil sesuatu keputusan yang ada kaitan dengan pentadbiran Najib Razak. Kekalahan pasti calon MCA, Mei Fun  di Kajang akan dijadikan kayu ukur kepada kelemahan kepimpinan politik Najib, manakala kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 orang penumpang itu akan dijadikan alasan bonos untuk mengatakan pengurusan Najib sangtat lemah.

Di mana dan jam berapa pertemuan itu akan diadakan tidak dapat dipastikan. Apa yang terdedah sudah, ialah seorang ahli parlimen bersama seorang bekas wartawan pernah bersama Mahathir di sebuah pulau di Langkawi. Katanya seseorang menjadi wakil kepada Muhyiddin Yassin juga turut hadir? Tunggu maklumat dan laporan seterusnya. "Awani" berhenti rihat sekejap. [wm.kl.12:33 pm 18/03/14]
Post a Comment