LANGSUNG KAJNAG
[kemaskini]
8:00 malam. Kedudukan terkini PKR memperolehi 16,086 manakala BN mendapat 10,407 majoriti 5,679. Hanya kira-kira 1,500 undi.
7:40 malam. PKR terus mendahului BN dengan kelebihan undi sebanyak 5,427 undi. Dengan 88% undi dikira PKR mendapat 15,055 undi manakala BN mendapat 9,628 undi. Apakah PKR mampu meraih 6,000 ke atas undi majoriti?
7:00 malam. Pengiraan undi sudah bermula. Daripada 53 peti undi yang dikira PKR sudah mengatasi BN. PKR mendapat 10,187 undi manakala BN mendapat 6,494. Dr Wan Azizah sudah mengatasi Mei Fun sebanyak 3,693 undi. Masih ada 35 peti undi dalam proses pengiraan.
5:00 petang semua 15 pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi di pusat pengundian bermula jam 6:00 petang. Sekitar jam 6:45 gambaran keputusan awal akan sudah diketahui.
4:33 petang. Seperti dijangkakan peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Kajang agak lemah berbanding dengan peratus keluar mengundi semasa pilihan raya umum lalu. Peratus keluar mengundi setakat jam 3:50 petang tadi sekitar 60.85%, dimana peningkatannya sekitar kira-kira 20%. Peratus jam 12:00 tengah hari mencatatkan 40.81% yang keluar mengundi.
Adalah dijangka peratus keluar mengundi dengan tempoh mengundi hanya tinggal satu jam setengah lagi disekitar 78% saja mungkin tidak mencecah 80%.
Kerendahan peratus ini menyebabkan sasaran atau telahan awal oleh para penganalisa politik yang meletakkan calon PKR Dr Wan Azizah Ismail menang besar hingga mencecah 7,000 bakal meleset.
Faktor menjadi hambatan ialah kerana calon dan pilihan raya kecil itu sendiri tidak memberi apa-apa signifiken apabila calon awalnya, Anwar Ibrahim gagal bertanding.