Tuesday, April 1, 2014

MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga

MENGENANG MH370                                                                          

Tempoh Najib sebagai PM juga hampir BERAKHIR.
Persoalan di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini tentang maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Bervariasi.

Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac, sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Airlines System (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.

Ismail Nuh kembali ke Rahmatullah

BERITA DUKACITAA                                                                        

Ustaz Ismail Nuh
Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas dua penggal, Ustaz Ismail Nuh telah kembali ke Rahmatullah jam 2:45 malam tadi. Beliau yang sudah lama mengalami stroke dimasukkan ke wad ICU hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu seminggu lalu kerana menghidap kayat.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham memenangi kerusi parlimen Pasir Mas tahun 1999 dan 2004 mengalahkan Inchek Ibrahim Ali dengan majoriti hampor 10,000. Pilihan raya 2008 beliau tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Inchek Ibrahim bertanding atas tikit Pas.

Ismail juga adalah bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas dan dalam lantikan politik selaku Penolong Pengarah YIK (Pendidikan) dan Ketua Pengelola Dakwah Halaqah.

Catatan belasungkawa akan menyusul. [wm.kl.10:47 am 01/04/14]

Monday, March 31, 2014

Lojing yang indah dan hebat dimata?

CATATAN PERJALANAN                                                                

Selasa lepas menghantar anak perempuan ke kampusnya di Seri Iskandar, Perak saya melalui Simpang Pulai menuju Lojing untuk pulang ke kampung halaman di kampung Gual Nibong, Rantau Panjang, Kelantan. Perjalanan bersama tiga beranak tengah hari itu dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang melalui Lojing, melalui bukit bukit, menurun cerum dan lembah, sangat menyeronok dan menyegarkan minda.

Beginilah pemandangan disepanjang jalan di Lojing.
Pemandangan alam semula jadi yang segar di beberapa buah kampung Orang Asli, Post Broke, Kampung Raja dan lain hinggalah ke simpang ke Kuala Betis di Gua Musang mendamaikan. Alam flora dan fuana semulajadi masih kekal menjadikan keamanan yang dinikmati di negara ini bertambah-tambah.

Apa lagi angin dari tanah tinggi Lojing yang ketinggi 2,000 meter dari paras laut berhembus dari lereng-lereng banjaran Titiwangsa menyegar dan melegakan nafas. Kesejutan deruan anginnya cukup membolehkan kita tidak memerlukan penghawa dingin dalam kereta. Jarak dari Simpang Pulai ke Gua Musang sekitar 110 km, keadaan jalan yang lawas dan terelak kesibukan dan jam memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit. 

Sunday, March 30, 2014

Mengapa Tokguru Nik Aziz menangis?

MENYELIT RASA                                                                               

Secara relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimananya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan Allah. Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada Allah sebanyak mungkin agar Allah memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.

Tokguru menundukan muka sambil menagan sebak.
Semasa memberi tazkirah rengkas selepas Subuh Sabtu lalu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan," demikian rayu Nik Aziz diselai tangisan memilukan.

Beliau juga mengaitkan  sakit yang dihadapi kini mungkin kerana kifarat Allah ke atasnya. "Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan yang saya buat selama pimpin Kelantan."

Tujuh Cabang Keadilan Kelantan berebut ketua

PERKEMBANGAN PKR                                                                   

Abdul Aziz Kadir.
Kedudukan tujuh atau lapan ketua cabang PKR (Keadilan)  di Kelantan akan dicabar dalam pemilihan parti pada April depan. Ketentuan sahih mengenai maklumat ini akan diketahui 4 April depan apabila tarikh pencalonan ketua cabang berakhir.

Antara cabang akan melibatkan pertanding ialah Kota Bharu, dimana ketua sekarang Abdul Halim Harun akan ditentang oleh Ketua AMK Kelantan Azihan Che Seman, ketua cabang Jeli, Mat Sulaiman pula akan ditentang oleh Ramlan Mat, ketua cabang Kuala Krai, Roslan Putih akan ditentang oleh Halimah.

Lain-lain cabang akan menyaksikan perlawanan, Pasir Puteh, ketua sekarang Mohd Noor Sidik ini akan ditentang oleh Ismail Mohamad manakala ketua cabang Gua Musang pula akan berlaku perlawanan di antara Shah Amiruddin dengan Penyelia Dun Paloh Noraini Hussein yang juga ketua cabang Rantau Panjang.

Kekuatan Pas Kelantan masih belum tergugat

HIMPUNAN REFROMASI                                                                

Ahmad Yaakub berucap pada himpunan Reformasi 2:0
Kelmarin dulu berlangsung dua event politik di Kelantan. Satu, diskusi yang mengundang bekas TPM Musa Hitam dan bekas Exco Kelantan Husam Musa. Majlis diskusi malam itu dianggap sebagai majlis semi ilmiah yang akan membentangkan sejarah dan potensi politik Malaysia di masa depan. Pemilihan dua tokoh membicarakan tajuk, "Politik Malaysia: du
lu dan sekarang", dilihat satu perencanaan jitu untuk memberi kefahaman politik kepada generasi terkini sebagai satu perbandingan.

Dua perkara yang memerasankan saya dengan dua event berkenaan. Pertama, kurangnya sambutan, kedua mauduk majlis itu tidak kesampaian. Bukan saja masa terhad, (dua jam setengah), tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh pengerusi Dr Muhammad Agus Yusuf, tidak fokus kepada tajuk tetapi mencecer ke soal-soal bersifat personal mengenai kedua ahli panel.

Memali: Siapa bohong Musa atau Mahathir?

DISKUSI 2                                                                                         

Sebaik saja Musa Hitam menjelaskan yang Mahathir Mohamad berada di dalam negara sewaktu kejadian berdarah Memali, saya sudah bayangkan yang Mahathir akan menafikan dakwaan Musa itu. Pendedahan Musa itu menuntut Mahathir bersuara. Kalau takdir masa ini Mahathir berada dalam ICU, dan Tuhan telah menarik suaranya daripada berkata-kata, Mahathir kena jawab dengan cara menulis. Kalau tangannya mengalami gengren, dia harus menulis dengan kaki.

Saya sempat minta penjelasan lanjut dari Musa.
Dan kalau kakinya juga mengalami gengren, dia harus merekodkan jawabannya dalam darah atau cebisan daging yang boleh dihantar ke frenseik untuk menterjemahkan jawabannya. Penjelasan Mahathir sangat penting bagi para pendedam terhadap tragedi yang meragut 14 nyawa pada 19 November 1985 itu.

Friday, March 28, 2014

Isu Memali: Musa perbetul fakta yang dikelirukan

DISKUSI 1                                                                                                      

Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam malam tadi membetulkan fakta mengenai peristiwa Memali yang berlaku 28 tahun lalu sekaligus memberi maklumat baru yang sungguh mengejutkan mengenai pengkaitan dirinya dengan kejadian tersebut. Ada orang beranggapan kecelakaan nasibnya dalam politik adalah disebabkan hukum karma ke atas pembabitan beliau dalam tragedi berdarah yang meragut 14 nyawa dan puluhan lain yang cedera itu.

Musa sebagai veteran politik diraikan.
Lebih sadis, ada juga yang mengaitkan tragedi malang yang menimpa anak dan cucunya dalam runtuhan Highland Tower tidak lama dulu juga sebagai balasan ke atas kekejamannya menerusi peristiwa Memali.

Posisinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu menyebab secara automatik beliau dianggap sebagai orang bertanggungjawab atas kejadian berdarah itu. Untuk kesekian lama beliau dipersalahkan dan dicemuhi berhubung kejadian itu. Kalau disatukan segala maki hamun dan sumpah seranah ke atasnya mungkin sudah ribuan bakul. Mengapa tidak kejadian Memali itu merupakan tindakan politik paling sadis di negara ini.

Monday, March 24, 2014

Penantian MH370 sudah terjawab, ia terhempas

BELASUNGKAWA                                                                           

Penantian jawaban kepada kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke-17 berakhir malam ini apabila ianya disahkan berakhir (terhempas?) di selatan Lautan Hindi. Perkara ini diumumkan perdana menteri Najib Razak Jam 10: 00 malam ini.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu kira-kira jam 1:30 pagi dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Pesawat B700.200 itu membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal. Saat terakhir ia dikesan oleh radar tentera 2:15 pagi.


Kehilangan MH370 merupakan tragedi paling hitam dan paling merah buat negara yang memberi banyak iktibar dan pengajaran kalau ingin dikutip. Persoalan yang timbul di sebalik kehilangan itu bukan saja mengenai nasib pesawat berkenaan tetapi hal-hal sampingan lain yang menunjukkan kelemahan kita dalam beberapa aspek. 


Pengumuman malam ini hanya menjawab persoalan selama lebih 400 jam apakah kesemua penumpang itu masih hidup atau mati? Dengan pengesahan itu menjelaskan semua penumpang meninggal. Bagaimana pun misi pencarian masih diteruskan untuk menentukan apakah sebenarnya yang terjadi kepada pesawat malang tersebut.


Takziah kepada keluarga semua penumpang MH370.
[wm.kl.10:27 pm 24/03/14]

Sunday, March 23, 2014

PKR menang tanpa membawa erti besar?

ULASAN PRK KAJANG                                                                   

Pilihan raya kecil Kajang yang mulanya digerakkan menerusi projek Kajang Move sudah berakhir kira-kira empat jam lalu. Seperti dijangkakan awal-awal, kemenangan berpihak kepada PKR menerusi calonnya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Azizah mengutip sebanyak 16,741 undi manakala lawannya calon BN, Chew Mei Fun mendapat 11,363 undi. Majoriti ialah 5,379.

Azizah diapit Anwar, pemimpin PKR selepas diumum menang.
Majoriti berkurangan sebanyak 1,445 berbanding yang diraih calon PKR Lee Chin Cheh dalam pilihan raya umum lalu, sebanyak 6,824 undi. Kekurangan majoriti sudah dijangka sekiranya peratus mengundi berkurangan. Ternyata peratus keluar mengundi relatif berkurangan sebanyak 16.3%. Peratus keluar mengundi pilihan raya kecil 72.1% manakala pilihan raya umum 88.4%.

PKR dan pendokongnya berhak bergembira dengan kemenangan itu. Kemenangan itu menyelamatkan kerusi Dun PKR di Selangor. Tetapi ia bukan kemenangan sebenarnya. Langkah Kajang dianggap gagal apabila Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding kerana terhalang oleh keputusan mahkamah. Kegagalan Anwar itu menyebabkan pilihan raya kecil itu tidak membawa apa-apa makna.