Tempoh Najib sebagai PM juga hampir BERAKHIR. |
Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac, sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Airlines System (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.
Turut juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM juga menyorong tarik maklumat dicerapi dari radarnya tentang pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa dititik nokhtahkan.
Bermula dari pecanggahan itulah ia membawa kepada percanggahan demi percanggahan sampai ke hari ini. Iya mungkin menjadi betul apabila di Mahsyar besok apabila mulut dan lidah tidak lagi menjadi saksi? Percanggahan fakta dalam kes sebesar ini menjatuhkan imej negara ini di muka dunia. Semua kehebatan yang kita rasa dan senandungkan selama ini, lenyap dalam sekelip mata. Kemudahan first class telah jadi 'longkang class'.
Begitu juga mengenai ketahanan dan keselamatan negara. Gara-gara tidak ada sistemetik, penyelarasan konkrit ataupun sikap acuh tidak acuh dan juga ingin menunjuk-nunjukan akulah... akulah, menjadikan semua maklumat dan kerahsiaan pertahanan negara terdedah dan sinar sama sekali. Hari ini mana-mana kuasa luar, sama ada kecil atau besar yang ingin menyerang negara ini, mereka boleh lakukan sambil pejam mata saja kerana semua pintu masuk sudah dibuka atau mengetahui di mana letaknya kunci dan ruang mana yang boleh diterobosi. Musuh bukan saja dapat menyuluh apa yang ada dalam kamar tidur kita, tetapi juga apa yang ada dalam kain sarung kita laki bini.
Percanggahan paling besar, ini menyukarkan dan meletakan Perdana Menteri, Najib Razak dalam situasi genting dan seperti orang gila, ialah berhubung pengumuman kononnya pesawat itu telah BERAKHIR di lautan Hindu. Terma atau istilah yang digunakan itu menimbulkan keraguan kerana ia disifatkan sebagai sudah tamat segala-galanya. Tamat segala-galanya bererti pesawat itu terhempas dan semua penumpang mati.
Kesimpulan nasib pesawat MH370, B700-200 itu dibuat berdasarkan kesimpulan dengan penemuan objek dari data-data satelit Australia dan lain-lain. Yang menghairankan dan gila babinya, Najib sendiri tidak melihat apakah menantang objek berkenaan, apakah ia serpihan pesawat MH370 atau sirip ikan pauh atau belakang jerung, tetapi beliau sudah membuat kenyataan menamatkan segala penantian orang ramai dengan menyebut pesawat BERAKHIR di lautan Hindi.
Macam mana sesuatu yang belum pasti kita sudah memastikannya? Kubur tidak boleh disiapkan tanpa ada mayat dikafankan. Apakah Najib sudah tidak tahan dengan tekanan demi tekanan ke atasnya yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang mahu kepastian mengenai pesawat itu, maka beliau memberi jawaban berlapik ianya BERAKHIR dengan harapan tekanan mereda?
Awal-awal lagi orang konfius dengan kenyataan dan hujah Najib. Untuk menampakkan kebenaran disebalik hipotesis itu, mengatakan pesawat itu berakhir beranologi terhempas, pihak media massa sudah diarah menyiarkan promo bacaan ayat-ayat Quran di televisyen dan ucapan takzirah dimedia cetak. Lebih gila dan tolol lagi, sudah ada institusi ulamak yang menganjurkan sembahyang ghaib? Bukankah tindakan belasungkawa itu menunjukkan persawat itu menjadi arwah bersama 239 penumpangnya?
Semua tindakan dan keputusan (kenyataan) ini menunjukkan kebingungan semua orang termasuk perdana menteri yang dinasihati oleh orang yang juga bingung. Ia juga menyerlahkan seorang perdana menteri yang jahil dalam bidang agama, manakala yang cerdik pula tidak berani menyatakan kebenaran berdasarkan agama kerana bimbang elaun dan kemudahan kenderaan dan rumah hilang. Apakah jenis para penasihat agama seperti ini? Yang nyata mereka lebih busuk dari bangkai biawak dilanggar lori selama 24 hari.
Apabila setelah lebih 10 hari, objek yang disangka serpihan pesawat MH 370 seperti dicerapi data satelit yang membolehkan Najib mengatakan pesawat itu BERAKHIR di lautan Hindu tidak ditemui, kini sepupunya Hishmuddin cuba membetulkan dan membela kenyataan Najib. Setelah Najib ditekan berhubung kenyataan itu Hishamuddin tampil menjadi 'Wak Yek', untuk membela Najib dengan mempertahankan kenyataan Najib, yang Najib tidak sebut terhempas atau semua mati, tetapi menyebut ia BERAKHIR di lautan Hindu.
Memang Najib tidak sebut terhempas atau semua penumpang mati. Tetapi apakah maksud dan pengertian BERAKHIR terma yang digunakan Najib itu?
Apakah perkataan BERAKHIR digunakan itu adalah perkataan kaum bangsawan seperti mereka berdua menunjukkan ia belum berakhir? Orang tidak faham bahasa bangsawan, kalau perkataan BERAKHIR itu adalah bahasa digunakan Najib, Hihsmuddin dan kaum kerabatnya. Najib harus sedar yang mendengar pengumuman beliau bukan kaum bangsawan tetapi orang awam diseluruh dunia yang memaksudkan BERAKHIR itu sebagai tamat. Tamat bererti semua mati. Ini dikejapi lagi dengan ucapan takziah daripada orang ramai.
Adalah elok kalau Najib sendiri tampil untuk kali kemepat dalam tempoh 24 hari kehilangan pesawat itu membetulkan terma yang digunakan atau perkataan BERAKHIR itu. Jelas dengan berani dan bertanggungjawab dan jangan sesekali bermain wayang di sebaliknya. Kebenaran itu tidak boleh ditusuk selindung di sebalik sepatah kata-kata. Jangan mengharukan pemikiran umum dengan kata-kata menerminkan kita lemah dan pengecut.
Sekiranya Najib tidak berani tampil membetulkan kepala orang yang semua bingung dan gila gara-gara ketidakselarasaan dan ketelusan dalam memberi penjelasan, nescaya ramai orang akan jadi gila dan sasau apabila mengenang kehilangan pesawat berkenaan. Najib jangan jadi perdana menteri yang berdosa. Sekiranya beliau tidak berani maka dengan hormatnya lepaslah jawatan Perdana Menteri, sesungguhnya anda tidak layak. Tempoh untuk Najib sebenarnya sudah BERAKHIR. [wm.kl.12:28 pm 01/04/14]
No comments:
Post a Comment