Tuesday, April 22, 2014

Daim tidak perlu takut untuk disiasat semula

SUSUPAN MALAM                                                                               

Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.

Pada 14 April lalu Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti telah memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.

Daim mempertiakai laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Halim Saad bekas Pengerusi Malaysia Airlines Syestem Bhd (Mas), Tajuddin Ramli bekas Pengarah Mas.

Dalam siasatan itu SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubungkait beliau dengan amalan rasuah.

Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi. Orang bersih suka kalau disiasat bebeberapa kali pun kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.

Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui. Walaupun SPRM telah menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus. [wm.kl. 8:12 pm 22/04/14]

No comments: