GELOMBANG MALAM
Laut China Selatan sedang bergelora dan ada cerita penyu akan hanyut ke darat dan menangis merintihkan nasibnya. Walaupun kebenarannya jauh tetapi sudah ada orang yang resah gelisah, tidak mahu bercakap panjang mengenai topik yang sedang hangat diperkatakan. Khabarnya nak kekah keropok lekor pun sudah tak ada angin.
Apakah itu, ianya mengenai kisah Ahmad Said, menteri besarTerengganu yang kini berdepan dengan hakiki dia akan ditukar sebagai MB. Walaupun berita penukaran itu sudah lama memanjang dan melebar di dalam blog, tetapi ia terus menjadi berita yang melambung-lambung hati dan jantung Ahmad Said.
Ahmad Said akan jadi macam David Moyes, Manager Manchester United.
Ahmad Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan mengganti beliau menafikan. Orang yang dijaja ialah pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembur ke atas hari ini.
Rozi Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada orang yang mengheret namanya.
Tidak mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat, tetapi ada nama lain.
Nama itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya beranikah Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan, perkenankah tidak? Bersambung esok atau lusa. [wm.kl.8:27 pm 23/04/14]
No comments:
Post a Comment