SUSUPAN TENGAHARI
Bermula hari ini (26 April) hingga 11 Mei depan seramai 496,203 ahli PKR di seluruh negara aqkan menuanaikan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan untuk sessi 2014 - 2016. Seramai 203 calon untuk semua jawatan di peringkat pusat menawarkan diri bertanding, kecuali presiden yang sudah dimenangi Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila lawannya, Anwar Ibrahim menarik diri.
Pecahan itu ialah seramai empat merebut jawatan Timbalan Presiden, 15 Naib Presiden, 74 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, dua calon Ketua Wanita, tiga calon Timbalan Ketua Wanita, enam calon Naib Ketua Wanita dan 30 calon majlis pimpinan wanita.
Tiga calon merebut jawatan Ketua Angkatan Muda, empat calon merebut jawatan Timbalan Ketua, sembilan calon Naib Ketua dan 62 calon pimpinan Angakatan Muda.
Perebutan jawatan dalam PKR kali ini hangat dan meriah, sekaligus ini menunjukkan parti itu berada di tahap membersangsangkan. Penyertaan ramai calon merebut berbagai jawatan menunjukkan PKR mendapat sambutan dan menjadi minat orang ramai. Kalau PKR lemah ia tidak mungkin diminati. Pertandingan bukan saja untuk jawatan di peringkat pusat, tetapi Cabang-cabang juga panas.
Faktor kenapa berlaku ramai perebutan ialah kerana parti itu berpotensi untuk menjadi sebuah parti utama di negara ini. Kemenangan dan kejayaanyan dalam tiga pilihan raya lalu, terutamanya pilihan raya terbaru (2013) dimana Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular UBN sebanyak 2% menyerlahkan akan sokongan rakyat. Ia ditambah dengan kebobrakan sistem pentadbiran dan pengurusan dalam kerajaan Umno begitu parah, menyebabkan minat generasi muda kepada parti itu berkurangan.
Bagaimana pun disebalik kemerihah pertandingan ini timbul sedikit kebimbangan apabila dilihat kepada bentuk kempen dijalan dalam media baru yang agak sadis. Kecaman dan fitnah dilemparkan kepada calon-calon tertentu menyebabkan PKR seolah-olah sama dengan kempen parti-parti lain seperti Pas. Pas semasa berlangsung muktamar lalu telah melaksanakan kempen secara memburuk-bukan di antara satu sama lain serta membina klik (kabilah) dimana ia lebih teruk dari Umno.
Bagaimana pun kempen dalam PKR sedikit baik berbanding dengan Pas kerana tidak sampai melebelkan kumpulan itu sebagai syiah, qardani atau orang itu jahil tidak faqeh agamanya dan sebagainya. Tidak ada perlebelan seperti berlaku di dalam Pas sehingga orang konfius apakah Pas sebagai parti berlandaskan Islam atau sekular macam Umno juga.
Hendaknya di sebalik kempen-kempen buruk dalam pemilihan PKR kali ini tidak terselit agenda luar yang bertujuan merosakkan parti berkenaan. Mungkin pihak PKR sendiri sudah memastikan bahawa mereka yang bertanding itu ikhlas untuk membina parti dan bukan menyertainya dengan tujuan lain.
Kita bimbang kalau pertandingan yang meriah ini diselit dengan agenda lain, ia boleh merosakkan kestabilan PKR. Mungkin kebimbangan ini akan terjawab selepas selesai pemilihan nanti. Kalau yang kalah dapat menerima kekalahan dengan baik dan yang menang tidak mengenepikan yang kalah, ertinya pertandingan kali ini sihat dan demokratik. Situasi ini menunjukkan PKR sebuah parti yang gentlemen.
Cuma di sini sedikit ingin dipesan kepada para perwakilan dalam membuat pemilihan agar tidak memilih berdasarkan puak. Pilihlah berdasarkan keperibadian dan juga ketokohan seseorang calon serta kewibawaannya untuk membawa parti. Dibimbangi kalau pemilihan dibuat mengikut puak, ia akan membahayakan parti. Sekiranya jawatan penting dimonopoli oleh satu puak sahaja menyebabkan akan timbul perbalahan dan perpecahan.
Di sini ahli PKR perlu bijak mengatur barisan pemimpin sekiranya mereka ingin melihat parti itu mantap dan kuat. Kepada semua ahli PKR selamat memilih semoga pemilihan adan membawa kecemerlangan kepada parti. [wm.kl.1:48 pm 26/04/14]
No comments:
Post a Comment