Thursday, April 17, 2014

Ahli PKR harus berada dalam taman KeadilanRaya

 ULASAN                                                                                              

Azmin berucap melancar KeadilanRaya.
Perlancaran Gagasan KeadilanRaya yang diumumkan oleh Timbaan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis reptai kempen perebutan jawatan dalam PKR pada Mei depan, bertempat di Petaling Jaya malam tadi bukan saja ianya perlu dilihat ‘raya’nya himpunan untuk menyokong penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin agar meneruskan kepimpinan sebagai orang nombor dua dalam parti, tetapi ia perlu dijangkau lebih jauh kedepan tanpa menyerabutkan dengan kepentingan individu.


Yang perlu dilihat dan diamatinya ialah potensi dan masa depan PKR yang lebih menyakinkan dan serius selepas perlancaran gagasan berkenaan yang membentuk menjadi ideologi PKR. Kalau PKR sebelum ini dianggap tanpa ‘tanjak’ kerana tidak ada ideologi jelas, nah, mulai semalam PKR sudah segak bertanjak dan dilengkapkan dengan roh dan tulang belakang kepada sebuah perjuangan. Ideologi boleh diibaratkan nafas kepada sesuatu perjuangan.

Angkat banner sokong Azmin.
Perlancaran Gagasan KeadilanRaya yang membentuk sebuah ideologi adalah sesuatu yang tepat dan dinanti-natikan kesekian lama. Setelah 15 dekad parti itu berada di persada negara, mengharungi samudara demokrasi pilihan raya sebanyak tiga kali, namun belum dilengkapi tajak, ia semacam kabur arah dan matlamat dasarnya, serta seperti sebuah parti yang tidak siap. Kekaburan idealisme PKR menyebabkan ia menjadi persoalan dan ejekan pelbagai pihak sehinggakan ada yang menganggap ia sebuah parti sementara atau pun belum siap.

Sebahagian yang hadir.
Selama ini PKR yang dilihat parti multi-racial yang membawa stail politik baru (modern) terpecat dari fahaman dan gaya konvesional, tidak diketahui apakah ideologinya. Anggapan itu masih bersifat angan-angan manakala dalam keadaan tertentu PKR dilihat hanya milik satu kaum sahaja. Tanggapan ini menjadi jelas lagi apabila ada orang yang mahukan Melayu memonopolikan PKR atas dasar Melayu menguasai lebih 55% dalam PKR.

Kekaburan PKR sebelum ini menjadi orang bersoal jawab sesama sendiri. Ahli akademik menilai dari kamar kuliahnya mencari kejelasan itu. Apakah ia berdasarkan kepada perjuangan bangsa sebagai tunjangnya, ataupun agama sebagai matlamat perjuangannya. Untuk mengatakan ia pejuang bangsa Melayu, tidak, kerana PKR adalah milik bukan satu bangsa, tetapi milik bangsa Malaysia. Begitu juga ia bukan sebuah parti yang memperjuangkan untuk kepentingan satu-satu agama, maka ia bukan boleh dikatakan sebagai parti agama (Islam) dan parti bangsa (Melayu).

PKR yang berada ditengah-tengah kedua gergasi parti Melayu (Umno dan Pas) untuk muncul sebagai parti modenn yang lebih tepat dan relevan mewkaili generasi dizamannya. Generasi Y, atau generai celik IT memerlukan sebuah parti yang bersifat global, bersemangat sejagat dan terkeluar dari kongkongan pemikiran dan pemahaman yang sempit lagi kolot. Mitosme dan khurafatisme yang dianuti Umno serta sikap dogmatiknya sudah termansuh dan tidak popular lagi.

Perubahan bingkai dan isi politik di negara ini sangat diperlukan setelah lebih setengah abad negara merdeka. Sesebuah negara tidak akan melonjak ke hadapan, menambah kualiti tatabudi rakyat apabila ia lesu dan jauh dari alur pemikir generasi alaf baru. Ketepuan ini yang dibina oleh Umno-BN demi mengukuhkan kekuasaanya hendaklah dirobohi oleh politik baru PKR yang sangat dinantiharapkan oleh generasi muda.

Ketua AMK turut sama hadir.
Ketua Wanita Pusat juga ada sama.
PKR ditubuh pada 4 April 1999 sudah berusia 15 tahun. Kandati dalam usia spera pra-matang, tetapi ia sudah menunjukkan hasil memuas dan menyakinkan. Perwujudan Pakatan Rakyat yang ditunggki dan berketuakan 'demokrat muslim' Anwar Ibrahim PKR telah berjaya menafikan suara majoriti dua pertiga UBN di parlimen. Dan dalam pilihan raya umum ke-13, yang lalu Pakatan Rakyat telah mengatasi 2% suara popular berbanding dengan UBN dengan mendapat 52%. Ini adalah kejayaan dan kehebatan PKR yang tidak boleh disangsi dan dinafikan. Kejayaan ini tidak pernah diraih mana-mana pakatan politik sebelum ini.

Apabila gagasan KeadilanRaya dilancarkan dan menjadi ideologi, ia bertepatan ke arah menyediakan PKR sebuah parti berwibawa dan wadah pengganti. Rangkulan idealisme para pejuang nasionalis dari berbagai negara khasnya di Asia seperti Seokarno, Ghandi, Nehru, Chandra Subha, Muhammad Ali Jinnah, Jose Rizal serta Burhanuddin al Helmi dan Tunku Abdul Rahman adalah satu usaha bijak dimana roh perjuangan merekalah yang dipupuk yang menjadi nadi ideologi kepada PKR.

Usaha itu penambah nilai perjuangan PKR serta pengemasan dari segi spiritual itu juga sebagai menandakan PKR sebuah parti berpotensi dan progresif.

Roh pejuangan nasionalisme tadi dipadukan dengan prinsip asas perjuangan PKR yang berkerangkakan kepada Perlembagaan negara berdasarkan kepada tiga pacanng besar, untuk;

1. Melindungi hak asasi rakyat sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di mana setiap warganegara adalah samarata dan tidak sesiapa pun adalah warga kelas kedua. Samping itu mempertahankan kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan kebebasan berkarya.

2. Memberi hak kepada rakyat Malaysia ke atas kesaksamaan peluang, fair equality of opportunity, berhak untuk menikmati peluang pendidikan serta peluang ekonomi walau apapun latar belakang mereka. Konsep pembangunan yang dibawa oleh Keadilan Raya adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin prinsip pengagihan yang adil atau distributive justice, dan

3. Memastikan pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia yang setara berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

Tiga asas itu menjadi kerangka besar dan tiang seri dalam idelogi perjuangan PKR. Ia jelas berdasarkan kepada kepentingan kemanusiaan sejagat berdasarkan prinsip keadilan mutlak yang sesuai dengan tuntutan agama yang menganjurkan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Kerangka ini juga akan membebaskan rakyat negara ini dari cengkaman fahama politik sempit anjuran Umno-BN bila mana ia menganugerahkan erti kemerdekaan sebenar kepada rakyat, iaitu mencapai aspirasi massa rakyat dan bukan rakyat kena akur atas ketentuan penguasa yang rubbish lagi sombong.

Sesudah dibulatkan ideologi PKR menjadi parti yang lebih maju dan jelas perjuangan, maka potensinya sangat besar untuk mengambil alih pemerintahan di masa akan datang. Kesegeraan peralihan tidak mustahil sekiranya ahli PKR dapat bersatu dan menyatukan tujuan atas nama perjuangan rakyat.

Sesungguhnya dengan perlancaran gagasan KeadilanRaya yang merupakan kerangka besar PKR itu, semua ahli parti harus bersatu menjayakan. Kerangka itu sekali lagi bukan untuk dilihat demi kepentingan seseorang, dan ia tidak akan berjaya kalau hanya dipikul oleh sekumpulan ahli komited sahaja.

Seruan Azmin agar jangan ada kepuakan demi menrealisasikan gagasan suci itu sesuatu yang bukan saja didengar tetapi diterima dengan ikhlas dari dhamir untuk melihat kelangsungan dan masa depan PKR. Sebuah parti yang hebat, berideologi besar dan gah, tidak akan membawa apa-apa erti kalau parti berpecah dan ahli membina mazhab dan aliran pemikiran masing-masing. Seruan penyatuan juga bukan untuk mengekalkan seseorang atau melarang jangan adakan pertandingan, tetapi ia dibuat demi kemaslahatan semua. PKR yang mengamalkan konsep demokrasi mengalu-alukan ahlinya mengecapi nikmati kebebasan demokrasi.

Sesiapa boleh bertanding merebut apa saja jawatan. Tetapi caranya biarlah tidak mengundang bahaya dan masalah. Kemenangan individu tidak ada guna kalau ia tidak dapat membawa atau menjayakan hasrat dan aspirasi ahli. Sedar, rakyat menyokong sesuatu parti kerana mereka mahukan perubahan, kebaikan dan sesuatu yang bermakna buat mereka.

Semoleknya setelah terlancarnya ideologi KeadilanRaya semalam, semua ahli PKR menghadamnya. Lupakan kepentingan peribadi dan krisis peribadi yang wujud kerana tidak sehaluan dalam hal-hal titik bengik. Secomelnya pembinaan pasukan, sama ada “Masa Depan Bersama” atau kegilaan berkuasa, dibubarkan dan kembalikan ke dalam taman KeadilanRaya.

Jangan melihat pembulatan ideologi yang dilacar semalam ianya adalah idea Azmin dan rakan-rakannya. Tetapi saya cukup yakin perlancaran kerangka ideologi PKR itu adalah atas restu dan buah fikiran Anwar Ibrahim juga. Azmin tidak akan melancarkan kalau tanpa restu Anwar kerana perlacaran gagasan KeadilanRaya itu boleh diumpamakan letak kerja (ceremony) baru untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya ke-14 atau menghadapi segala kemungkinan selepas ini bersam rakan-rakan DAP dan Pas. [wm.kl.11:44 am 17/04/14]

No comments: