Thursday, May 29, 2008

Enekdot Politik

Ezam Jangan Kata dulang Paku Serpih

SEMASA sidang akhbar memjelaskan kemasukan semula beliau dalam Umno di Petaling Jaya pagi tadi, Ezam Mohd Nor ditemani oleh beberapa sahabat seperjuangannya. Kebanyakan mereka ialah bekas-bekas Pemuda Khasbul Khafi dalam Keadilan. Mereka berdiri gagah di belakang Ezam menandakan mereka sedia sehidup semati.

Antara mereka yang sejak semalam bersama Ezam di bangunan Parlimen ialah Hamdan Taha dan Abdul Ghani. Hamdan dikenali sebagai kawan Ezam yang berpolitik mengikut arah dan kompas yang ditunjukkan Ezam.

Selain Hamdan, ternampak juga Hanafian Man yang nampaknya lebih cenderong kembali kepada profesyen asalnya sebagai wartawan daripada menjadi ahli politik.

Bagaimana pun apa yang dirasakan sedikit asing di sepanjang sidang akhbar Ezam tadi, apabila tercokol di kirinya Nalakarupan? Apakah relevannya Nala bersama Ezam? Mungkin atas kapasitinya sebagai sahabat baik Ezam.

Mungkin juga kedatangan Nalakarupan itu sebagai membalas besen atas kehadiran Ezam semasa Nakarupan mengumumkan pelancaran partinya tidak lama dulu.

Nalakarupa yang keluar PKR selepas dikatakan tidak dicalonkan sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil Ijok kemudian telah menubuhkan parti Malaysia India United Party (MUIP).

Nalakarupan bukan sahaja duduk sampai habis sidang akhbar sebaliknya selepas itu membawa Ezam menaiki keretanya. Difahamkan Ezam bergerak meninggalkan hotel tempat persidangan itu ke suatu tempat untuk berjumpa Mohd Najib Tun Razak untuk menyaksikan penyerahan borong permohonan keahlian Umno.

Satu pertanyaan kurang senang untuk Ezam, pada persidangan akhbar itu beliau menyebut mengenai politik Anwar Ibrahim yang mengkhianti Melayu dimana apa yang dapat difahamkan kerana memberi ruang terlalu lebar kepada bukan Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Jadi apa ceritanya pula Ezam yang kelihatan begitu rapat dan confidential dengan Nalakarupan? Bukan salah, tetapi apa yang menjadi tanda tanya apakah relevannya kehadiran Nalakarupan yang tidak mungkin juga akan menyertai Umno itu? [segambut kl 7:10 pm 29/05/08].

3 comments:

mat_terab said...

Kemasukan Ezam ke dalam Umno kerana di dorong oleh Jawatan...
Dalam utusan on line ezam ada menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno...nampaknya itulah niat sebenar ezam...atau mungkin juga ezam akan bertanding menentang Paka Lah sebagai perisiden Parti Jika ada percalonan...kemasukan ezam dalam umno kerana ezam melihat umno lemah terutamanya Pak Lah yang dilihat begitu lemah maka beliau merasakan beliau boleh mencabar Pak Lah mungkin untuk mencabar Anuar Ibrahim dalam PKR adalah sukar jalan yang mudah untuk menjadi PM adalah dengan mencabar Pak Lah...

Anonymous said...

Biarkanlah Ezam dengan tindakannya, tak usahlah kita pertikai dgn nada-nada yang mencemuh, mengejek dan mencaci. Mungkin dia baru kenal diri sendiri dan ingin membebaskan diri dari menjadi 'hamba abdi' pemikiran Anwar Ibrahim? Sebagai orang politik, sudah tentu apa keputusannya pasti menagih kepentingan, namun apa yang lebih besar adalah keluar dari 'penjara' ketaksuban mentornya sehingga tidak dapat bercakap, berjalan atau berfikir dengan gaya sendiri. Jadi biarkanlah dia 'bereksperinmental' dengan percaturan hidup yang baru. Sebagai seorang sahabat, mana mungkin kita 'meludahnya' semata-mata dia merubah ideologinya; bukan agamanya...!

Anonymous said...

Waktu Ezam diluar PARTI PKR pun Pakatan Rakyat sudah menang besar (Dengan Izin Allah)..

Sekarang ni Ezam dah masuk UMNO. Jadi kemasukan Ezam tidak memberi apa-apa kesan kepada Pakatan Rakyat Khususnya PKR.

Cuma satu aje untuk peringatan Ezam, Allah rakamkan setiap apa yang kamu ucapkan dulu. Segala sumpah keramat mu akan dipertotonkan kepada kamu apabila kamu mengadap Allah Rabbul Jalil nanti...

4/6/2008
NH Shah Alam.