Thursday, November 20, 2008

Wanita Umno

Jalan Terbaik Rafidah Batalkan Niat Tanding Ketua Wanita

AKHIRNYA Shahrizat Abdul Jalil akur juga kepada nasihat dan pandangan agar beliau melanggar ketuanya Rafidah Aziz untuk jawatan Ketua Umno. Hari ini 'Juhi Chaula' (pinjam gelaran diberikan Mat Sabu) itu sudah membuat keputusan muktamad dia akan tanding ketua wanita. Keputusan itu dikira tepat dan satu keputusan bijaksana.

Rafidah khabarnya akan membuat kenyataan esok ekoran perkembangan terbaru mengenai keputusan Shahrizat itu. Mungkin malam ini beliau sedangn berSMS dengan kumpulan penyokongnya terdiri daripada beberapa ketua wanita negeri dan bahagian yang tegar menyokongnya. Mungkin mesyuarat menerusi SMS sedangn berlaku kini. Tentu juga ada berbebagai pandangan yang diajukan untuk difikirkan oleh Rafidah menjelang hari esok.

Jelasnya malam ini adalah malam paling resah dan sedih buat Rafidah. Malam beliau tidak lena tidur sementara menunggu hari esok. Esok beliau tidak dapat berbuat apa-apa lagi selain daripada menjawab dan menentukan samada akan bertanding atau tidak. Besok beliau akan menjadi buruan para wartawan.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pandangan untuk Rafidah. Pada saya elok kalau beliau menarik diri dari meneruskan hasratnya untuk terus memimpin wanita hingga Jun depan. Rafidah hendaklah lupakan cita-citanya untuk menganggotai Kabinet, Mohd Najib Razak. Cukuplah.... hari akhir baginya sudah sampai. Bila takdir sudah menyapa kita apakah yang boleh dilakukan lagi selain kena pasrah.

Untuk berundur, carilah justifikasi dan ayat-ayat yang mujarab agar ianya tidak menunjukkan kita ok. Reka dan fikirkan alasan yang munasabah agar ianya diterima sebagai adil dan tidak menunjukkan beliau terdesak dan merasa tewas di siang hari.

Dibimbang kalau beliau meneruskan juga hasrat itu beliau akan malu besar. Sudah pasti kalau beliau berlawan dengan Shahrizat beliau akan tewas. Keadaan kini sudah berubah hampir 360 darjah. Mereka yang sebelum ini menyokongnya juga sudah bercakap lain nada dan membuat ralat. Biasalah pendirian orang politik hanya seteguh pokok lalang saja. Apa lagi kalau wanita pula ... ia boleh rebah dan bertukar arah dengan airmata.

Dalam pada itu Rafidah kena insaf dan sedar diri. Banyaklah beristighafar dan mahasabah diri. Beliau juga tidak perlu kesal dan sedih dengan apa yang berlaku. Beliau harus berpuas hati dengan pencapaiannya selama ini ini. Sudah lebih 20 tahun beliau menjadi Ketua Wanita. Semua jawatan, kedudukan dan pangkat diperolehi dengan kedudukan itu. Mahalan Rafidah dianggap bertuah kerana walaupun pernah kalah dalam merebut jawatan itu namun beliau berjaya bangkit kembali. Sejarah dan kejayaan dicapai Rafidah jarang berlaku kepada wanita lain.

Terimalah masa kini adalah masa perubahan. Biarkan wanita membuat perubahan dengan bebas dan mengikut naluri mereka. Kalau pucuk pimpinan Umno sendiri boleh berubah kenapa tidak dengan wanita Umno?

Selain itu Rafidah kenal insaf bahawa walaupun beliau merancang dengan pelan itu namun Tuhan juga akan menentukannya. Penentuan Tuhan penuh hikmat dan ada rahsianya yang jarang diketahui manusia. Sebab itulah orang tua pesan agar berhati-hati bukan saja dijalan raya tetapi dalam tindak tanduk kehidupan kita yang lain juga.

Nasib yang diterima Rafidah kini sama dengan Muhyiddin Yassin yang menyokong pelan peralihan kuasa. Muhyiddin mengharap dia akan menang tidak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, tetapi, tahu-tahu dua calon lain sedang menantinya, Mohd Ali Rustam dan Muhammad Taib. Begitu juga dengan Rafidah beliau membayangkan dengan kelicitan itu beliau akan menang tidak bertanding, tahu-tahu Shahrizat ubah pendirian dan akan menentangnya. Inilah yang dikatakan politik!

Makanya baik Rafidah dan Muhyiddin dan orang sewaktu dengannya kena ingat. Sebijak-bijak mausia bijak lagi Tuhan. Pada saya apa yang berlaku ke atas mereka itu kerana kifarah Tuhan atas perbuatan mereka menganiayai orang lain.

Kalau sebeluk ini mereka seronok dan ketawakan kerana desakanlah akhirnya Abdullah Ahmad Badawi berundur awal, nah kini Abdullah pula akan menggeleng kepala dan tesenyum panjang melihat nasib Rafdiah dan Muhyiddin yang tidak mendapat laluan mudah itu. Begitulah hidup ini kita sebenarnya saling ketawa mengetawakan antara satu sama lain.

Jadi untuk tidak malu besar, esok Rafidah perlu buat kenyatan menarik diri dan berudur daripada pergerakan wanita Umno. Manalah tahu kalau beliau berundur dengan baik beliau akan terus dihormati sebagai serikandi wanita Umno. Jangan pula esok beliau jadi emosional, menangis dan marah-marah.... apa lagi turut sama mengikuti jejak Mahathir ikut sama keluar dari Umno. Janganlah..... Jangan marah!

Sebelum tidur tahniah kepada Kamilia Ibrahim kerana menang tidak bertanding. Itulah yang dikatakan kebijaksanaan dan hasil tegas dengan prinsip! [wm.kl 10:45 pm 20/11/08]

2 comments:

Haris Fadzilah said...

Ada baiknya jika Rafidah undur diri je... Akar umbi ramai yang mahukan Shahrizat bertanding menentang beliau. Ini bermakna akar umbi mahukan Shahrizat jadi Ketua Wanita. Kepada Kamilia, tahniah diucapkan atas kemenangan tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua Wanita. Beliau dah terselamat daripada pertandingan merebut jawatan...

saxo69 said...

Tahniah Datuk Kamilia atas kemenangan percuma sebagai Naib Ketua Wanita. Kempunan hasrat Rafidah bila pelan peralihan kuasa ciptaan beliau gagal direalisasikan. Mungkin beliau mengidam jawatan Menteri akan kembali menjadi miliknya bila Najib menjadi PM. Bagi Rafidah, apa kelas jadi MP biasa!