Wednesday, November 19, 2008

Angin Kedah

Azizan Razak Sudah Mula Diintip Masalah

AZIZAN Abdul Razak (foto) yang dikenal antara pemimpin Pas yang bersikap keras dan payah berkira kini sedang menghadapi ujian dan cabaran selaku Menteri Besar. Setelah menjadi MB dan ketua pentadbiran selama lapan bulan hari ini Azizan mula merasai bagaimana sejuk panas menjadi MB.

Beberapa isu yang berlaku di sekitar dirinya menguji sejauh manakah ketahannnya. Apakah beliau mempunyai antibody yang kuat bagi menghadapi segala cabaran itu atau sebaliknya akan larut dengan masalah itu.

Ia juga menguji tahap kesabaran selaku pemimpin. Yang penting dalam soal ini apakah beliau bijak menangani beberapa masalah yang timbul.

Misalnya isu mengenai kouta 50 peratus pemilikan rumah untuk Bumiptera yang dicadangkannya menarik dan panas ketika ini. Cadangan ini sesuatu yang baik dan dikira itulah perjuangan beliau untuk meningkatkan kemajuan Bumiputera di negeri Jelapang Padi itu. Mungkin cadangan itu juga dibuat setelah menyedari banyak tanah rizab Melayu telah dibangunkan dengan rumah.

Tetapi nampaknya cadangan ini ditentang banyak pihak. Ia bukan saja dari pembangkang, Umno dan BN, tetapi dari rakan Pas dalam Pakatan Rakyat sendiri, PKR dan DAP juga. Tentunya tindakan ini memeranjatkan Azizan dan Pas. DAP dan PKR tidak setuju dengan cadangan berkenaan dan meminta ia dikaji balik atau dibatalkan.

Penentangan ini satu cabaran kepada Azizah secara peribadi. Beliau nampaknya berang mengenai hal ini sampai melarang dan mecabar sesiapa yang tidak bersetuju dengannya agar tidak campur tangan. Kepada PKR dan DAP beliau minta supaya tidak campur tangan dalam urusan negeri Kedah. Dan beliau juga berkata beliau tidak perlu hormat dan patuh kerana teguran itu bukan dari bosnya. Menurutnya beliau hanya patuh dan hormat kepada pandangan partinya saja.

Alasan lain yang beliau berikan kerana beliau tiak mencampuri urusan kerajaan PKR di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang. Secara langsung bidasan itu ditujukan kepada Mohamad Azmin Ali, Naib Presiden PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang turut memberi pandangan mengenai cadangan itu dan meminta ianya dikaji semula.

Begitu juga khabarnya apabila ada syarikat perumahan yang meramalkan akan menghadapi kesan dengan cadangan itu ingin menyamannya sekiranya ia diteruskan, beliau terus melenting dan menjawab dengan mengatakan bersedia meringkukkan dalam penjara sekiranya polisi itu salah.

Jawaban itu menunjukkan sikap dan peribadi Azizan Abul RAzak.

Telatah dan sikap ditunjukkan Azizan Razak itu menjelaskan prinsip dan stail hidupnya. Dia mempertahankan apa yang beliau buat. Dan memang beliau berhak membuat apa saja kerana beliau adalah ketua kerajaan.

Dalam isu ini dan juga beberapa isu yang berlaku di sekitar Azizan, terkesan oleh saya beliau seperti bersendirian. Tidak ada mana-mana pihak menyokong atau memberi semangat dan simpati kepadanya. Di kalagan pemimpin Pas Kedah sendiri tidak nampak ada yang membuat kenyataan menyokong dan mempertahkan polisi baru itu. Sepatutnya keadaan tidak berlaku dan sebagai MB para Exco perlu tampil mempertahankannya.

Ini satu keadaan yang aneh dan ganjil. Apakah suasana ini menunjukkan Azizan bergerak bersendirian di Kedah? Ataupun ada individu di Kedah yang sengaja membiarkan masalah itu kerana motif tertentu? Apakah ada elemen yang cuba merosak dan memburukkan Azizan di Kedah?

Adalah dibimbangi kalau masalah ini berterusan, Azizan akan terjeruk dalam masalah demi masalah. Beliau tidak akan menjadi Menteri Besar yang popular dan akan banyak mencipta masalah. Kalau ini berlanjutan lama kelamaan Azizan akan lapuk dan usang dengan sendirinya.

Khabarnya yang tidak menyenangkan lagi apabila kalangan akar umbi Pas juga mulai mempertikaikan beberapa tindakan politik Azizan. Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Sudah banga merunggut mengenai kelewatan melaksanakan hal ini.

Ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan tetapi tidak dilaksanakan. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya. Mereka mendakwa untuk mengharamkan segala kejadian judi dan maksiat ia bukan memerlukan peruntukan tetapi cukup dengan iltizam MB itu saja. Ada yang bersenda kalau perkara yang tidak memerlukan modal pun susah dilaksanakan apa lagi untuk melaksanakan projek bernilai jutaan ringgit?

Perlu diingat angan-angan untuk menguatkan kuasa syariat Islam itu menjadi siulan Azizan sebelum ini. Azizan dikatakan banyak berselindung di sebalik istana untuk tidak melaksanakan apa yang janjinya sebelum ini. Sikap berlindung di sebalik istana begitu tidak patut diamalkan. Azizan perlu segera mengatasi segala sungutan ini. Kalau beliau masih berdegil dan tidak mempedulikan rintihan rakyat dibimbang masalah akan kian bertompok di dirinya. [wm.kl 8:00 pm 19/11/08]

5 comments:

Samsudin said...

Ini menunjukkan bahawa parti-parti di bawah Pakatan Rakyat selalu berselisih pendapat atau dalam erti kata lain, mereka sentiasa bermasalah dalam menjalankan sesuatu dasar. Hakikat sebenarnya bukan mudah untuk membentuk kerajaan baru berbilang bangsa jika tidak ada asas perlembagaan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara yang sedia ada. Akibatnya, ada pihak tak berpuas hati dan akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri...

jaliey-m said...

Jangan rakyat samakan kerajaan PAS dgn UMNO sudahlah..
kalau tiada beza elok Umno jer jaga Kedah..

mountdweller said...

Inilah menunjukkan "senang bercakap dari melaksana"

Sepatutnya seseorang pemimpin berfikir, merancang dan barulah melaksana. Jangan jadi BN, menaikkan harga minyak mendadak, bila harga turun dah mula gelabah. Fomula mana yang nak pakai. Akhirnya menteri rambut putih jadi merapu dan melalut

efendi.hassan said...

Saya percaya Ustaz Azizan telah membuat kajian mendalam sebelum membentangkan polisi 50% bumiputera di kawasan kediaman ini.

Saya percaya bumiputera mampu memenuhi kuota 50% tersebut sekiranya harga rumah yang ditawarkan adalah berpatutan. Kalau kita lihat sekarang, masih mampukah kita melihat kawasan perumahan baru yang menyediakan rumah dibawah harga RM100 ribu atau pada harga mampu milik majoriti masyarakat bumiputera. Sekiranya tuan bersiar-siar dikawasan Kulim Hi-Tech, cuba-cubalah menghitung berapa banyak rumah baru yang dibina dibawah nilai kemampuan majoriti masyarakat bumiputera.

Saya percaya, misi ustaz Azizan adalah bagi memastikan pemaju tidak hanya berlumba-lumba menyediakan kediaman mewah yang pastinya tidak mampu dimiliki oleh bumiputera dan secara langsung menjual tanah yang asalnya pemilikan bumiputera kepada bangsa asing.

Saya percaya dasar 50% pemilikan bumiputera juga mampu membentuk sebuah masyarakat majmuk yang lebih seimbang dikawasan perumahan mewah dan sederhana mewah yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Saya juga percaya sekiranya dasar 50% bumiputera ini sekiranya diisi dari kalangan bumiputera muslim yang berpegang teguh kepada Islam, ianya dapat membantu didalam memperlihatkan dan memperkenalkan Islam secara lebih dekat kepada masyarakat bukan islam setempat.

Wallahuaklam ..

Anonymous said...

Setuju dengan ulasan Sdr.Efendi Hassan jika rumah mewah banyak didirikan berapa ramai pula kaum bumiputera sanggup membelinya. Lihat saja pembangunan negeri-negeri yang diperintah UMNO memperlihatkan kerakusan pemimpin UMNO akhirnya bumiputra semakin tersingkir daripada wilayah sendiri sedikit demi sedikit.