Friday, February 27, 2009

Selang Menjelang

Kontroversi Perlantikan Pengarah DBP Sudah Kepengetahuan SPRM

PERLANTIKAN Termuzi Abdul Aziz sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipertikaikan dan mengocakkan gedung ilmu dan bahasa itu dikatakan kini sudah sampai ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila jalan menyelesaikannya cara baik termasuk menerusi Menteri Pelajaran gagal dicapai.

Hishmuddin Hussein dikatakan tidak memberi apa-apa reaksi dan seolah-olah tidak mahu ambil pusing dengan kekcohan yang berlaku di DBP. Isu perlantikan yang meragukan itu juga sudah pun dibawa ke dalam Dewan Rakyat.

Segala dokumen berhubung perlantikan itu termasuk surat menyuarat dan juga latar belaklang Termuzi telah diserahkan kepada SPRM beberapa hari lalu menerusi tangan. Khabarnya ia terus sampai ke tangan ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan.

Kini isu perlantikan Ketua Pengarah DBP baru itu memasuki fasal kedua dan akhir, selepas ianya didedahkan kepada umum sejak beberapa minggu lalu.
Akhbar tabloid minggu Siasah juga telah mendedahkan kisah Termuzi di bawah tajuk DBP Bergolak Lagi!

Perlantikan Termuzi dipertikaikan kerana ia dibuat tanpa mengikut prosuder yang sah dan melanggar pekeliling perkhidmatan dan akta DBP sendiri.

Kasus yang berlaku di DBP bukan perkara kecil kerana ia boleh membawa kepincangan kepada soal perlantikan dan juga menjatuhkan imej DBP sebagai badan berkanun yang berwibawa dan disanjung tinggi sebelum ini.

Justeru Ahmad Said Hamdan hendaklah membuat penyiasatan segera dan membuat kenyataan terbuka dan telus berhubung isu di DBP itu. Jangan pula kerana isu di DBP itu tidak ada kena mengena dengan politik partisan maka ia dipendamkan sahaja.

Gelora dan masalah kakitangan DBP sama juga dengan rakyat marhaen yang menanti penuh debaran terhadap segala laporan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dilakukan oleh orang politik. Terbaru ialah laporan semula 20 kes dakwaan rasuah ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo.

Apakah SPRM ada membuat kriteria ataupun standard-standardnya sendiri mana kes-kes yang boleh dipercepatkan, didedah umum atau dilambatkan dan dipendamkan begitu saja?

Kedudukan SPRM kini benar-benar diperhatikan oleh rakyat. Abdullah Ahmad Badawi juga ketika melancarankan secara rasmi pembentukan SPRM telah memberi nasihat agar berkerja dengan penuh tanggungjawab, adil dan tidak rasa takut. Tidak ada gunakan SPRM diwujudkan sebagai mengganti BRP sebelum ini kerana kualiti kerja, integeriti pegawainya masih ditakak lama.

Isu yang timbul kepada Termuzi juga menjadi buah mulut apabila perlantikannya dikatakan tidak sah kerana ia dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (Pengurusan), Kamaruzaman Mohd Noor padahal penjawat jawatan itu perlu dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab langsung kepada menteri. Kerana urusan pelantikan jawatan itu langsung dari menteri.

TKSU tidak ada kuasa untuk melantik Ketau Pengaraha DBP.

Surat perlantikan yang dikeluarkan pada 15 Januari 2009 dan Termuzi katanya sudah pun melaporkan diri 2 Februari lalu. [wm.kl. 12:09 t/hari 28/02/09]

No comments: