Wednesday, February 4, 2009

Politik Tempoyak 4

DUN Perak Tunggu Perkenan Sultan Untuk Dibubar!

POLITIK benr-benar sudah menjadi tempoyak. Hancur lumat. Perkembangan terbaru Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan berada di istana menunggu perkenan Sultan Perak menerima menghadap untuk meminta perkenaan Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan satu pilihan raya negeri Perak diadakan.

Keputusan untuk membubarkan DUN Perak dikatakan dicapai dalam mesyuarat tergempar parti-parti Pakatan malam tadi. Piliah raya DUN Perak perlu diadakan memandangkan keadaan hari ini tidak menentu.

Kerajaan Pakatan yang berkuasa hari ini terhoyong hayang apabila dua ahli PKR bertindak keluar daripada gabungan berkenaan. Keadaan semakin parah apabila Timbalan Speaker, daripada DAP juga dikatakan sudah meninggalkan pakatan tersebut.

Dalam pada itu ada pandangan dalaman Umno Kuala Lumpur menjelaskan usaha Nizar Jamaluddin untuk meminta perkenan Sultan Perak itu tidak akan kesampaian. Katanya beliau yakin Sultan Perak tidak akan bersedia membubarkan DUN Perak kerana baginda akan memangil parti yang mempunyai majoriti (Umno) untuk membentuk kerajaan.

Hakikat itu katanya sepatutnya diterima oleh Pakatan Rakyat yang sudah tidak dipercayai rakyat. Laporan seterusnya akan menyusul! [wm.kl 1:15 t/hati 04/02/09]

No comments: