Thursday, February 19, 2009

Celoteh Murai 33

Sakit Salentia Semakin Menjadi

Seorang peguam, seorang peniaga dan dua orang ahli Parlimen menghubungi Murai selepas Asar tadi. Kesemua pemanggil itu bertanyakan soalan sama, apakah Murai mengikuti sidang parlimen hari ini. Murai kata Murai tidak ikut dan tidak pun ke parlimen. Menjadi kebiasaan Murai jam 3:00 hingga 4: 00 petang Murai beradun - meminjam bahasa bangsawan!

"Khabarnya Salentia mengamuk dalam parlimen hari ini, cuba Murai check," kata peguam itu kepada Murai. Manakala peniaga itu pula memberi tahu hal-hal yang sama mengenai Salentia mengamuk dan dan meminta Murai mengulas dalam ruangan ini. "Murai kena ulas sikit!," katanya.

Selepas itu baru dua ahli parlimen pula menghubungi Murai menjelaskan keadaan. Kata ahli parlimen yang seorang itu, hari ini Salentia mendedahkan betapa rendahnya moral beliau seorang ahli parlimen. "Sebelum ini orang dah tahu perangai buruknya tetapi hari ini sangat teruk, memalukan. Malu! " kata ahli parlimen itu kesal.

Menurutnya juga semua bahasa dan perkataan yang un-parliamentarian dikeluarkan oleh Salentia. Antaranya, hitungnya ialah, kurang ajar, anjing, babi, dan sebagainya. Pendeknya semua perbendahraan kotor dan jelek diungkapnya.

"Teruklah, kita sebagai ahli parlimen Melayu ini merasa turut terpalit dengan sikapnya itu. Kita malu kepada bukan Melayu. Dulu kita ingat dia akan menjadi seorang ahli MP bebas yang profesional, yang bebas bercakap soal-soal yang kita tidak boleh cakap, tetapi nampaknya mengecewakan. Terus terang saya kata saya hilang hormat kepadanya," keluhnya panjang lebar dan penuh kekesalan.

Manakala seorang lagi hali parlimen yang selalu kena sindir dan sinis oleh Salentia selamba sahaja memberi tahu. "Biasalah, dia mengaku kononnya dialah pejuang Melayu nombor satu, paling profesional, paling baik, itu paling ikhlas dan paling itu dan paling ini...," katanya ahli parlimen itu sambil tergelak mengenangkan kebodohan Salentia.

Menurutnya semasa Salentia mengamuk itu semua ahli parlimen PKR keluar dewan. Bukan apa mereka tidak mahu memberi semangat kepadanya kerana sikap Salentia ini katanya macam budak kecil menangis makin dipujuk makin menjadi. Jadi untuk tidak terlalu menghiburkan dia ahli Parlimen Pakatan ramai-ramai keluar.

Manakala menurut seorang pemerhati yang Murai hubungi memberitahu semasa ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad nak keluar dan melewati dekat Salentia hampir-hampir tercetus perbalahan fizikal. Nasib baik ada yang menghalangnya. Sebenarnya baik juga kalau berlaku pergocohan kerana Murai tahu Salentia ni jenis pengecut, hanya mulut saja besar.

Sebenarnya Murai sudah malas untuk mengulas si Salentia ini kerana mencemarkan tangan saja. Seorang penjenguk blog tempat Murai berteduh ini juga ada memesan jangan disebut fasal Salentia lagi kerana orang semua sudah tahu. Murai faham perasaan penjenguk itu yang tidak dapat menahan mual dan loya bila setiap kali menyebut nama si Salentia itu.

Tetapi kerana Murai sudah berjanji, bahkan Murai memesan kepadanya, Murai akan mengulas dan menulis mengenai Salentia selagi dia masih lagi bercakap menghina orang lain. Nampaknya dia masih dengan kerenahnya maka (maaflah) Murai kena catat dan ulas juga apa yang berlaku hari ini.

Bagi Murai, Murai tidak sikitpun hairan dengan apa yang berlaku. Tidak pelik dan tidak ganjil pun. Kerana dari dulu hingga kini itulah perangai si Salentia ini. Tidak ada mana-mana doktor yang boleh merawatnya. Kalau apa yang dihadapinya itu sejenis penyakit, maka sakitnya terlalu parah dan melibatkan saraf dibahagian otak. Jelas penyakit ini tidak boleh tahan dengan hanya diberi penadol saja.

Jadi orang yang sakit saraf ini tidak dapat boleh dibuat apa-apa lagi. Sebab itulah Murai tengok Anwar Ibrahim sudah tidak pedulikan lagi kepada Salentia ini dan membiarkan saja ia merapu dan merepek. Murai percaya kalau berselisih pun Anwar tidak akan menengurnya.

Apa yang dilakukan hari ini menyerang dan menghina Pakatan Rakyat adalah dalam agendanya menjual dirinya kepada Umno. Kalau tidak menyerang ahli palrimen pembangkang dan dalam masa sampai masuk ke dalam bakul dan angkat sendiri dengan modal apa lagi dia nak jual dirinya kepada Umno? Salentia terpaksa membasuhkan najisnya di khalayak ramai bagi membuktikan dia tidak kotor!

Itu sajalah yang boleh diperlakukan. Nampaknya walaupun dia sudah melalak dan melolong menjual diri, Umno masih juga belum terliur untuk membelinya. Sudah berbueh dia melolongkan dirinya sendiri, menjaja ke hulur dan ke hilir tetapi Umno tetap juga tidak sudi membelinya.

Sukacitalah Murai nak nasihatkan kepada Salentia kalau nak suruh cepat laku, beliau kena berjumpa dengan Hussein Lampong, sebab Hussein Lampong ini pakar dalam jual menjual orang. Sebelum dijual Salentia hendaklah menjadi tukang urut kepada Hussein Lampong terlebih dahulu. Dan Murai percaya Salentia sanggup melakukan lebih daripada itu asalkan dirinya terjual membolehkan beliau keluar dalam penjara minda yang beliau cipta sendiri itu.

Dan khabarnya Salentia juga menyentuh soal moral dalam parlimen hari ini dan membelasah muslimah Pas yang memeluk Elizabeth Wong, sekali lagi Salentia melupai dirinya. Sepatutnya sebelum dia merasa geli dengan perbuatan muslimah Pas itu dia juga kena geli dengan kemurahan hati Nik Azzi yang sanggup menjabat salam dengannya dan memberikan dia bulan untuk bertanding. Kalau Salentia ingat apa yang dikatakan kepada Tok Guru dia tidak tergamak untuk menjamah tangan Nik Aziz. Barang kali sebelum turun rumah untuk ke parlimen Salentia terlupa untuk menilik cermin.

Akhirukalan... seperti Murai katakan, Saleintia sebenarnya sudah sakit, jadi ada bahaya juga kalau orang sakit jenis ini diusik. Mungkin kerana memahami itulah maka Ketua Pembangkang, tidak pun mempedulikan nyanyian sonsang Salentia dan meninggalkan dewan selepas beliau menyampaikan perbahasan ucapan di raja.

Salentia... Salentia.....!

Murai: Sangat kesian atas penderitaan batin yang dialami Salentia. Ingatkan selepas menang sebagai wakil rakyat beliau sudah sembuh tapi nampaknya makin teruk.

12 comments:

Pak Cik Mat Kelate said...

salam MSO, rawatan yang patut untuknya setelah membaca ulasan tuan, sy cadangkan:

i) tab. largatil (Chlorpramazine) 200mg setiap jam 8.oo ptg.

ii) Inj. monasan 50mg sebulan sekali.

saya fikir memadai untuknya.

LELONG said...

Salam Tn Hj MSO,
Benar kata tuan bahawasanya penyakit si salentia ini semakin berat dan tenat malah sukar untuk diubati lagi.
Simpati juga kepadanya bila mengenangkan "minyak" yang cuba dijual kepada UMNO itu tidak laku. Terhegeh-hegeh si salentia cuba menarik perhatian boss UMNO. Tapi apakan daya si salentia ini ditakdirkan ada kacukan dengan species katak puru yang kulitnya bergerutu dan mungkin juga beracun. Kalau towkey restoren makanan eksotik pun tidak memandang kepadanya, masakan pula UMNO terliur dengannya, nahas nanti.
Kasihan...kasihan....kasihan
Saya berdoa semuga suatu hari nanti akan ada sang ular yang terliur dan membaham si salentia ini agar deritanya penyakitnya tidak berpanjangan.

Sekian adanya
R.Omar

NIK Putrajaya said...

Salam, MSO
Saya salah seorang pegawai kerajaan yang bertugas di parlimen hari ini... Kejadian yang dilaporkan ini benar-benar berlaku, menampakkan salentia gagal mengawal perasaan dan terlalu beremosi. mungkin itulah kelemahan dan juga kelebihannya...

Suka tengok salentia 'kube' Dewan Rakyat...

Sekian.
NIK

pak mat tempe said...

Salam hormat Pak MSO,

Saya ingin berkongsi rasa mual,meluat yang amat sangat dengan perilaku salentia di TV hari ini. Dah lah tajuk2 berita TV membosankan maka saya takde pilihan lain melainkan terpaksa tutup TV dengar lagu2 lama lagi baik boleh menyejukan fikiran.

Kalau ia pun tak bersetuju dengan Pembangkang tak boleh ke berucap dengan lebih sopan tanpa menyinggung orang termasuk bekas rakan2 seperjuangan dia dulu. Dah tak ada rasa hormat lagi kah dia atas kegilaan dia mempromosi diri dia lebih2 lagi nak dekat tukar Taukeh ini nampaknya lebih galak lah dia cuba mencari perhatian bos baru. Kita faham dia memang nak tunjuk kehebatan dia supaya cepat dipinang dan bolehlah berpindah tempat duduk tetapi buatlah dengan cara berhemah dan tak menyinggung orang. Kita akui dia memang lantang dan lebih elok kelantngan ini digunakan untuk memperjuangkan ekonomi rakyat terutama sekarang ini banyak pekerja diberhentikan. Masa yang ada itu gunakan dengan membawa cadangan yang boleh membantu mereka seperti cadangan membenarkan pengeluaran EPF dengan had RM500.00 sebulan sehingga ekonomi pulih, atau buat crojek pertanian/penternakan secara 'big scale' dilaksana syarikat besar dan ambil mereka bekerja. Kerajaan Setuju tak setuju itu lain kira tapi dah di cadangkan. Malam ini Dato' Fuad Hasan dalam TV AWARNI ada memberi cadangan pengeluaran EPF dan saya rasa cadangan yang munusabah. Kebanyakan pekerja kilang yang diberhentikan mana ada wang simpanan yang banyak melainkan EPF sahaja lah yang ada. Kakitangan kerajaan masih selamat dan selesa.
(melencong dari tajuk pula tapi takpe sebagai contoh)

Selantia ni pun tidak keseorangan ada lagi yang sama species dengan dia dari Perak dimana cara lebih kurang sama mungkin satu perguruan.

Entahlah Pak MSO tolong lah tegor2 mereka2 ini melalui penulisan tuan,( Saya tidak berparti tetapi saya suka semua pemimpin dari parti samada BN atau PR masing2 hormat mengormati dan mengamalkan politik yang harmoni). Jangan lah bersikap apa sahaja dibuat /dicadang pembakang ditolak begitu juga sebaliknya apa sahaja yang dibuat Kerajaan tak betul.

Sekarang ini dah ramai orang yang yang dah tak suka dan meluat dengan politik dan menganggap ahli politik macam joker je. Saya kekadang nakal juga membandingkan masa bekerja dulu dimana saya menghadiri mesyuarat disyarikat tak lah besar sangat tapi ada lah expatriate 2 ke 3 orang tapi cara kita berbincang,memberikan pandangan,membentangkan cadangan, menunggu giliran untuk bercakap nampak lebih baik,ada kelas, harmoni dan lebih kepada menyelesaikan masaalah bukan dengan terjerit2 macam budak sekolah rendah. Wassalam

Pak Brahim said...

Apa nak buat.. sang idolanya sudah berada diluar UMNO.

Penyakitnya semakin parah berkemungkinan juga termakan sumpah yang dibuat dulu tidak ditunaikan.

Saya fikir Murai dan rakyat Malaysia masih ingat tentang sumpah yang dibuatnya dulu terhadap TDM.

Soalan saya sudahkah beliau lakukan setelah beliau melanggar sumpahnya sendiri. Kalau belum, itulah puncanya beliau meracau-racau tak tentu hujung pangkal, bukan apa, hanya untuk menarik perhatian.

bang am said...

sang katak, kerjanya:

1. memberukkan padang serai
2. membaling songkok sendiri
3. bergaduh dgn shah alam

masuk la amno balik.. lps tu tolong jampikan pengundi pasir mas sokong dia 100% PRU13.

satu jari mu kata org munafik, 4 jari mu kata mu sendiri yg munafik... pooodaahh!!

rubah said...

Salam Tuan Haji,

Hari ini PAS melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Dato Takiyudin Hasan telah meminta Dato Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan ahli parlimen Pasir Mas kerana beliau telah membelakangi ikrar setia dgn rakan2 dari pakatan rakyat.
Apakah hari ini PAS Kelantan telah sedar bahawa tidak semestinya apa yang dituturkan atau apa yg menjadi pilihan Dato Nik Aziz itu benar belaka dan tiada cacat cela. Saya teringat komen Tuan haji MSO dahulu bahawa orang2 PAS tidak angkat muka dgn MB Kelantan ini seolah2 semuanya betul & tidak boleh disanggah. Tiada yg berani menegur walhal orang2 PAS sering mengutuk orang2 UMNO sebagai pak turut apa saja kehendak pemimpin mereka, 2 x 5 sebenarnya orang politik ni.
Saya tidak menyertai mana2 parti politik tetapi sudah 2 kali pilihanraya mengundi PAS w.pun tidak semua yg PAS buat tu betul, tetapi saya menyokong PAS kerana perlembagaan PAS yg mendokong Islam tetapi tidak bermakna pimpinan PAs itu ma'asum tiada melakukan kesalahan. Kena tegur juga, ini bila dah kena kutuk beruk, anjing, bangsat dll oleh Salentia baru rasa menyesal pangkah dia dulu.
Saya cakap terus terang bahawa saya tidak mengundi di parlimen pasir mas, andainya saya mengundi di pasir mas memang saya tidak akan pangkah salentia w.pun bertanding atas tiket bulan. Lebih baik pangkah Umno atau rosakkan saja kertas undi. Kalau orang2 umno dilabelkan taat membuta tuli dengan mengundi calon BN w.pun 'botol kicap' dicalonkan, orang2 PAS sama juga. Saya yakin penyokong PAS sekarang menyesal memangkah salentia. Padan muka kawan2 saya di pasir mas kerana tidak menggunakan akal fikiran yg dikurniakan oleh Allah swt. mana Islamnya salentia tu? Orang2 PAS Pasir Mas sila jawab komen saya ni.

anak muda said...

salentia kata dia tidak akan meletakkan jawatan kecuali semua pengundi di kawasan tersebut mendesaknya berbuat demikian.

Kot2 lepas ini ramai penduduk di pasir mas berdemo suruh salentia letak jawatan.

Mau tak salentia letak jawatan kalau penduduk desak nanti.

kan tak letak jawatan nanti orang kata salentia munafik pulak. cakap tak serupa bikin.

zack said...

suruh salentia tu letak jawatan kalau dia orang bermaruah

affandi said...

salam pak sayuti
bg saya walaupun tuan guru banyak ilmu tp kdng2 ada juga khilafnya,lagipun hati manusia mana kita tahu hari ini lain esok lain pula..tp bg saya dari dulu lg saya tidak sukakn salentia ini..terkejut juga bila dia bertanding berlambangkn bulan plihnaya umum dulu,kalu bn nak ambil pun lg elok tp syg bn pun tknkn salentia ni...kesian..nasib tuan guru ada ihsan memungut si salentia ni

Anonymous said...

salam tuan,

pertamanya mengenai laman blog tuan yang meletakkan gambar haji hadi,dolah bedawi & kuli. dulu rasa tertanya2 juga kenapa diletakkan gambar2 tu sebab saya tak paham. nampaknya bau tempoyak semerbak sejak akhir2 ini. dan tuan adalah orang yang mengetahui perjalanan mengenai kerajaan perpaduan yang disiarkan oleh siasah.

yang keduanya mengenai selentia yang mana dia ini ibarat lalang. satu ketika dulu dia ada memberi sokongan moral kepada haji hadi. katanya haji hadi adalah calon yang layak jadi pm sekiranya projek 916 benar2 berlaku. (seingat saya dia promo dalam sidang parlimen. jika saya silap betulkan) maknanya dia begitu yakin benar akan projek cetusan anuar ibrahim itu. berbeza dengan situasi sekarang yang mana dijangka peralihan kuasa dolah bedawi kpd najib pada bulan mac ni. dia mempromo kan diri memihak kepada kerajaan. ditambah lagi dengan kekuatan najib yang merampas perak. orang seperti selintia ini akan berpaut kepada siapa sahaja untuk capai cita2 peribadinya.

Tok pengulu

zahrul said...

Salentia ni.. kalau kat terengganu dah boleh masuk wad 17 HKT