Friday, February 6, 2009

Analisa Politik Tempoyak

Analisa Kejatuhan Kerajaan Pakatan Perak
Kealpaan Pakatan dan Campurtangan Istana

[Bahagian Pertama dari dua siri]

SEMUANYA seolah berlaku dalam mimpi saja, sekelip mata. Itulah yang dirasakan nasib yang diterima oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tetapi sebenarnya perancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan itu dirancang sejak berbulan lalu. Kerana kesibukan kerajaan Pakatan menyusun dan mengaturkan pentadbiran (termasuk membeli Camry baru) menyebabkan mereka tidak terhidu perancangan itu. Ia berlaku seperti api dalam sekam.

Pihak BN, khas Umno yang aib dan merasakan muka mereka ditampal najis babi dengan kekalahan dalam pilihan raya umum lalu tidak mendiamkan diri. Mereka terus berusaha dan berusaha dengan mengeksplotasikan apa juga keadaan untuk menjantuhkan kerajaan Pakatan itu. Rakyat bawahan digerakan dengan dakyah-dakyah yang menakutkan dan diberikan gambaran masa depan mereka gelap di bawah kerajaan Pakatan.

Percaturan politik dalaman di Perak iaini perebutan untuk menguasai Umno Perak juga menjadi pemancu kepada projek menjatuhkan kerajaan Pakatan itu. Di mana mereka yang bernafsu untuk menguasai tampuk kekuasaan Umno Perak menjadikan projek itu sebagai menguji keupayaan kepimpinan dan kecerdikan mereka.
Bermula dengan serangan kepada kelemahan peribadi Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar semasa sidang DUN Perak, oleh Tajol Mohd Rosli Ghazali sampailah kepada isu pemberian geran hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru dan pemberian tanah kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama sebagai prasara modal untuk sekolah-sekolah berkenaan.

Isu tanah dan perkauman nampaknya digunakan dan manipulasikan sebaik mungkin bagi memburukkan kerajaan Pakatan Perak itu, dan ini berjaya.

Selain itu Nizar juga dikatakan menjadi MB boneka kepada DAP, khasnya kepada dua Exco bersepupu, Nyen Koo Ham dan Nga Kor Ming. Nizar dikatakan tukang endorce apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Koo Ham dan Kor Ming dalam mesyuarat Exco. Kedua mereka ini ini pula dikatakan lebih menjaga dan memberi kepuasan kepada masyarakat Cina berbanding menjaga kepentingan Melayu?

Hakikat ini mungkin benar apabila setiap jali selepas persidangan Exco semasa memberi kenyataan media Nizar selalunya diapit oleh kedua pemimpin DAP ini manakala Exco Melayu baik dari Pas dan PKR mengyisihkan diri. Penampilan begini memberi gambaran bahawa Nizar dikontrol oleh kedua Exco berkenaan atau DAP.

BN sedar bahawa cara itu tidak boleh meruntuhkan kerajaan. Isu peribadi terhadap Nizar tidak boleh diterima oleh rakyat sebab rakyat mengenali syaksiah Nizar. Rakyat boleh menilai sendiri sejauh manakah Nizar menjadi alat kepada DAP atau dipergunakan oleh DAP atau saling guna menggunakan antara satu sama lain. Lagi pun sesetengah polisi yang dilulus itu adalah sebahagian janji dalam manifesto yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di mana ia tidak sepatutnya dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Keinginan rakyat untuk melihat kerajaan baru setelah mual dengan kerajaan BN yang memerintah Perak selama 50 tahun begitu tinggi dan ini dijadikan jaminan lahiriah oleh kerajaan Pakatan untuk merasakan tekanan dan serangan itu tidak sampai boleh mengugatkan kerajaan.

Ini dapat dilihat tidak ada gerakan atau protes daripada rakyat bawahan. Rakyat kampung, peniaga kecil yang mengharap perubahan itu dan telah merasai sedikit sebanyak nikmat yang ditaburkan kerajaan baru tidak memberi apa-apa komen dan selesa dengan kerajaan Pakatan itu. Rakyat insaf dalam tempoh tidak sampai setahun apalah yang dapat dilakukan kerajaan untuk mereka.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan tidak ada penentangan jelas terhadap kerajaan Pakatan itu. Mereka dapat berkerja dengan baik dan memberi kerjasama baik dengan Nizar.

Hanya apa yang berlaku ialah protes daripada dua badan NGO – Gagasan Melayu Perak dan Barisan Bertindak Rakyat. Kedua-dua NGO ini digerakkan untuk mengugat dan menjatuhkan kerajaan Pakatan yang menggunakan topeng untuk memperjuangkan Melayu dan menjaga hak-hak Melayu.

Dua tiga bulan lalu badan inilah yang aktif dan agresif menganjurkan demonstrasi, merentang sepanduk hingga sampai ke istana bagi membakar hati orang Melayu agar membenci kerajaan Pakatan. Badan ini menjadi galak kerana ia mendapat restu daripada pihak istana. Isu yang dimainkan ialah mengenai tanah dan juga hak Melayu semakin tergadai. Sekurang-kurangnya dua kali badan ini melangkah masuk ke istana dan pemimpinnya menyembah jabatan salam dengan Sultan Azlan Shah.

Peranan NGO ini yang diasaskan oleh Umno dan memperalatkan segelintir orang awam tidak disedari oleh kerajaan Pakatan. Mereka menerimanya hanya sebagai perangai Melayu yang suka 'berhora hore' saja dan tidak menduga ia berjaya mengheret istana dan rakyat membenci kerajaan Pakatan rakyat. Jadi pembendungan kepada kedua NGO ini tidak dibuat atau dibalas dengan sewajarnya.

Pentadbiran Pakatan Rakyat benar-benar menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat mempertahankan mereka tanpa menyediakan penampan yang kental terhadap badai yang makin mengamuk itu.

Masalah yang dihadapi oleh dua Exconya, Jamaluddin Mohd Radzi dan Othman Jailu juga dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Umno. Tindakan kurang peduli pihak PKR ke atas kedua Exco ini menyebabkan ia diambil kesempatan oleh Umno. Dalam hal ini Umno mungkin menekan dan mengugut kedua Exco ini dengan tindakan undang-undang terhadap pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh keduanya.

Bagi mereka yang tidak pernah merasai duduk dalam kandang orang salah, atau tidak pernah menghidu wap penjara dan apa lagi kes itu ada bukti jelas tentulah mereka takut bila digertak akan dikurung selama bertahun-tahun. Maka tindakan menyelamatkan diri diambil walaupun dengan menjual maruah diri dan kepercayaan rakyat kepada mereka dengan menyertai BN.

Strategi itu semua tidak menjadi masalah. Ia tidak sampai boleh mengugat dan akhirnya meranapkan kerajaan berusia 11 bulan itu. Tetapi apabila projek itu mendapat restu secara penuh diplomasi dari istana inilah yang membawa naah dan sial yang menjadi sukar untuk diatasi apa lagi dalam masa terdekat. Dalam mana-mana kancah politik di negara ini kalau sudah melibatkan campur tangan istana ia sukar diselesaikan dan biasanya penyelesaian berakhir dengan berpihak kepada institusi yang memiliki kuasa itu.

Melihat kepada senario yang berlaku di negeri Tempoyak itu memang nampak campur tangan dari istana untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Campur tangan ini tidak kelihatan sehingga pada hari-hari terakhir sebelum kerajaan itu menjadi nazak. Istanalah mempercepatkan untuk mengakhiri riwayat kerajaan Pakatan itu dengan menyintikkan dos pembunuh yang bernama kuasa mutlak.

Tanda-tanda bahawa projek yang dirancang demikian rupa itu mendapat restu istana apabila seperti disebut tadi sekurang-kurang dua kali pintu istana dibuka untuk menerima menghadap dua NGO yang bertopengkan Melayu tetapi melakukan kerja untuk kepentingan politik Umno. Kesediaan istana melayan badan ini menjelaskan segala-galanya.

Apa yang berlaku semalam dan hari ini menjelaskan campur tangan langsung daripada istana untuk melihat kerajaan Pakatan itu jatuh. Apa bila Sultan Azlan Shah tidak memberi perkenaan agar Dewan dibubarkan dan meminta Nizar meletak jawatan maka jelas apa yang tersurat. Penglibatan istana tidak boleh dilindungi dengan apa-apa penutup pun.

Sebenarnya bayangan yang istana tidak senang dengan kerajaan Pakatan ini sudah pun dizahirkan oleh istana sebelum ini. Paling akhir ialah ia diperlakukan oleh Raja Muda, Raja Nazri Shah semasa berucap merasmikan satu konvensyen di Kuala Lumpur. Dalam ucapan itu tiba-tiba saja Raja Nazri telah mengungkitkan soal teguran Majlis Raja-Raja Melayu ke atas tindakan British menerusi rancangan Briggs yang telah mengambil tanah rezab untuk dijadikan penempatan 40,000 orang Cina yang berlaku pada tahun 1950.

Titah ucapan Nazri mengungkit sejarah itu bukan disengaja melainkan memberi mesej jelas yang istana tidak senang dengan dasar kerajaan Pakatan Perak dalam isu tanah. Sepatutnya kerajaan Pakatan mengambil iktibar daripada ucapan itu mungkin untuk memperbetulkan atau memberi penjelasan langsung kepada pihak istana.

Kesimpulannya apa yang berlaku – tumbangnya kerajaan Pakatan itu bukan disebabkan rakyat Perak menolaknya atau benci kepada kerajaan dokongan rakyat marhean itu tetapi ia adalah satu konspirasi berangkaian melibatkan Umno, istana serta mungkin juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR dan agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sekaliannya atas nama kepentingan Melayu! [wm.kl 2:30 am 06/02/09]

16 comments:

Muzaffar Bin Selimon said...

Assalamuailaikum. Tidak mengapalah nasi sudah menjadi bubur.Apapun jadi kan ini satu iktibar buat Pakatan Rakyat di Perak khususnya dan 4 negeri lain amnya di bawah naungan Opposition Leader.Contohilah Tuan Guru Nik Aziz dalam menjalani politik hampir 20tahun ,sambil tetap menjaga hubungan baik dengan Pihak Istana.Gagal sekali,bukan bermakna gagal selamanya.

kamarul said...

salam,

pak sayuti, saya rasa macam ada yang terselindung je dalam hal ni, pak sayuti tak rase ke..sapa yang akan dijual sebenarnya :)

budakkolam said...

Istana memang mudah lupa.. Mereka tidak ingat bagaimana mereka di malukan oleh UMNO semasa krisis perlembagaan dulu. Percaya dan yakinlah bahawa UMNO todak pernah membela nasib raja-
raja dan orang melayu. Mereka hanya jaga perut mereka saja.

Daniel said...

Saya hairan mengapa Sultan tidak mengarahkan 4 Adun meletakkan jawatan masing-masing, terutama Nasaruddin, kerana mengambil sikap "main-main" dalam isu ini. Kemanakah hak rakyat pergi?

Apa pun, perkara ini sebahagian daripada masalahnya ialah Saudara Anwar Ibrahim. Sekiranya beliau tidak memainkan isu sebegini daripada PRU ke 12 tempoh hari, mungkin kejadian serupa ini mungkin dapat dikecam dengan tegas. Penyokong PR mempunyai "moral high ground" untuk mengecam perbuatan sedemikian rupa. Tapi, nasi telah menjadi bubur...

Hamba said...

Saya merasa hairan kenapa baginda Sultan memetik ayat alQuran " Allah bersama-sama dgn mereka yg sabar" Adakah ia menunjukkan bahawa baginda sultan brsabar dgn ketidaksenangan baginda pd kerajaan pakatan rakyat? Jika itulah yg baginda maksudkn maka seharusnya kita juga gunakan ayat itu sebagai slogan pakatan rakyat mulai hari ini. Gunakan bila-bila masa dan di semua tempat. Jika baginda seolah2 berdoa kpd allah agar kerajaan pakatan rakyat tumbang dgn kesabaran baginda, maka rakyat pula berdoa kpd Allah agar menolong rakyat yg bersabar terhadap ketidakadilan yg dilakukan kpd rakyat. Kita mohon kpd Raja Segala Raja Allah SWT agar ditegakkan keadilan dan dikalahkan kezaliman. Kita lihat nanti doa yg mana akan dikabulkan oleh Allah SWT. Rakyat Perak tak perlu merusuh atau memberontak. Jika permohonana utk keadilan tidak diendahkan oleh raja di dunia ini maka sesungguhnya Allah SWT,Raja kepada segala raja di dunia ini tidak akan mengecewakan rakyat yang di tindas InsyaAllah.

hidar6789 said...

kalau dah macam tu nak buat macam mana lagi...mentimun dengan durian...mentimun juga yang hancur berkecai..tapi durian jangan lupa lama-lama dia juga akan busuk dan reput..

Anonymous said...

Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan adalah mendapat restu Sultan Perak untuk menaikan imej Najib. Sultan hanya mahu menyelamatkan Najib, lain-lain isu adalah remeh-temeh sahaja.

zakwan said...

Saya muslim,seorang melayu,seorang bangsa malaysia
Saya lebih rela ditadbir oleh kerajaan dgn majoriti bukan Islam yang mengikuti undang2 termaktab dlm Perlembagaan,menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi,tidak mengamalkan rasuah,bersih,transparent
dan effisien dari kerajaan yg kononnya memperjuangkan Islam tetapi menjalankan dakwah rasuah,menyembah wang ringgit,merampas hak dan kebebasan bersuara rakyat,kaki wanita serta mengamal Islam yg sesat(Islam HADHARI)

NH Shah Alam said...

Saya sedih dan saya yakin semua rakyat cintakan keadilan sedih dengan a[a yang berlaku di Perak ini.. Kerajaan pilihan rakyat ditumbangkan oleh Istana.

Selamam ini rakyat menyanjung tinggi keperibadian Sultan Azkan Shah sebagai pengamal undang2 yang mana beliau sebelum ini beliau adalah Ketua Hakim Negara.

Tidak terkecuali dengan Raja Nazrin juga pengamal undang2. Dalam situasi ini Tuanku Sultan Perak telah mencemarkan nama baiknya yang selama ini dipuji oleh seluruh rakyat malaysia sebagai seorang yang berpengetahuan dalam bidang Undang2.

Sudah pasti ini semua adalah konspirasi politik yang melibatkan UMNO, Istana & SPR.

Keadaan di Negeri Perak sekarang ini sudah tidak ketentuan lagi, keamanan dan kenikmatan hidup yang dikecapi oleh rakyat yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat pilihan mereka tidak ada lagi.

Doa dan harapan kita semua agar Allah beri petunjuk dan hidayah kepada Kebawah Duli Sultan Perak, agar beliau memikirkan masak-masak kesan diatas sikap beliau sekarang ini.

-NH Shah Alam-

aukauk88 said...

tuan mso.

saya boleh katakan dalam hal ini istana tidak berlaku adil dan bersama-sama berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan rakyat yang memenangi pilihanraya. adalah ini islamik? adakah ini peranan ketua agama islam di negeri perak? tidak ada cara sangatkah untuk menegur dan berbincang dengan kerajaan PR berkenaan pemberian tanah melainkan bersama-sama BN berkonspirasi merampas kuasa????

inam kitites said...

Sperm agak sedih dengan polar politik Perak dan Institusi Istana yang kian tercemar.

Sperm hanya setitik mani yang hina dan seumpama timun yang merenung nasib dihadapannya durian, menanti bilakah durian bertukar menjadi tempoyak untuk disental oleh sang timun klas bawahan.

Sedih Dan Kecewa dengan sikapnya

jacketphish said...

Analisis yg terbaik setakat yang dibaca. Memang hakikat yang berlaku.

kealpaan Pakatan Rakyat dgn kebijakan Barisan Nasional mengeksploitasi keadaan dan menggunakan apa saja peluang hatta membelakangkan norma

efendi hassan said...

Istana mungkin sudah terlambat lebih 50 tahun jika mereka merasakan tindakan mereka ini dapat membantu atas nama melayu. Mereka seharusnya sedar, elit melayu dan istana lah yang menerima bangsa asing sebagai warganegara atas nama "perjuangan menuntut kemerdekaan".

Tanya pada diri sendiri, Berapa besarkah keluasan kampung baru yang diberikan hak kekal oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak berbanding dengan tanah-tanah selainnya yang telah pun menjadi milik bangsa asing. Tanah-tanah kawasan perumahan, tanah rezab melayu dan tanah pertanian yang ditukar milik kepada tanah perindustrian dan perumahan yang seterusnya dibeli oleh bangsa asing, menjadikan bangsa asing pemilik kekal tanah tersebut.

Istana mungkin terlupa bahawa elit-elit melayu (UMNO) semenjak lebi 50 tahun lalu jugalah yang menggadai dan menjual tanah-tanah ini yang kini bukan lagi milik melayu.

Tindakan terbaru istana ini sekadar meninggikan lagi tembok yang dibina diantara istana dan rakyat. Istana sendiri yang sedang menggali lubang untuk menguburkan institusi istana itu sendiri.

Pak Brahim said...

Alhamdulillah,

Melalui kejadian di negeri Perak telah mengajar kita bahawa walaupun seseorang itu tinggi ilmunya, namun sekiranya ia tidak beriman kepada ALLAH AWT. akan tetapi telah beriman kepada HAWA NAFSU maka sudah tentu keadilan tidak dapat diujudkan WALAUPUN BELIAU SEORANG HAKIM YANG BESAR SEKALIPUN.

RAJA BUKAN UNTUK DISEMBAH.

dira said...

Biarlah BN bergumbira sekarang.PRU akan datang,barulah dia tahu langit tu tinggi ke rendah.Masih tak insaf-insaf lagi. Makin rakyat menyampah dgn mereka adalah.Umno tu akan pupus tak lama lagi bila org-org tua yg memenangkan mereka udah tiada lagi.Generasi baru say no to umno.

Anonymous said...

Saya berpendapat peranan utama dimainkan oleh Dato Nasaruddin, ADUN Bota yang sebenarnya bertindak menjadi Trojan Horse yang dihantar oleh Najib selaku Pengerusi Badan perhubungan UMNO Perak. Imbas kembali riak muka ADUN Bota ketika pengumuman kemasukannya ke dalam Pakatan rakyat dan ketika bersama Nizar mengiyakan beliau dihantar sebagai perisik utk melaporkan apa saja strategi kerajaan Pakatan sebaik sahaja 2 ADUN PKR menghilangkan diri. Pelik juga beliau tidak banyak bercakap, malahan soalan yang ditujukan kepada beliau di jawab oleh Nizar. Sebaik sahaja beliau melompat balik kepada UMNO barulah disedari, beliau ialah Trojan Horse.