Monday, May 18, 2009

Susupan Tengahari

Tok Guru Tidak Menolak Kemungkinan Berlaku Rasuah

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku rasuah ataupun politik wang semasa berlangsung pemilihan peringkat kawasan bulan lepas. Beliau tidak menolak mentah-mentah dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraqi.

Tetapi dalam masa sama beliau berharap segala tuduhan itu hendaklah dikemukakan dengan bukti agar ia tidak menjadi fitnah. Nik Aziz juga tidak dapat menentukan apakah Mat Iraq memberi nasihat ataupun beliau (Mat Iraq) ada bukti bila menuduh berlaku rasuah dalam pemilihan Pas.

Saya setuju dengan pandangan Tok Guru itu, yang tidak menolak mentah-mentah tidak berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan Pas kawasan baru-baru ini. Sikap begitu adalah objektif dan bukan cuba menyembunyikan sesuatu yang buruk kerana ingin menjaga nama baik parti. Mungkin Tok Guru itu tidak diberikan maklumat berhubung kejadian itu. Maka jika beliau berkata demikian jangan salahkannya.

Semua pihak yang sayangkan Pas patut menyahut seruan Nik Aziz itu. Kakatkan sesuatu itu biarpun pahit. Biarpun ianya pedih untuk ditelan tetapi demi kebenaran nyatakanlah. Kalau sudah terpaksa kaki atau paha dipotong untuk menyelamatkan nyawa, serah dan potonglah. Itulah baru dikatakan pejuang kebenaran dan bukan hipokirasi atau munafik.

Bila Tok Guru Nik Aziz tidak menolak kemungkinan itu maka soal rasuah seperti mana disebut Mat Iraq itu boleh jadi ada, dan boleh jadi tidak ada. Dalam hal ini saya berkeyakinan ianya ada, tunggu lagi orang yang memiliki itu tidak tergamak untuk mendedahkannya atas alasan sayangkan parti.

Sikap menyembunyikan keburukan kerana hendak menyalamatkan parti sikap yang tidak betul. Sikap begitu samalah orang yang malu untuk menyatakan sakitnya yang akhirnya menyebabkan penyakit itu memakan dirinya sendiri seperti api menyala dalam sekam.

Ketika ini Mat Iraq sedang "dihadapkan" ke Dewan Harian Pas yang kini sedang bermesyuarat di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Ada pihak yang beriya agar Mat Iraq mendedahkan buktinya atas dakwaannya itu. Mungkin Mat Iraq tidak bersedia untuk mendedahkannya kerana mungkin dia hanya mendengar saja mengenai hal itu dan apa yang didedahkan itu berupa peringatan. Kepada mereka yang memilikinya silalah tampil mengemukakan bukti untuk membenteraskan penyakit itu.

Saya sudah sebutkan dalam posting sebelum ini kalau boleh jangan perluaskan perkara ini. Jangan cuba usik sarang tebuan (buka masalah). Tetapi nampaknya apa pihak yang gelisah terpaksa bercakap dan mendesak untuk membersihkan namanya. Apakah mereka yang gelisah itu sudah menghidapi flu rasuah ini? Biasanya mereka yang tergigit lada saja akan menjelerkan lidahnya!

Dalam konteks ini kita bukan hendak membela sesiapa dan cuba menjatuhkan sesiapa. Sesiapa jua melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa termasuk Abdul Hadi Awang, Mohamed Sabu atau Nasharudin Mat sendiri pun perlu dibenteraskan. Yang patut dijaga bukan individu tetapi Pas. Pas akan kekal individu akhirnya akan meninggalkan Pas.

Adalah silap kalau kita mengkagumi seseorang sampai kita enggan mempercayai keburukan yang beliau lakukan! Apa lagi kalau keburukan itu dibungkus dengan wang ringgit dan kebendaan kita terus menelannya, lagilah malang. [wm.kl. 12:00 t/hari 18/05/09]

3 comments:

affandi said...

salam...
saya bersetuju dg tuanguru nik aziz..beliau tdk memandang remeh perkara ini...dan tidak tkut untuk berkata benar demi menyelamatkn pas agar tidk terus dilimpahi dg orng2 yg korup di dlm pas..
beanrlah kata pak mso teguran bkn berniat untuk menjatuhkn individu tertentu..atau mengaibkn namun untk menyelamatkn sebuah perjuangn yg suci yg telh lama di dokong..insya allah.

Syeikh YB said...

saya sgt setuju dgn pendapat tuan. mat iraq seorang yang tulus dan lurus

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Dalam satu mesyuarat ajk masjid terdengar rugutan dari tok imam yang menyuarakan pengurusan duit tabung masjid tidak ada "akauntabel",ini bermakna duit masuk keluar tidak diodit.

Jadi jika orang masjid pun bolih dipertikaikan ketelusannya bererti keraguan kita mesti ada dengan sekelumit syak wasangka kepada sesama jamaah sendiri supaya kita tidak menelan bulat bulat tanpa menapis air kopi itu walaupun rasanya memang sedap diminum...jadi fikir betul betul !