Thursday, May 21, 2009

Tarik Menarik

Husam Pula Sedang Pertimbang Tarik Diri!

HARI ini giliran Haron Din pula menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden Pas. Langkah Haron Din itu menjejaki langkah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang berbuat demikian kelmarin.

Kata Haron, beliau tidak ada keperluan baginya untuk bertanding jawatan itu. Jadi beliau tidak akan menghantar borang pencalonan untuk bertanding.

Haron Din adalah antara mereka ang dicalon untuk merebut jawatan itu. Beliau mendapat pencalonan paling rendah sebanyak 7 pencalonan di belakang Azizan Razak yang mendapat 8 pencalonan.

Dengan penarikan diri Haron Din dan Azizan Razak itu kini dua calon lagi yang kemungkinan akan menentang Nasharudin Mat Isa. Mereka ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Husam Musa.

Husam Musa juga dikatakan sedang membuat pertimbangan kemungkinan akan menarik diri dari merebut jawatan itu. Beliau mendapat pencalonan sebanyak 28 kawasan di mana kurang separuh daripada diperolehi Nasharudin yang mendapat 68 pencalonan.

Satu SMS diterima dari Perak memberi tahu Husam akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa kawasan-kawasan Pas di Perak esok, 22 Mei bertempat di Batu Gajah. Kemungkinan perjumpaan itu sebagai mendapat pandangan kawasan Pas mengenai kedudukannya.

Adalah elok juga kalau Husam menuruti jejak timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din menarik diri memandangkan beliau mendapat kurang pencalonan. Sebelum ini Husam ada membayangkan sekiranya beliau tidak mendapat lebih 40 pencalonan beliau akan menarik diri. Dengan hanya menerima pencalonan sebanyak 28 jelas kawasan memberi isyarat awal kepada beliau agar tidak menganggui Nasharudin.

Sekiranya Husam mengambil keputusan itu ini bermakna jawatan timbalan presiden akan berlaku antara Mohamad Sabu dengan Nasharudin. Mat Sabu tidak mungkin akan menarik diri memandang beliau sudah membuat ketegasan 'apa nak jadi pun' dia akan langgar Nasharudin.

Mat Sabu mengibaratkan dirinya kini sebagai boldozer tidak ada brek yang sedang turun bukit di mana tidak mungkin beliau akan membatalkan niatnya itu.

Sementara semalam juga dilaporkan Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin turut menarik diri untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama. Hashim memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob untuk memegang jawatan berkenaan.

Terdahulu, Mohamad Daud Iraqi telah menarik diri untuk dicalonkan bagai mengekalkan jawatan ketua Dewan Ulama untuk membolehkan Harun Taib dikembalikan semula ke jawatan berkenaan.

Tindakan para ulama Pas yang tidak tergilakan jawatan sepatut diikuti oleh para pemimpin lain dalam Pas untuk membuktikan Pas bukan parti tempat nak mengujui kekuatan! [wm.kl. 5:00 pm 21/05/09]

3 comments:

denaihati said...

PAS mesti tidak jadi seperti PKR dan UMNO..ramai yang sedang melihat perkembangan PAS dan perjuangan ISLAM nya bukan perjuangan meng IDOLA kan pemimpin...IDOLA kita hanya satu MUHAMAD saw.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

kita lawan bukan untuk uji kekuatan tubuh badan,kita lawan bukan tetap untuk berlawan semata mata,kita lawan adalah untuk memberi teguran dan peringatan supaya ada keseimbangan untuk menilai diantara tebu dengan tebura

supir said...

Sdr MSO, Saya amat tidak setuju sekiranya Dato' Husam ingin menarik diri dari pertandingan Timb. Presiden PAS. Kalau hanya alasan beliau tidak mahu mewujudkan perpecahan 2 golongan (sebagaimana dakwaan beliau dalam Siasah) iaitu golongan profesional dan ulamak maka alasan ini tidak masuk akal.

Kepimpinan PAS telah menafikan kewujudan 2 golongan tersebut dalam PAS tetapi mengapa Dato' Husam memberikan alasan sedemikian? Tidakkah beliau telah memberi pandangan bahawa arahtuju parti PAS perlu diubah? Sepatutnya selepas kenyataan tersebut, beliau janganlah berlepas tangan tanpa memberi peluang kepada ahli-ahli PAS membuat undian.

Mengimbas kembali kepimpinan PAS di bawah era Dato' Asri, biar pun kehebatan Dato' Asri lebih terserlah dan sifat melayunya lebih tinggi dari Dato' Husam tetapi cara-cara pendekatan berpolitik dalam parti cuba di gunapakai semula oleh Dato' Husam. Natijahnya, kepimpinan ulamak terpaksan maju ke depan bagi menyelamatkan masa depan PAS pada waktu itu.

wassalam.