Monday, May 9, 2016

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, PKR paling sesuai letak calon

PADANGAN

Cadangan rasional daripada Azmin.
Pas awal-awal lagi telah menyatakan akan meletak calon di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Pernyataan itu dibuat oleh Mustapa Ali pengarah pilihan raya Pas. Kecepatan Mustapa membuat pernyataan itu seakan parti itu tidak mahu kerusi yang diperuntukkan kepadanya semasa kewujudan Pakatan Rakyat itu diganggu oleh orang lain.

Memang dalam pilihan raya ke 13 lalu kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh Pas. Masa itu Pas masih lagi bersama PR. Pas hampir-hampir menang di Sungai Besar apabila parti itu kurang 200 undi sahaja. Manakala di Kuala Kangsar undi Pas juga memberangsangkan apabila Pas kalah 1,082 undi.

Mungkin melihat pencapaian itu menyebabkan Pas berasakan ia ada harapan untuk rampas kerusi berkenaan dalam pilihan raya kecil nanti. Dan sebenarnya wajar kalau kedua-dua kerusi itu diberikan kepada Pas atas semangat kerjasama dan sefahaman untuk tumbangkan BN. Namun apa yang perlu disedari Pas kini, apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu tidak mudah berulang dalam pilihan raya kecil nanti. Ia sangat jauh berbeza.

Hari ini Pas sudah tidak lagi menjadi komponen Pakatan Rakyat, bahkan pakatan itu telah pun hancur gara-gara cara pemimpin Pas bermain politik. Sudah pasti Pas tidak mendapat sokongan padu daripada sekutunya itu dulu khususnya DAP. Pas dan DAP masing-masing sudah istyhar berkerat rotan berpatah arang. Pada masa sama Pas kini menunjukkan kemesraan dengan Umno berbanding parti pembangkang yang menjadi rakannya sebelum ini.

Pengaruh DAP berdasarkan jumlah pengundi orang Cina dalam kedua-dua kawasan itu bukan kecil. Malahan salah satu Dun dalam Sungai Besar iaini Sekinchan ia dimenangi oleh DAP dua kali. Di situ ada lebih 30 peratus undi Cina. Pas tidak boleh mengharapkan undi Cina DAP lagi bersama mereka setelah berlaku krisis dan hancurnya Pakatan Rakyat.

Selain itu undi Pas itu juga tudak sesolid dahulu lagi apabila tertubuhnya Amanah. Kemungkinan Amanah juga akan meletakkan calon sebagai testimoni sejauh mana penerimaan parti itu di kalangan rakyat Selangor. Sekiranya Amanah letak calon sudah tentu ia tambah menjejaskan sokongan kepada Pas. Cukup kalau Amanah raih lima pertaus undi sahaja harapan Pas untuk menang akan berkecai.

Secara mudah Pas akan berdepan dengan keadaan cukup menganggu mereka. Amanah dan DAP akan menjadi pesaing dan penggangu. Pas mungkin boleh bermimpi untuk meraih kerusi itu dan mengembalikan reptasinya yang rosak kini dengan memastikan Amanah tidak ganggu dan DAP terus menyokong Pas. Tetapi soalnya apakah semudah itu untuk menyambung kaca yang retak yang sudah bersepahan?

Pandangan dan seruan dibuat Mohamed Azmin Ali supaya Pas kembali bersama komponen pembangkang, - DAP dan PKR serta menerima Amanah sebagai rakam baharu adalah cadangan sangat pratikal bagi membolehkan Pas menambah kerusi di parlimen. Hanya dengan melaksanakan cadangan Timbalan Presiden PKR itu sahaja membolehkan Pas menang di pilihan raya berkenaan.

Sebaliknya kalau kerjasama dan persefahaman ini tidak wujud, maka Pas akan menyertai pilihan raya itu sebagai tanggungjawab dakwah sahaja bukan untuk menambah kerusi di parlimen. Sangat elok kalau Pas merenung kembali dan bermahasabah untuk kembali menjadi cemerlang semula dengan merampas kedua dua kerusi berkenaan. Bolehkah?

Persepakatan semula ini tudak mustahil boleh terjalin sekiranya semua pihak khasnya dalam Pas memahami erti dan istilah politik. Begitu pun bagi saya ia tidak mungkin berlaku selagi Pas dibawah pimpinan mullaf, yang mana mereka telah memasangkan slogan Pas bertanding bukan untuk menang tetapi melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Kedua-dua kerusi itu Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi potensi baik kepada pembangkang. Ia menjadi satu ujikaji bagi melihat sejauh mana pengaruh Najib Razak dan kesan terhadap deklarasi rakyat. Ada baik kalau pembangkang sepakat untuk berhadapan dengan BN.

Dan sekiranya Pas gagal untuk sedia menuruti pandangan diberi Azmin, dan juga ikhlas untuk melihat BN tersembam, apa kata Pas melepaskan kerusi itu kepada PKR untuk berhadapan dengan BN. Lagi pun Pas tidak ada masalah dengan PKR. Dan PKR sendiri menjadi parti mempersatukan komponen pembangkang.

PKR tidak bermusuh dengan Pas dan juga DAP. Begitu juga dengan Amanah. Jadi PKR adalah satu-satu parti yang dikira "istimewa" untuk berlawan dengan BN di kedua-dua pilihan raya kecil itu. Kalau PKR diberi lalu semua pihak menyokong calonnya atas persefahaman dan realiti yang ada kini. [wm.kl.10:19 am 09/05/16]

12 comments:

GEBU said...

Mengapa pula kerana PAS yg sudah tidak memberi apa2 makna kpd PH kita nak melukakan hati DAP dan AMANAH sekiranya calun2 bagi Sg. Besar dan Kuala Kangsar diberi kpd PKR sedangkan kita tahu potensi kemenangan PH adalah berteraskan kpd keutuhan PH dan AMANAH tertubuh adalah kerana kurang bijak beberapa pemimpin2 PAS yg menganggap diri mereka ulama.

Hamba Allah said...

Apa yg PAS buat semua tak kena dimata pakcik mso ni...sudah2 la tu pakcik oiiii umuq kian lanjut ingatlah sama bahawa mati yg paling dekat dgn kita...ingatlah kedua ibubapa kta sama pakcik

abdulhalim mustafa. said...

stuju bg pd pkr

abdulhalim mustafa. said...

ok

Anoynimous said...

Ya betul
PAS sudah tidak lagi menjadi kepercayaan sebahagian besar melayu dan cina mutakhir ini

Myshah said...

Memang PAS tiada masalah dgn PKR. Kalau ikutkan pandangan penulis ini. Semua kawasan PAS patut serah pada PKR. Apa punya analisis....

mujadid said...

Seeloknya kedua2 kerusi diberi kepada Pas.Biar Pas stand alone dan lihat keputusannya.
Hari ini kepimpinan dan ahli2 Pas kata Pas kuat dan parti2 dalam Pakatan menumpang populariti mereka.
Selepas PRK barulah buat rumusan mengenai way forward Pas dlm menghadapi PRU14.
Yang pasti dari analisa saya Pas akan kecundang didua2 PRK krn tidak akan mendpt sokongan langsung dati pengundi Cina dan India.Ini adalah kerusi2 selamat BN seblm ini.Setelah tertubuhnya Pakatan ia menjadi kerusi xselamat utk BN.
Sbb tu agenda Umno ialah menyusup masuk dpm Pas dan memecahkan Pakatan yg tidak disedari oleh ahli2 Pas.

Unknown said...

Betul2 setuju dgn pandangan penulis. Dah takde sokongan lg parti pas nih kat kelantan je boleh hidup

zman said...

Waktu pusat kamu masih berbau kunyit, pakcik ini dah lama berjuang dlm pas. Kamu skrg baru nak kenal pas.... blm kenal pun lg sebenarnya, sekadar ikut-ikutan.

Unknown said...

Sokong...biar PAS berhadapan dgn parti mana sekalipun..Penyokong UMNO atas tidak setegar dulu lg.PKR hanyalah bayangan DAP manakala AMANAH dipimpin Mat Sabut terang2an penyokong atau proksi DAP..

Mr Rasid said...

Masalah memenangi kerusi tidak akan berlaku sekiranya pihak PKR,DAP mahupun pan rela membenarkan PAS bertanding dan bersatu menumbangkan BN... disebabkan celuparnya kenyataan mengenai Islam , hudud dsbnya menyebabkan luka ini akan diingati oleh ahli PAS... dan sampai bila bila pun kawasan yg berpotensi dihuni oleh non BN parti akan menjadi sia sia jika semuanya nak bertanding... termasuk Pan dan sebagainya.... demi marahkan bekas anggota mereka..mereka sanggup berpecah dan sanggup melihat BN menang selesa asalkan PAS tidak berjaya...terima kasih Pan dan non BN Parties....sampai bila bila pun takkan menang....

cendrawasih said...

Motifnya nak apa sebenarnya. Melaksanakan Hudud (atau apa sahaja panggilan yang sewaktu dengannya) atau nak menang pilihanraya. Dengan siapa yang Hukum itu boleh dijayakan? Biarkan PAN, confirm hukum tu tak ke mana. Dengan PAS, inshaAllah Allahu Akbar!!