Kerajaan Muhyiddin hadapi serangan Covid kedua. |
Dengan menerima ada hikmah di sebalik kemendadakan kes-kes itu, maka semua pihak kena mengambil iktibar dan bermuhasabah diri atas apa yang berlaku. Jangan biarkan sesuatu isyarat yang diturunkan itu tanpa ditabir kerana buruk padahnya.
Hendak tidak hendak kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kena bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa menimpa negara waktu ini. Walaupun pemerabakan pandemik itu disebabkan kelalaian manusia, tetapi sebagai perdana menteri Muhyiddin hendaklah mengambil tanggungjawab. Beliau tidak boleh berhelah dengan sejuta alasan lagi berdegil untuk terus mengheret beban yang berat dan panjang. Selaku pemimpin beliau tidak boleh menyimpangkan diri.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (lock dowan) sepatutnya sudah perlu diistyharkan dan diperketak semula berdasarkan unjuran angka kes-kes yang sedang mendatang. Kalau semasa PKP pertama lalu dilaksana apabila kes harian mencecah 200 kes, kini jumlah yang membawa kepada PKP itu sudah meningkat sekali ganda, semalam saja ada 432 kes, jumlah tertinggi. Hari ini belum diumumkan mungkin bertambah. Dengan angka mencanak itu maka wajarlah KPK dilaksanakan semula.
Apakah kerajaan kesuntukan kewangan untuk melaksanakan PKP itu maka ia terpaksa dibiarkan begitu sahaja, menunggu sehingga kes cecah 500 kes, dan dalam menanti itu memberi tahu rakyat ia tidak bahaya dan keadaan masih boleh dikawal? Dengan membiarkan merebaknya kes itu ia berpotensi akan memberi kesan lebih buruk kepada rakyat dan negara. Tanpa PKP rakyat terus bergerak bebas.
Selaku kerajaan seandainya masalah kewangan mengekang daripada dilaksanakan KPK, Muhyiddin dan seluruh anggota kabinetnya kena mencarinya dari sumber mana sahaja. Muhyiddin kena perah otak semahu boleh. Ia tidak cukup dengan memutarkan doa lapok Muhyiddin di radio dan televisyen sahaja, satu tindakan menyeluruh lebih efektif perlu dicari. Pelan pemulihan ekonomi drastik perlu dilakukan.
Kata orang tangan berani mencincang maka bahu pula harus berani memikul. Muhyiddin sanggup, sedia melakukan rampasan kuasa secara tidak bermoral akhir Februari tahun lalu maka beliau juga kena berani untuk memikul beban Covid hari ini sehingga ia benar-benar tuntas.
Sekiranya Muhyiddin sudah tidak terdaya, rasa terbeban, tertekan dan penat badan, sakit dada dan jiwa, satu-satu jalan keluar serahkan sahaja kerajaan Malaysia itu kepada mereka yang lebih berkemampuan dan panjang akar serta mempunyai jangkauan diplomatik yang global.
Secara berterus terang serahkan saja kepada PH untuk mereka menyambung kembali kerajaan yanjg dikhianati itu. Kerajaan PH yang dibina dengan mandat rakyat dalam Piraum ke 14 itu kepada PH perlu dipulangkan. Biarlah PH menerus dan menghabis periode pemerintahannya yang diganggu Muhyiddin itu.
Soal siapa akan jadi PM terserah kepada PH nanti. Apakah ia mahu diserahkan kepada Dr Mahathir Mohamd atau pun diberikan langsung kepada Anwar Ibrahim yang sudah lama menunggu dan bersedia, itu hak PH dan jangan pertikaikan. Pokoknya disini cara terbaik untuk Muhyiddin melepaskan beban asmara yang ditanggung dan dipikulnya, lepaskan pegangan anda itu.
Muhyiddin tidak perlu malu untuk berbuat demikian malahan beliau akan dianggap sebagai gentleman kerana mengaku kegagalan dan kelemahan diri. Lagipun dengan suasana politik hari ini, sokongan kian mengecil kepadanya sangat wajat kalau Muhyiddin mengambil keputusan itu. Bertindaklah sebelum anda dimalui.
Apakah kerajaan PH kelak akan dapat mengatasi masalah Covid itu? Itu juga kena serahkan kepadanya. Kerana Covid itu datang pada saat kerajaan PH, maka elok kalau kerajaan itu menanganinya sampai akhir.
Apa yang berlaku kini terjawab segala tuduhan ke atas kerajaan PH sebelum ini kononnya kalau PH masih memerintah maka Covid merebak dengan luas dan kuat lagi. Ada nada sinis mentatakan PH tidak pandai memerintah. Tetapi apa yang berlaku kini kerajaan PN ternyata gagal untuk berhadapan dengan bala Allah itu. Malahan kegagalan PN berlipat kali ganda lagi.
Kerajaan PN yang kononnya bernuansakan Melayu dan Islam tidak berlaku seperti mana diharapkan. Kunjungan kedua Covid dan berulangnya kes bermakna virus Corona itu tidak mudah lebur dan hancur dengan doa-doa kerajaan Islam.
Nah hari ini, kerajaan PN masih lagi memerintah, Covid tidak ada tanda-tanda akan reda bahkan kian menjadi-jadi. Sampai Menteri Agama sendiri tersapa oleh Covid terpaksa menjalani kuarantin dan merintih memohon maaf, begitu juga Ketua Pengarah Kesihatan juga terpaksa menjalani kuarantin kendiri, perdana menteri juga terpaksa menjalan kuarantin kendiri buat kali kedua.
Apa yang menimpa beliau itu sudah cukup untuk menginsafkan dan cuba mengaitkan bala yang berlaku kini mungkin kerana tindakan sadis Muhyiddin bersama Azmin Ali dan gengnya yang lain. Kalau bukan itu jawabannya sahihnya, tetapi cubalah mengambil hikmah yang berlaku ini berisabkan itu.
Apakah Muhyiddin akan keras pedal seperti Donald Trump, walaupun kena Covid tetapi masih ghairah untuk jadi presiden Amerika Syarikat? Buat tapai ubi kayu, ragi basah dijemur ...... [wm.kl.12:09 pm 06/10/2020]
No comments:
Post a Comment