KERANA sudah berjanji maka saya menggagahkan juga jari jemari untuk mencatat dan mengisi blog ini. Di mana hendak saya mulakan cerita kali ini? Banyak yang tersimpul dalam kepala. Berberapa email dari penjenguk setia sudah bertanyakan mengenai penangguhan perhimpunan agung Umno. Mahu saya ulas, atau mahu mendapat pandangan saya.
Sebelum kembali bersiasah, elok rasanya kalau saya mengimbaukan sedikit apa yang berlaku atau pun menggambarkan suasana di Madinah Munawarah, bumi yang penuh berkat aman dan damai. Madinah adalah kota pertama dalam tamadun Islam yang selamanya menjadi model dan impian seluruh bangsa. Ianya dibuka oleh Muhammad s.a.w kira-kira 1429 tahun lalu.
Saya masih ingat saat Anwar Ibrahim berada di puncak kegemilangan beliau mengimpikan sebuah masyarakat Madani di negara ini. Dalam erti kata lain beliau mahu menjadikan bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi dan berukhwah. Beliau mahu menjadikan Madinah sebagai model masa depan Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Saya masih ingat saat Anwar Ibrahim berada di puncak kegemilangan beliau mengimpikan sebuah masyarakat Madani di negara ini. Dalam erti kata lain beliau mahu menjadikan bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi dan berukhwah. Beliau mahu menjadikan Madinah sebagai model masa depan Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Kenapa beliau berbuat demikian itu kerana bertolak dari latar belakang pendidikan dan pemahaman yang ada kepada Anwar. Bagi mereka yang tahu sejarah dan keindahan Islam serta kesyumulannya akan bercita-cita untuk melaksanakan itu. Sebaliknya bagi mereka yang jahil akan menentangnya tidak sesekali akan nampak dan merasai keindahan apa yang ada di Madinah atau Makkah.
Itulah yang terjadi kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Beliau yang tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mapan dalam Islam tidak mudah menerimanya. Bahkan beliau menolak cita-cita dan keazaman Anwar itu dengan mempersendakan Madani itu sebagai permaidani dalam satu ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno.
Itulah yang terjadi kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Beliau yang tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mapan dalam Islam tidak mudah menerimanya. Bahkan beliau menolak cita-cita dan keazaman Anwar itu dengan mempersendakan Madani itu sebagai permaidani dalam satu ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno.
Dari situ saya sudah nampak perbezaan dan pertentangan besar antara Mahathir dengan Anwar. Seorang kagum dengan tamadun Islam dan mahukan Islam direalisasikan dan seorang lagi mahukan kepada liberal melampau dan tidak percaya kepada keamanan sejagat dipelopori Islam.
Bagi Anwar sudah pasti kejayaan Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah itu dijadikan asas kepada persudaraan antara kaum-kaum di negara ini. Namun beliau tidak berkesempatan untuk menjayakan menerusi Umno, dan mungkin apa yang dilakukan dalam PKR hari ini itu sebagai penerusan kepada cita-citanya.
Ternyata sekali ukhwah dan hubungan sesama insan di Madinah terserlah. Betapa ini dapat disaksikan sewaktu berbuka puasa dalam masjid Nabi. Masing-masing berlumba untuk berbuat kebaikan. Setiap jemaah masjid atau umrah yang melangkah kaki ke masjid menjelang berbuka akan ditarik tangan agar duduk mengelilingi hidangan mereka untuk berbuka puasa.
Sesetengahnya sampai bergaduh macam penjual merebut pelanggan. Ada yang mahu ke tempat mereka dan menghalang jemaah dari ke tempat lain. Ada juga yang mencuri 'pelanggan' ke tempat mereka dengan tawaran makanan lebih enak dan berbagai.
Suasana tarik menarik ini walaupun agak kasar namun ia menyerlahkan keindahan dan ukhwah sejati. Betapa Islam itu sangat meraikan dan menjaga kebajikan ummahnya. Sebab itulah tidak akan ada mereka yang akan kebulur bila memijak bumi Madinah.
Setiap kali saya berpeluang menyinggahi masjid itu pada bulan puasa itulah yang mendesahkan jiwa saya. Yang menjadi desahan dan igauan saya. Bila lagi suasana dan keadaan itu akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pada seluruh aspek kehidupan umat Islam. Orang akan berebut untuk membantu antara satu sama lain dan bukan berebut untuk menipu, menganiaya, dengki dan sebagainya sesama sendiri sehingga merugikan.
Biarlah satu masa nanti suasana dan keadaan sama yang ada di masjid Nawabi itu akan berlaku juga di masjid di Malaysia. Namun apabila menyedari bahawa segala keindahan dan kemuliaan itu telah digezetkan hanya di situ saja, mustahil ia akan berlaku di masjid-masjid lain selain dari Madinah dan Masjidil Haram di Makkah. [sv824.3:00 am 27/09/08]
2 comments:
Assalamualaikum,
Kepingin sekali untuk ke sana, ke tanah dan tempat yang tiada unsur dendam dan sakit hati. Semuanya berukhwah dan saling mengikat silaturahim. Namun kini masih belum berkesempatan.
Semoga kunjungan ke sana akan menyuntik semangat berkobar-kobar untuk berbakti kepada agama dan bangsa. Sesungguhnya bangsa kita, orang Melayu masih lagi terkurung dalam nostalgia bahawa Malaysia hanya negaranya semata-mata. Hakikat politik akibat angkara British tidak boleh kita tolak. Realiti tetap realiti. Mau tak mau kita perlu hidup bersama realiti politik dan demografi tersebut. Inilah asas hala tuju politik kita kini.Mereka ini perlu selalu diingatkan.
Sekali lagi, apabila kita bercakap tentang masyarakat di Madinah maka mahu tak mahu termuncul nama Anwar, dengan gagasannya masyarakat Madani. Alangkah bahagianya masyarakat Malaysia apabila Anwar dan TGHH dan TGNA bersama-sama menggembleng tenaga memacu dan menjana gagasan yang memang didambakan oleh mana masyarakat. Soal-soal remeh dan prejudis ditolak tepi, dan masa sama melihat persamaan perjuangan. Ketidakberesan diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.
Yang ada dalam masyarakat ini ialah pelunasan tanggangjawab dan kewajiban insan dalam konteks kekhalifahan manusia dan kecintaan kepada Allah semata-mata. Insan lebur dalam cinta Allah.
Semoga impian ini akan dapat dicapai akhirnya. Syaratnya tidaklah sukar, mengamalkan, ‘amal makruf, nahi munkar”.
Selamat istirehat. Ambil balik segala tenaga. Berbloging boleh dikemudiankan, walaupun suhu politik kini kian menggelegak.
Wassalam.
Saya tertarik dengan kenyataan ini:
"Bagi Anwar sudah pasti kejayaan Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah itu dijadikan asas kepada persudaraan antara kaum-kaum di negara ini. Namun beliau tidak berkesempatan untuk menjayakan menerusi Umno, dan mungkin apa yang dilakukan dalam PKR hari ini itu sebagai penerusan kepada cita-citanya."
Seterusnya saya amat dukacita dengan kenyataan ini:
"... bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mapan dalam Islam tidak mudah menerimanya. Bahkan beliau menolak cita-cita dan keazaman Anwar itu dengan mempersendakan Madani itu sebagai permaidani dalam satu ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno."
Masyarakat Madani tidak jadi realiti, sebaliknya masyarakat yang taksub dengan aliran sekularisma sangat subur. Buah sekularisma melhirkan benih munafik di mana dusta adalah salah satu sifatnya dan dua lagi menyusul secara beransur-ansur di mana media arus perdana menjadi saluran yang begitu berkesan.
Bukan suatu yang luar biasa jika rakyat di peringkat akar umbi kian meluat dengan kepimpinan yang kononnya telus. Maaf.
Post a Comment