SPR Akan Teruji Lagi
Apakah Ada Satu Lagi Pilihan Raya Kecil di Kedah?
ESOK bakal menentukan apakah satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Kali ini kerusi yang menjadi tumpuan ialah Kota Seputih, Kedah. Penentuan itu akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat esok untuk menentukan samada ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan untuk kerusi berkenaan.
Kerusi ini menjadi tumpuan kemungkinan akan berlaku kekosongan menyebabkan pilihan raya akan diadakan apabila penyandang Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker. Menurut undang-undang kerajan Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan.
Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada spekaer DUN Kedah.
Apakah bentuk keputusan SPR esok? Spekaer DUN Kedah, Abdul Isa Ismail telah pun memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada. Kini terserah kepada SPR kerana SPR akan menentukan sama ada kerusi berkenaan kosong secara automatik atau sebaliknya.
Ekoran ini sekali lagi wibawa SPR akan teruji. Orang ramai akan melihat sejauh mana SPR bertindak dalam menyelesaikan masalah ini. Sudah tentu kejadian yang berlaku di Perak tidak lama dulu menyebabkan timbul keraguan terhadap SPR dalam membuat keputusannya berhubung apa yang berlaku di Kedah itu.
Di Perak dulu SPR tidak memperakui kekosongan kerusi yang diistyharkan oleh speaker DUN Perak Sivakumar. SPR menggunakan budi bicara dan kuasa mutlak yang ada kepadanya untuk mengistyharkan sesutau kerusi itu menjadi kosong atau tidak.
Apakah kali ini SPR menjadikan alasan sama, pemakluman oleh speaker Kedah itu tidak sah maka penyandag sekarang masih kekal dan tidak perlu pilihan raya kecil.
Sekiranya esok SPR membuat keputusan mengekalkan kerusi berkenaan ia akan menimbul masalah. Persepsi buruk terhadap SPR akan timbul dan berterusan. Ini kerana awal-awal lagi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah membuat rayuan agar SPR mempertimbangkan supaya kerusi berkenaan tidak kosong.
Sekiranya keputusan esok SPR tidak bersedia menerima pemakluman speaker DUN Kedah itu sudah pasti SPR sekali lagi akan dilihat sebagai membuat keputusan yang memihak kepada UBN. Dalam pada itu SPR harus mengemukakan alasan teknikal yang melampau munasabah atas keputusannya kelak.
Dalam pilihan umum lalu kerusi berkenaan dimenangi oleh calon UBN Abu Hassan Sarif yang mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 495. Ismail mendapat 7,665. [wm.kl 6:00 pm 31/08/09]
4 comments:
Salam hormat !
Ini kes THTC (tidak hadhir tanpa cuti) bolih dishabitkan dengan kesalahan dibawah akta tatatertib 72,jika didapati bersalah bolih dihukum tamatkan perkhidmatan atau lebih rengan daripada itu...jika tidak mampu letak jawatan (pinjam kata kata MB Trg)jadi keegoan membawa padah ! fikir fikir kan !
Dalam keadaan politik BN yang tak stabil; SPR yang 99% memihak kepada BN tak mungkin mengisytiharkan kekosongan DUN Siputeh itu. Aamat mustahil..! SPR kena tanya banyak kali dengan BN nak isytihar atau tidak.
hmm..kalu betul SPR itu jujur tak perlu tunggu beberapa hari untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong. ini kerana telah jelas ADUN berkenaan telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
sebenarnya SPR cuba mencari jalan dan lubang untuk memastikan kerusi itu tidak kosong, sekecil mana pun lubang itu, SPR ttp akan menggunakannya.
Papepun kita tunggu dan lihat adakah SPR akan menjumpai ruang untuk menyelamatkan ADUN UMNO itu
Undang-undang telah di cabul oleh wakil BN, jadi hukuman mesti dikenakan keatasnya. Jadi tiada alasan SPR nak elakkan diri kerana rakyat sedang menilai SPR atas tingkahlakunya.
Post a Comment