Friday, August 7, 2009

Tazkirah Jumaat

Arak dan Babi Sukar Diatasi

PERKARA paling payah untuk kikis dalam kehidupan sesebuah masyarakat ialah budaya dan tradisi yang menjadi amalan sejak datuk nenek mereka lagi. Masyarakat yang kuat berpegang kepada tradisi dan budaya akan mempertahankan budaya dan tradisi itu walau bagaimana sekali pun. Apa lagi kalau tradisi dan budaya itu melambangkan status, makin sukar dihapuskan.
Mereka tidak akan pedulikan lagi pada pandangan dan nasihat mana-mana pihak. Hatta budaya dan tradisi itu menyalahi hukum agama dan dibenci oleh agama masing-masing sekalipun, namun tidak akan dihiraukan. Mereka akan pertahankan meskipun terpaksa terkeluar biji mata.

Orang-orang bersikap begini bolehlah dianggap sebagai mereka yang zalim kepada dirinya sendiri! Zalim dalam konteks ini adalah kufur kepada diri sendiri.

Misalnya budaya memakan daging babi adalah sebahagian dari budaya masyarakat pemakan daging hewan itu yang begitu sensitif sekali. Mereka akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun sekiranya budaya mereka itu diusik. Walaupun memakan daging babi mendatangkan penyakit disahkan secara saintifik dan disebut oleh agama, namun mereka tetap memakan daging berkenaan. Kerana apa, kerana ia sudah menjadi adat dan budaya turun temurun.

Begitu jugalah minum arak atau minuman keras. Walaupun doktor menasihati minuman itu mudharat dan dicegah oleh semua agama, namun ia tetap menjadi kegemaran peminumnya. Peminum tidak akan peduli apa yang dikatakan kepadanya. Jsuteru kalau ada orang cuba menghalang atau menganggunya atas muslahat pihak lain, maka ia akan menentang habis-habisan walaupun terpaksa tercabut telinga dan terkoyak hidung.

Kerana kesebatian budaya dan traidsi itu kepada pengamalnya, saya tidak nampak usaha Pas Selangor untuk mencegah penjualan arak di negeri itu akan berjaya. Usaha itu hanya akan menjadi isu saja dan akan dieksplotasi oleh manusia politik lain. Apa lagi ada pihak yang tidak meminum arak seakan mempersoalkan tindakan Pas Selangor itu sebagai songsang dan dikesalkan. Anih, pihak penentangnya dianggap sebagai bersalah. Kononnya arak perlu dijual bebas atas alasan kemanusiaan dan kepentingan politik.

Nampak dalam soal ini mereka yang berkadas pendapat dengan Pas Selangor mementingkan politik daripada agama, ataupun cuba memisahlan tanggungjawab agama dari politik.

Pun begitu tindakan Pas Selangor itu harus disokong sepenuhnya. Umat Islam harus memberi sokongan dan semangat tanpa mempedulikan alasan-alasan duniawi lainya. Apa yang dilakukan oleh Pas Selangor itu adalah usaha yang baik dan murni. Usaha itu sebagai melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban Pas sebagai sebuah harakah Islamiah.

Mencegah kemungkaran seperti arak, perjudian, pelacuran itu adalah fardu kifayah. Makanya tindakan Pas Selangor itu bagi menyelamatkan umat Islam seluruh Selangor daripada berdosa. Menyalamatkan Khalid Ibrahim selaku MB, menyalamatkan Khir Toyo bekas MB atau menyelamatkan Azmin Ali bakal MB.

Kepentingan ini nampaknya tidak dipandang di sebalik tindakan Pas Selangor itu kerana ianya dilindungi oleh kepentingan politik. Dalam hal ini kepentingan agama digadaikan kerana mengejar kepentingan politik.

Samaa ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, Pas Selangor sudah terlepas daripada menanggung dosa. Pas Selangor sudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan ahli serta penyokongnya. Perjuangan Pas telah dilaksanakan di Selangor! Soal menang dan kalah dalam perjuangan ia adalah subjektif, tidak bermakna menang itu benar dan kalah itu salah.

Kutukan ke atas Pas Selangor oleh ahlinya sendiri usahlah dipedulikan. Kutukan itu tentu lahir dari mereka yang berbeza pandangan dan iktikad politiknya atau ada masalah peribadi dengan pihak Pas Selangor. Yang jelasnya yang jahil mengenai agama.

Mereka yang mentang tindakan itu ialah mereka yang melihat kemenangan bagi Pas ialah kuasa; dapat jadi menteri dan sebagainya dan bukannya kejayaan mencegah kemungkaran walaupun dengan daya yang paling minimum seperti mengangkat sepanduk berharga RM5 untuk menentangnya. Mereka yang menentang tindakan itu ialah mereka yang mencagarkan agama untuk kuasa politik.

Seperkara lagi kepada orang politik yang menentang arak, maksiat dan babi di Selangor, itulah hakikat politik. Adakalanya tindakan dan keputusan dalam politik tidak sama dan berbeza walaupun berada di bawah satu lambang. Manusia politik sangat ego dengan diri masing-masing dan 'wahadah' hanyalan mainan bibir saja bagi mempengaruhi khalayak.

Hakikat ini kena faham dan diterima. Kalau anda sedia menerima perbezaan ini maka teruslah berpolitik dan kalau tidak dapat menahannya silalah berhenti menjadi ahli politik. Politik harus diserahkan kepada ahlinya saja yang bersifat rencam. Sebab dalam politik tidak ada haram hanya ada halal. Tidak ada makruh hanya ada mustahil. Tidak ada kalah hanya ada menang. Kadangkala fakta tidak diperluan yang penting keng yang keras di samping kuasa dan kewangan walaupun kewangan itu diambil dari kontong kerajaan! [wm.kl. 2:40 pm 07/08/09]

6 comments:

Salleh - Putrajaya said...

Salam Tuan MSO...,

Sedih sebab dah ada ahli politik jahil yang sudah comdemn tindakan Dr. Hassan Ali malah mengaitkan beliau dengan perbincangan kerajaan perpaduan di selangor sebelum ini. Kaitan ini tentulah dengan tujuan menghilangkan kredibiliti beliau.

Saya mengutuk tanpa mengira mereka itu ahli politik yang menyebelahi PR atau BN.

abu muaz said...

Arak,tenung nasib, babi,riba semuanya benda yang akan menimbulkan kemarahan peminat-peminatnya.Nabi-nabi pun ditentang inikan kita yg tak nabi dan tak maksum pula.

Tuan Khemah said...

PAS sebelum 1998 dan PAS selepas 1998 terlalu banyak ketidaksamaan.
Dalam usrah bulanan yang saya hadir baru ini dipimpin olih seorang pmimpin muda PAS mengakui akan hakikat ini.Malah ia lebih awal diakui olih Tuan Guru Nik Aziz dimana katanya dalam PAS pun masih ada ahlinya yang berseluar pendek dikhalayak ramai.
Kalau dulu lulusan agama mendapat tempat utama,kini ia sudah bukan semestinya menjadi ciri ciri utama.
Kalau dulu pengerak dan pengikut adalah mereka yang sama,kini anak muda mengambil alih tugas sebagai pengikut.Dan kita semua tahu akan perangai anak muda.Sewaktu mereka bersama bertempik ini haram,itu haram diwaktu yang sama mereka juga peneraju utama kegiatan yang ditegah ini(katanya dosa dosa kecik).Cuma yang membezakan antara mereka dengan UMNO adalah disebabkan didalam keserabutan minda mereka masih mahu dipimpin olih mereka yang berakhlak mulia.
Jumlah mereka bukan sedikit malah merekalah menguasai keahlian PAS dan ini terbukti dengan hadir sebahagian mereka dalam demontrasi ISA baru baru ini.Kehadiran mereka dalam PAS bukan kerana ideologi PAS,tetapi kerana kebencian mereka pada UMNO.
Juga hakikat yang nyata,kesetiaan mereka kepada arahan PAS ada hadnya.Bukan semua pemimpin Pas dapat diterima olih anak anak muda dan orang tua yang merasakan diri masih muda ini .Jesteru itu tidak heranlah jika kita akan dapat melihat nanti,pertelingkan Hasan Ali dengan Ronie akan hilang diambil olih isu isu baru yang sedang menanti.

Omar M. Hashim (Omara) said...

dalam politik macam-macam boleh jadi. belakang cakap macam nak perang, tapi bila berdepan, ketawa bersalam-salaman. kadangkala pengikut yang bergaduh dan marah betul-betul... tapi pemimpin nampak relax sahaja bila bersama.cuma pendapat dan pandangan saya dalam soal arak ini, pandai-pandailah kita mengaturkannya... yang penting pakatan rakyat jangan pecah kalau nak tawan pilihanraya ke 13 nanti. nak pecah senang... tapi nak bersatu balik susah... fikir dulu apakah matlamat ditubuhkan pakatan rakyat? jika tidak lupakan saja... jagalah parti masing-masing macam dulu sebelum pilihanraya ke 12. lagi pemimpin pakatan rakyat banyak cakap, banyak melatah dan melayan media-media pengampu... selagi itulah pakatan rakyat dipandang rendah! dipermain-mainkan... tak percaya tengoklah!

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Kerajaan Pas Negeri kelantan sudah lama berpengalaman berdepan dengan permasaallahan sebegini,jika banyak bercakap pun akan jadi "busuk mulut" saja,sebabnya didalam Pas sendiri sudah ada Dewan Ulama" dan majlis Syuranya, sebab itu didalam solat jumaat (di p.p kelantan) yang lalu khatibnya menekankan tajuk kutbah tentang kepentingan menjaga kebersihan, umumnya bila sebut kebersihan ianya juga ada kaitan dengan makanan yang tidak memudharatkan kesihatan termasuklah babi dan arak.

Setiap premis yang ingin menjual arak dan babi ini sudah tentu memerlukan lesen dari mana mana kerajaan tempatan negeri tersebut. Seperti biasa ianya akan diumumkan kepada orang ramai jika ada sebarang bantahan daripada orang awam.Penguatkuasaan keatas orang yang beragama islam perlu tegas untuk mencegah supaya kelakuannya tidak memalukan agama itu.Soal dosa dan pahala, halal dan haram itu soal lain, mungkin ada yang bolih memberi pelbagai alasan,atas nama hak asasi kemaknusian ataupun menganggap ianya soal dosa pahala hanya antara dia dengan tuhan atau sebagainya.tetapi harus diingat, atas nama menjaga kesucian dan kemulian agama islam itu harus diambil kira....

Jadi soal kemelut dalaman diantara sesama kepimpinan PR hanyalah mainan pehak pehak tertentu dengan agenda egenda yang tersembunyi dan tidaklah perlu diambil pusing secara serius...kerana kita sudah matang untuk berfikir betul betul !

Aicha said...

Setahu saya, semua binatang pun ada penyakit yang khusus untuknya, tidak kira babi, ayam, lembu dan sebagainya. Kalaulah makan babi itu benar2 memudaratkan kesihatan, sudah tentu jangka hayat (dan taraf kesihatan) orang yang makan babi lebih pendek dari orang yang tidak makan babi, tetapi yang sebaliknya pula yang kita lihat.

Tentang arak, kajian saintifik menunjukkan peminuman dalam kuantiti yang sederhana (wine) sebenarnya elok untuk kesihatan, tapi pastinya peminuman yang berlebihan (sepertimana kebanyakan jenis makanan) mendatangkan mudarat. Ini selaras dengan apa yang disebut Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 219.

"Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."

Setahu saya juga, babi hanya haram dalam Islam, Yahudi dan Buddha (agama Buddha mengharamkan pemakanan benda hidup). Dan arak pula, setahu saya ianya hanya benar2 haram diminum oleh orang Islam. Jadi saya rasa sukar untuk kita haramkan kedua-dua perkara ini secara umum kepada non-Muslims juga.

Sudah pasti saya tidak menyokong pemakanan babi dan peminuman oleh orang Islam, tapi pada pendapat saya, eloklah jika kita berhujah dengan fakta yang betul. Mungkin kerajaan Selangor boleh mengehadkan penjualan dan pembelian babi dan arak kepada non-Muslims sahaja. Contohnya, sepertimana di UK dan USA (dan banyak negara lain), bukti pengenalan perlu dikemukakan untuk pembelian arak, dan mana2 penjual dan pembeli yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan undang2 yang keras. Mungkin di Malaysia, pembeli arak/babi perlu tunjuk ID dulu?

Sekadar pendapat saya yang kurang ilmu.