Saturday, August 1, 2009

Dari Lokasi Himpunan

Himpunan Sudah Hampir Berakhir

[kemaskini] 4:00 pm Himpunan dan perarakan untuk menyerahkan memorandum menghapuskan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong yang bermula tengah hari tadi sudah hampir berakhir. Ternyata benteng pertahanan polis yang lengkap dengan segala peralatan disediakan kerajaan sungguh ampuh untuk dirempuh para himpunan.

Ketika ini kelompok himpunan sudah berpecah dalam mengelakkan diri dari serangan dan tangkapan polis. Ketumbukan di Sogo juga yang merupakan ketumbukan terbesar sudah pecah. Sebahagianya melaikan dii ke Jalan Raja Laut ke ibu pejabat Pas yang terletak di situ.

Deklarasi atau memoandum pemansuhan sempat dibaca oleh pemimpin GMI di Sogo. Bagaimana pun perarakan ke Istana Negara tidak dapat dilakukan kerana halangan polis yang menggunakan belantan, gas pemedih mata dan water cannon. Gara-gara sekatan itu memorandum gagal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong seperti mana dirancangkan.


Himpunan Anti Isa Gagal!


[kemaskini] 3:00 Beberapa pemimpin utama Pakatan termasuk Anwar Ibrahim kini berada di Sogo. Sogo masih lagi dalam kawalan dan kepungan polis. Ketumbukan dari luar Sogo temasuk di masjid Negara da masjid Jemek juga bergerak untuk bersatu dengan ketumbukan di Sogo.

Kawalan ketat polis di sepanjang jalan ke Dataran Merdeka, masjid Negara dan istana Negara menyebabkan perarakan untuk ke masjid Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum tidak akan kesampaian. Polis juga sudah menyembur water cannon dan menembak gas pemedih mata.

[kemaskini] 2: 15 Polis bejaya memecahkan ketumbukan dari masjid Jamek. Mereka bepecah. Sebahagian bertempiaran dan sebahagian menyatu dalam kelompok kecil untuk bersatu dengan kelompok besar di Sogo. Di Sogo polis terus mengawal keadaan dan tangkapan dilakukan. Tiada laporan dari masjid Negara diperolehi setakat ini.

Di sekitar Sogo polis mulai menyerang si baju merah Unit Amal Pas. Ketika ini sudah ada beberapa orang anggota Unit Amal dipukul dengan belantan dan ditangkap.


[kemaskini] 2:10 Ketumbukan dari Sogo juga sudah mula berarak menuju ke masjid Negara. Walaupun polis membuat sekatan dan kepungan ketat namun orang ramai tidak hiraukan sekatan itu. Mereka cuba juga meloloskan diri untuk ke masjid Negara. Perarakan digemai dengan laungan takbir Allahuakbar. Naib Naib Presiden Pas, Sallehudin Ayub mengelapai ketumbukan ini.

Penyertaan dari kalangan orang Cina pada ketumbukan ini juga dikatakan memberaangkan?


[kemaskini] 2: 00 pm Ketumbukan anti ISA dari masjid Jamek sudah mula bergerak menunju ke masjid Negara untuk bersatu dengan kelompok anti ISA di di situ sebelum bergerak menuju ke Istana Negara. Pergerakan itu dikawal 70 unit amal Pas manakala jumlah ketumbukan sekitar 100 orang.

MUNGKIN matlamat untuk menghimpun 50,000 oang untuk berarak mengiringi penyerahan memorandum mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong agar dihapuskan tidak akan tercapai. Ini kerana sejak awal pagi lagi polis telah menghalang dan membuat tangkapan terhadap para himpunan.

Sehingga kini seramai lebih 200 orang yang disyak menghadiri penghimpunan berkenaan ditangkap di Sogo dan sekitar masjid Negara. Tangkapan ini bukan saja terhadap aktivis GMI tetapi sesiapa saja yang disyaki akan menyertai himpunan itu akan dicekup tanpa banyak soal.

Tangkapan paling aktif ialah di Sogo. Sebanyak lima buah trak sudah penuh dengan hasil tangkapan. Polis dikatakan bertindak ketelaluan bila mana turut sama menangkap orang yang sedang makan atau membeli belah di kompleks berkenaan tanpa usul periksa.

“Sesiapa saja bekopiah dan berjanggut akan ditangkap,” begitu ujar seorang peserta yang sempat melarikan diri dari dicekup polis di Sogo. Beliau turut melaporkan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin turut ditangkap.

Tindakan polis ini juga dikira awal berbanding dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dalam peristiwa seumpama itu polis hanya menangkap setelah para himpunan berhimpun dan berarak. Selalunya para himpunan diberikan masa dan amaran supaya besurai sekurang-kurang dua kali. Selepas nasihat tidak diedahkan baru tangkapan mula dibuat.

Tindakan polis ini mungkin sesuai dengan perubahan jawatan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang baru yang bertanggungjawab mengawal polis hari ini iaitu Hishamuddin Hussein sepupu kepada Najib Razak.

Bagaimana pun tindakan awal polis ini mungkin juga kerana bimbang dengan keadaan himpunan hai ini akan meletus ketegangan bila mana hari ini juga satu lagi puak dikenali Magaran turut menyibuk sama mengadakan himpunan untuk menyerahkan momerandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Gabungan itu dikepalai Majlis Maufakat Perpaduan dan Persatuan Peribumi Perkasa (Perkakas) yang dikenali dengan puak yang menyokong kerajaan. Magaran ini diwujudkan sejak beberapa hai ini tegasnya selepas GMI bercadang untuk mengadakan himpunan berkenaan. Orang penting kedua-dua NGO ini dikenali sebagai pembodek kerajaan.

Apakah Magaran itu sengaja diwujudkan sebagai taktik agar membolehkan polis bertindak awal menggagalkan himpunan hari ini dengan menangkap peserta himpunan anti ISA? Ada tanda-tanda strategi itu mungkin dilakukan.

Ada bukti kemungkinan Magaran ini sengaja diwujudkan kerana jelas kehadiran kumpulan di tiga venue yang ditetapkan tidak seberapa. Magaran telah mengarahkan orangnya behimpun di Pasar Seni, Padang Merbok dan Dataran Merdeka. Ketiga-tiga tempat ini semuanya lengang kecuali kelihatan trak polis dan pasukan FRU berkepala merah. [*** kl 1:50 pm 01/08/09]

4 comments:

Tuan Khemah said...

Bila terbaca tajuk catatan ini:HIMPUNAN ANTI ISA GAGAL,terasa seolah saya sedang membaca sisipan UM Online atau BH Online.Terlalu awal MSO merumuskan perhimpunan ini gagal.Pada kaca mata pembaca biasa,gagal bermakna tidak mendapat sambutan.Tetapi ada kelainan dengan himpunan ISA ini,kejayaan bolih dikira dicapai berdasarkan kerahan tenaga bagitu banyak bagi menghalang terjadinya perhimpunan in.Ukuran kejayaan juga bolih dibuat dengan menikusnya kumpulan PRO ISA yang berselindung disebalik mematuhi peraturan bagi melindungi kegagalan mereka menghimpun pennyokong ISA.
Diwaktu menyokong gerakan anti ISA,saya juga bersimpati dengan pasukan Polis yang terpaksa menjalankan tugas yang diarahkan kepada mereka.Terfikir juga adakah situasi ini akan terjadi(peranan Polis) jika ditakdirkan PR berjaya membentuk kerajaan dan peranan turun kejalan raya diambil alih olih kumpulan PRO ISA,walaupun daripada suasana semasa,jelas terbukti tidak ada muka dkalangan mereka ini yang mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

matdeboq said...

Assalamualaikum MSO,

Yang dok nampak ramai orang2 Melayu, Kopiah putih. Mana kah dia pi... "the other MALAYSIAN's"..!!

Baju Biru pun majoriti orang Melayu..!!

Kalau dulu semasa darurat yg.mati banyak pun Melayu..!!

Orang Melayu sungguh pemurah, baik hati..sampai sanggup mati. Konon nya demi Tanah Air ,Bangsa dan negara.,.!!

Melayu memang lah, dari dulu lagi..!! Perjuang Bangsa dan kini punya baik hati lagi pemurah..!!

Berjuang konon nya tak kira Bangsa dan Agama...dan bla2 bla2!!

Nyawa Melayu dah banyak terkorban..syahid dan bermacam2 korban dah..!!

Sehinggakan Tanah,Pulau Terkorban tergadai..pun masih dok berbaik2 sangka...!!

Hasil nya .. utk. semua MALAYSIAN's rasa..walaupun yg turut berkorban Polis/Askar Melayu...Di-Raja.!!

Di manakah Malaysian-Malaysian yang lain. Suka juga dengaq macam mana "the other Malaysian's" ..berjuang -Berkorban demi "Malaysia Malaysian"

Yang Becucuk Tanam-Berpeluh Darah...hasil Tuaian KITA semua "Bangsa Malaysia" sama2 merasai nya..!!

Baik Hati Murni nya Melayu(Islam)...!!!Luu Pikiaq sendiri lah.!!

Wassalam dari Bkt.Gantang,TPG.

melikapakjangak said...

DARIPADA DOK JADI ALAT DAN PERKASAN PERHIMPUNAN HARAM UNTUK CARI NASI BUNGKUS DALAM LOKAP, LEBIH BAIK PAKAT CARI PITIH BELI SAHAM 1MALAYSIA. 50% ATAU 5 BILION (5,000 JUTA) DARIPADA 10 BILION UNIT SAHAM ITU DIPERUNTUKKAN KEPADA BUMIPUTERA. 5,000 JUTA TU BANYAK.
JANGAN JADI MACAM AMANAH SAHAM MALAYSIA (ASM) APABILA SEBANYAK 1.6BILION YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA BUMIPUTERA TIDAK HABIS DILANGGAN SEDANGKAN UNTUK BUKAN BUMIPUTERA HABIS DILANGGAN DALAM TEMPOH SEHARI SAHAJA. BILA SAHAM ASM UNTUK BUMIPUTERA YANG TIDAK HABIS DILANGGAN DALAM TEMPOH SEBULAN ITU DIBUKA UNTUK LANGGANAN TERBUKA,IANYA TELAH HABIS DIJUAL DALAM TEMPOH SEHARI SAHAJA.
KALAU PENGANJUR PERHIMPUNAN TOLONG BELIKAN UNIT SAHAM SEPERTI 50,000 PELAJAR IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI DIBEEI PERCUMA 100 UNIT SAHAM 1MALAYSIA PERCUMA BERBALOILAH JUGA. INI TIDAK, BUKAN SAHAJA BERHIMPUN TANPA DAPAT APA-APA, PARA PENIAGA PULA DIKACAU, KALAU KELANCARAN PARA PENIAGA TIDAK DIGANGGU BARANGKALI HASIL JUALAN HARI INI MAMPU BELI 100 ATAU LEBIH BANYAK RATUS ATAU RIBU UNIT SAHAM 1MALAYSIA. KALAU KITA TAK SUKA REBUT PELUANG JADI KAYA ATAU KERANA KITA SUDAH KAYA, BERILAH PELUANG KEPADA ORANG LAIN REBUT PELUANG ATAU BERI PELUANG KEPADA YANG BELUM KAYA JADI KAYA MELALUI PEMBELIAN UNIT-UNIT SAHAM. - RAMLI ABDUL HALIM

Ryzal72 said...

Assalamualaikum MSO,
Perhimpunan GMI akhirnya tamat tapi apa yang kita dapat dan yang berarak timbul, tonggang terbalik 90% adalah MELAYU. Pemimpin yang bercakap pun majoritinya MELAYu. Dimana bukan Melayu?....di KLCC-FC Fair barangkali, atau sedang di cofee house berbincang tentang bussiness etc atau di kedai buku. Apakah mereka endah?.....mereka hanya PENANGGUK. Makanya Benarlah kata saudara....KITA HANYA DIPERALATKAN. SEDIH..SEDIH...SEDIH walaupun saya tidak setuju dengan ISA saya kira percaturan dalam PRU 13 lebih afdal. Wallahualam.