Mahu Tengok Zahid Berlaga Dengan Anwar di Permatang Pasir
BELUM tiba hari penamaan calon Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Umno yang mensebotaj pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos depan. Katanya mereka yang sebotaj akan dipecat dalam masa 60 hari, dua bulan. Tegasnya juga dia tidak main-main dengan kata-katanya itu.
Amboi, amboi beraninya naib presiden Umno seorang ini. Tegas sekali bunyinya. Mendengar kata-kata itu seolah-olah Zahid tidak main-main dalam perjuangan. Seolah-olah dia tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana pengkhianat. Seolah-olahnya dia juga seorang yang berprinsip dan tidak pernah melakukan kesalahan kepada Umno atau mana-mana individu. Baguslah kalau begitu.
Soalnya apakah ahli Umno mendengar kata-kata Zahid itu? Apakah ahli akan akur kepada kata-katanya?
Apabila awal-awal lagi Zahid sudah memberi amaran itu ia memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Semacam sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan. Mungkin Zahid sudah dapat menghidunya.
Kalau begitu lah gayenye (sling Perak sikit) bermakna UBN 'rohak'lah hendak merampas kerusi berkenaan. Kalau sama sendiri sudah mula tunjal menunjal ibarat kata Pas akan menang besar pilihan raya berkenaan. Kenyataan dan gambaran yang diberikan Zahid itu menjadikan Pas tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.
Sesungguhnya pilihan raya berkenaan penting bagi Zahid untuk menguji sejauh mana wibawanya sebagai ketua Umno Pulau Pinang. Permatang Pasir adalah ujian pertama buat Zahid. Walaupun sudah berlaku pilihan raya kecil di Penanti baru-baru ini, tetapi Zahid terselamat kerana UBN pengecut tidak bertanding dan berselindug disebalik alasan pilihan raya itu sebagai mainan politik PKR. Padahal hakikatnya tidak yakin boleh menang.
Saya rasa bukan saya saja ternanti-nanti untuk melihat pilihan raya Permatang Pasir itu. Tetapi orang lain juga kerana nak tenguk bagaimana Zahid akan ‘berjumpa’ dengan bekas bosnya Anwar Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Orang ramai tunggu nak dengar apakah Zahid juga akan turut sama menghirup air liur Muhyiddin untuk mengutuk Anwar sebagai pengkhianat bangsa di Permatang Pasir.
Jika diukur kepada peribadi Zahid kita tidak yakin dia tergamak mengutuk Anwar atau menggunakan isu pengkhianat bangsa itu melainkan dia terpaksa berbuat begitu. Dalam politik selalu berlaku tersalah sangka, orang baik sebenarnya jahat dan orang jahat boleh jadi baik. Sama-sama kita tunggu sebaik saja selesai penamaan calon pada 17 Ogos ini. [wm.kl.11:40 am 13/08/09]
2 comments:
Syabas kerana kita kini mempunyai seorang menteri pertahanan yang berani.
Menteri pertahanan yg jenis begini lah yg kita hendak.....tak lembik..
Bila arah serang orang pun naik semangat.... ingat tu pada kaki-kaki sabotaj.... nanti kena bedil kamu dengan kereta kebal.
salam hormat !
Kata seorang sahabat, 'saya bersama dengan parti PR khususnya Pas bukan dek kerana mana mana individu,bukan kerana tuan tuan gurunya,malah bukan kerana tokoh tokoh tertentu, sebaliknya beliau bersama parti pembangkang ( belum memerintah) adalah kerana berminat dengan "dasar" yang dibawa olih sesebuah parti tersebut' katanya.
..... dan jika sekiranya ada serangan keatas tubuh badan mana mana individu tertentu itu dilakukan olih pehak lawan makanya ini bermakna individu tersebut mempunyai potensi untuk menjadi pesaing yang bolih mengancam kedudukan lawannya,jadi fikirlah betul betul !
Post a Comment