Saturday, August 1, 2009

Foto Himpunan Anti ISA

Rakam Lensa Himpunan Bantah ISA

BARU sekejap tadi Zamzarina telah mengirimkan beberpa keping gambar yang dirakam di sekitar himpunan dan perarakan anti ISA petang tadi. Gambar ini menunjukkan rakyat yang membenci ISA tidak peduli apa yang bakal berlaku terhadap mereka. Yang penting keadilan perlu ditegakkan dan akta zalim harus dinyahkan dari terus merungkai minda dan jiwa mereka.
Dan seperti selalunya dalam pertempuran di antara rakyat dengan pihak polis, rakyat pasti akan kalah kerana polis mempunyai peralatan senjata yang canggih disediakan kerajaan. Namun itu tidak pernah mengurangkan semangat rakyat dan iltizam rakyat menghapuskan kezaliman.
Mereka hadapi juga walaupun dengan suara dan pamiran sepanduk dan kain rentang menuntut keadilan. Bila mereka diserang mereka bertaha da bila tidak tahan baru mereka lari menyelamatkan diri. Terima kasih Zam.


"Hoi.... teruskan demo aku dah kena tangkap
ni...!," mungkin itu yang dilaungkan lelaki ini
dari atas trak polis.

Trak polis siap sedia untuk angkut penunjuk perasaan.


Serangan dengan gas pemedih mata sudah bermula. Kuala Lumpur dipenuhi jerebu dengan gas pemedih mata.


Polis berada dalam keadaan selamat kerana kemudahan alat pertahanan disediakan kerajaan. Pemandangan yang sering dilihat bila berlaku demonstrasi.

Mahasiswa juga turut sama berarak, katanya untuk membela keadilan!

Mara terus mara jangan pedulikan semburan gas pemedihan mata. Lokap adalah pilihan kita!

Kaum Hawa juga tidak ketinggalan ikut sama berarak. Akta zalim perlu ditentang kerana mangsanya mereka dan anak-anak.

2 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

media media arus perdana cuba memperkecil kecilkan himpunan ini sebaliknya cuba mengalihkan perhatian dengan cara memperbesarkan apa yang bakal dan akan berlaku didalam pilihanraya kecil dipermatang pasir PP nanti sedangkan kematian ADUN hanya baru sehari berlalu.

Miskipun begitu satu ucapan tahniah kepada pehak penganjur antiISA yang bekerja keras walaupun kelihatannya kurang berjaya.....secara peribadi saya melihat kegagalan ini kerana masih terdapat insan insan yang tidak memberi sokongan padu...siapakah mereka itu ?fikir betul betul !

Nazri Karim said...

menyusahkan semua pihak, banyak masa kita terbuang dek demo yg diadakan...yg rugi org2 melayu jugak...asyik nk berdemo jaaaa... bukannya nk fokus untuk memakmurkan negara....sangat2 merugikan