Monday, August 10, 2009

Analisa Malam

Himpunan Kutuk Anwar Bahaya Bagi Najib?

MUNGKIN bagi kebanyakan orang melihat himpunan berbagai NGO yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin atas keberanian TPM itu menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa adalah sesuatu yang biasa. Himpunan itu sebagai menyambung lidah Muhyiddin untuk mengutuk Anwar dan tidak lebih dari tujuan itu.

NGO yang berhimpunan itu tentulah yang sewaktu dan mempunyai kumpulan darah dengan Umno. Kalau dicheck kepalanya pun atau pengasas NGO itu akan menemukan kita sejarah dan konflit mereka dengan Anwar. Mereka sudah berbuku hati lama dengan Anwar.

Saya percaya himpunan itu tidak akan beradu setakat itu saja. Selepas ini akan ada lagi himpunan demi himpunan dari kota ke desa. Mungkin ianya lebih besar. Semuanya dilakukan untuk mengutuk Anwar Ibrahim. Kutukan itu mungkin juga sebagai senjata untuk menjatuhkan Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat. Harapan hasil dari itu nanti ia akan dijadikan modal untuk mengadakan pilihan raya umum.

Namun saya tidak percaya kutukan itu akan membawa padah dan masalah kepada Anwar. Anwar tidak akan hina dan jatuh dengan kutukan itu. Ia tida memberi sedikit bekas pun. Lama sebelum ini pun Anwar sudah dikutuk dan dihina. Sudah dicap macam-macam jenis petualang, agen Yahudi dan sebagainya. Tetapi ternyata Anwar tetap juga gagah dan boleh ke mana-mana.

Rakyat masih terus menyambut dan menerimanya. Bibit-bibit kebencian yang ditanamkan Umno ke atasnya kering dan layu begitu saja. Rakyat tidak mempercayainya, bahkan menjadi makin simpati kepadanya. Tarikan politik yang ada kepadanya memukau setiap yang memandangnya! Idea-idea dan pandangannya dinanti-nantikan dan bernas.

Anwar tidak perlu melawan sendiri. Dia tidak perlu kata huduh dan menesta kepada Muhyiddin atau sesiapa yang mengutuknya. Tetapi rakyat akan mengambil tanggungjawab membalas segala kutukan itu. Begitu juga dengan hal Muhyiddin ini rakyat akan menjadi galang ganti untuk mengutuk timbalan presiden Umno itu. Para pembelanya akan menengkis segala tohmahan dan kecaman itu.

Berbalik kepada himpunan menyokong tindakan Muhyiddin tadi, saya tidak nampak ianya merupakan satu kekuatan atau menjadi modal kepada Umno dan UBN. Himpunan kutukan itu bukan menandakan rakyat sudah pulih dan bersedia mendokong UBN semula. Lagipun berapa kerat sangat yang hadir, tidak sampai 1,000 orang.

Sebaliknya sokongan itu saya merasakan ianya adalah sokongan peribadi kepada TPM itu. Jika diperhatikan sokongan itu ia bermula di Johor Baharu. Umno Johor Baharu telah pun sama-sama melaungkan mengutuk Anwar meminjam kalimah Muhyiddin. Makanya himpunan itu bukan sangat hendak mengutuk Anwar tetapi bermatlamat hendak menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Itu tujuannya.

Muhyiddin sendiri dan orang-orangnya tahu siapalah dirinya untuk berdepan dengan Anwar. Dan siapalah sangat penyokong Muhyiddin berbanding ribuan penyokong Anwar. Apa yang saya rasakan himpunan NGO di bangunan Umno hari ini dan juga langkah beberapa bahagian Umno di Johor menyokong Muhyiddin itu adalah satu simbolik saja. Ia bukan bertujuan untuk mengutuk Anwar tetapi ingin memberi tahu dunia, Muhyiddin ada penyokong akar umbi.

Justeru pada saya himpunan itu mesej dari NGO dan Umno yang mereka sedia berdiri teguh dibelakang Muhyiddin. Berdiri ini bukan saja untuk berhadapan dengan Anwar tetapi dengan sesiapa juga bila perlu dan sesudah sampai masanya nanti.

Maknanya Najib harus hati-hati dengan majlis-majlis himpunan itu. Himpunan seumpama itu atas nama nak kutuk Anwar tidak harus dibiarkan. Kalau Najib tidak waspada ia akan merebak dan menjad himpunan lebih besar. Lama kelamaan himpunan itu boleh bertukar arah daripada mengutuk Anwar kepada mengutuk Najib. History politik antara Najib dan Muhyiddin perlu dibaca untuk mengetahui gambaran-gambaran ini semua. Ingatlah luka dalam politik tidak akan pernah sembuh dan tetap terus berdarah! [wm.kl. 9: 45 pm 10/08/09]

5 comments:

Tuan Khemah said...

Semakin menjadi tidak paham apa yang tejadi dengan Shahrir dan Rais.Dua individu yang dulunya amat dihormati kawan dan lawan.Dua indvidu yang mempunyai perinsip tersendiri,lebih lebih lagi Shahrir Samad.Jika melihat keputusan yang dibuat untuk tidak mahu menawarkan diri sebagai anggota kabinet sebaik tewas dalam Perhimpunan Agong Umno yang lalu,saya kira beliau akan meninggalkan dunia politik ini sebagai manusia yang tidak mempunyai musuh politik.Rupanya tdak,makin umur kepenghujungan makin celaru jadinya.Tapak terakhir sebagai Ketua Bahagian digunakan untuk orang terus membencinya.Membenci Anwar adalah mengundang kebencian pada sipembenci.
Apalah lagi yang dikehendaki olih Shahrir daripada Mahayuddin.Untuk kembali aktif sudah pasti tidak.Mencari bala kebencian itulah agak jawapannya.
Kita terus heran dengan mereka mereka ini.Samada kepala NGO atau kepala politik UMNO,Anwar amat jarang menyentuh mereka tetapi kenapa mereka amat tersentuh bila nama Anwar disebut.
Saranan MSO ada kebenarannya.Sokongan melampau dalam isu Mahayudin-Anwar akan memberi impak burok pada Najib.Tindak balas secara diam olih pengkagum Anwar bukan akan dirasai sangat olih Mahayudin,tetapi Najib PM yang terkenal dengan slogan 1Malaysia.Sokongan melampau ini juga memberi bayangan jelas siapkah nanti yang bakal menjadi anggota kem penentangnya dalam pemilihan agong Umno dimasa hadapan.Suka tidak suka,orang Najib tidak bolih menafikan bahawa perkara ini akan terjadi malah telah terjadi.Jika masih terdapat keraguan mengenainya,keraplah kunjungi NEGERI dimana catatan MSO berkaitan dengannya dipaparkan sebelum ini.Akan terjawaplah mereka yang tewas TELAH menjadi orang siapa dan mereka yang menang orang siapa.

Hakeem Zahardi said...

Abe MSO

Setuju dengan pandangan abe bahawa perhimpunan NGO untuk mengutuk DSAI tidak memberi kesan apa-apa. DSAi hanya perlu mengemukakan saman RM 100 juta je.

Satu persoalan timbul dihati ambo - perhimpunan tersebut ada permitkah? mana polis-polis dan trak penyembor air FRU?

bat8

pria malaya said...

alamak..sama la dgn pemikiran den..den pun terfikir cmni gak, cuma xleh nak buat ayat je..hehe

berdasarkan komen2 di laman MYKMU, memang terdapat dikalangan orang umno yg benci dan tidak gemar kepada najib yg dilihat terlalu terikut rentak pembangkang, banyak cara/tindakan najib dikatkan seolah2 mengikut cara pembangkang, mengagungkan bangsa lain, lupa bangsa sendiri, termasuk isu terbaru replika najib yg dikatakan penyebab mereka terpaksa menjilat balik ludah mereka yg menghentam anwar suatu ketika dahulu dlm isu replika Anwar..

so, minta izin copy paste rtikel ni..hehe..

Mat Hasyim said...

Tajam sungguh pemikiran abe ti..
dapat menyelami apa yg tersurat di sebalik yg tersirat..

NH Shah Alam said...

Mat Hasyim said...
Tajam sungguh pemikiran abe ti..
dapat menyelami apa yg tersurat di sebalik yg tersirat..

August 11, 2009 8:12 PM
***********************************

Itu lah kehebatan yang ada pada MSO seorang penulis politik yang berpengalaman.
"Hanya Kita Yang Memahami Diri Kita".

Tahniah dan syabas Kpd Sdr MSO kerana terus berkarya dan menulis untuk tatapan kami semua.

Tqvm

*NH Shah Alam*