Mungkin anda merasa anih dengan istilah di atas itu yang saya jadikan tajuk catatan ini? Sebenarnya saya juga baru mendengar istilah ini; musim Arab mengawan di Bogor. Sudah kerap saya ke kawasan berkenaan tetapi baru inilah pertama kali saya mendengarnya. Kerana ia satu istilah baru menyebabkan saya jadi minat untuk mengetahuinya lebih lanjut sebegitu mendengarnya.
Salah satu lokasi menjadi tempat lepak anak Arab. |
Ia bermula apabila saya melalui kawasan atau daerah setelah menurun dari Puncak untuk menuju ke Jakarta melalui Bogos. Semasa bersesak di lereng bukit semasa hendak turun kerana jam saya ternampak beberapa orang bocah, kanak-kanak yang sedang menjaja sejenis kueh kepada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Saya tenguk salah seorang kanak-kanal itu berbeza dengan dua rakannya yang 'berona' Indonesia. Walaupun dia juga kelihatan komoh dan kumal tetapi raut wajahnya berbeza benar. Hidung, mata serta mulutnya jelas berbeza dengan rakannya itu. Yang paling ketaranya bulu matanya lentik, berkulit putih dan hidung panjang. Lantas itu saya bertanya kepada supir saya; "ini anak apa"?
"Oh.. bapa tidak tahu ya, di sini banyak anak-anak Arab," jawabnya makin menyebabkan saya tergaru-garu pundak kepandiran.
Pemandangan sekilas kampung Tugu Selatan. |
"Bapak mereka Arab manakala ibunya orang lokal di sini". Jelas supir bernama Ghafor itu kemudian menjelaskan citra di sebaliknya panjang lebar. Anak-anak Arab itu adalah anak kacukan di antara orang berbangsa Arab dengan dengan orang tempatan, kebanyakanya dari etnik Sunda. "Bapa mereka memang datang dari Arab dan berkahwin dengan mak mereka orang lokal menerusi perkahwinan dinamakan kontrek atau kahwin mutaah," jelas Ghafor.
"Di bawah sana ada kampung khas untuk Arab. Banyak orang Arab di situ pak," jelas Ghafor lagi terus menarik minat saya. Istilah atau pun penermuan baru itu secara tidak langsung menjadi penghibur kepada perjalanan saya (kami) yang menyeksakan itu. Saya mengarahkan Ghafor agar berhentikan saya di kawasan perkampungan berkenaan apabila tiba di situ kelak.
"Nanti bila sudah sampai ke kawasan kampung itu kamu tunjuk kepada saya," pesan saya kepada supir tidak sabar untuk melihat keadaannya.
Kira-kira 25 km dari arah puncak perjalanan kami sampai ke kawasan dimaksudkan itu. Ia terletak di mukim Wengkaleng, di daerah Cisrua di Bogor. Di Cisarua ini ada dua sebuah dua buah kampung yang dikenali dengan kampung Arab. Kampung itu ialah Tugu Selatan dan Tugu Tengah. Di kedua buah kampung ini menjadi penempatan orang Arab.
Sebenarnya keadaan anih sudah mulai dirasai apabila kita memasuki pekan Cisarua ini. Di tepi jalan kiri kanan di Cisarua ini kita akan ternampak kedai-kedai yang menjual peralatan rumah seperti lampu dan perhiasan rumah lain yang berbudayakan Arab. Kebanyakan lampu klasik (terpakai) yang dipercayai dibawa dari negara mereka. Di setengah kedai juga lengkap ditulis dengan perkataan Arab.
Dalam pasar dan kedai-kedai makan pula kedengaran pertuturan dalam bahasa Arab.
Menurut ceritanya orang Arab akan datang ke kampung ini biasanya pada bulan Mei hingga Ogos. Waktu ini adalah musim kedatangan mereka. Mereka akan datang dalam rangka melancong dan mengambil kesempatan untuk berfoya-foya dengan perempuan Sunda Indonesia. Bagi mengelakkan mereka berzina seperti pelancong lain, mereka berkahwin dengan gadis-gadis pilihan mereka yang merupakan penduduk kampung berkenaan.
Orang Arab ini datang dari beberapa buah negeri di Timur Tengah termasuk Irqa, Iran dan juga Arab Saudi. Mereka datang dan tinggal disiru selama tiga bulan mereka akan berada di sini semata-mata berfoya-foya dengan perempuan Indonesia. Selepas tiga bulan mereka akan meninggalkan Indonesia, hingga tahun depan akan datang lagi.
Perkahwinan mutaah itu tidak banyak syarat-syaratnya. Ia cukup dengan persetujuan perempuan berkenaan dan juga keluarga mereka. Soal mahar atau emas kahwin akan ditentukan mengikut persetujuan kedua belah pihak. Ghalibnya nilai mahar ialah dari serendah Rp3 juta hingga Rp10 juta, iaini kira-kira RM1,200 hingga RM3,500.00 sahaja. Perkahwinan itu akan dilangsungkan di hadapan imam mukim atau penghulu dan tanpa dokumen apa-apa.
Hasil perkahwinan itulah lahirnya zuriat yang kini menyebabkan 'anak-anak Arab" berlambak di daerah berkenaan. Comel-comel tetapi komoh.
Perkahwinan mutaah atau kahwin kontrek ini menjadi kontroversi di Indonesia dan juga di kalangan umat Islam di negara lain. Ia menjadi persoalan apakah sah atau pun tidak. Selalunya perkahwinan ini menjadi amalan mereka yang berfahaman syiah dan dilarang, malahan menjadi cemuhan mereka yang bermazhab ahli sunnah wal jemaah.
Saya tidak pasti apakah perkahwinan di Cisarua itu sah atau tidak. Apa yang menjadi persoalan kalau ianya tidak sah, masakan pihak pemerintah Indonesia tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan apakah ianya satu perkahwinan yang sahih. Sebagai negara Islam yang terbesar didunia rasanya pemerintaan Indoneisa dan mereka yang berkuasa dalam bidang agama tentu ada pandangan dan 'ijtihad' sendiri dalam soal ini.
Sepanjang perjalanan itu saya hanya mampu bermusykil sendiri; apakah isteri-isteri yang dikahwin dengan tempoh tertentu itu akan berkahwin dengan lelaki lain setelah edahnya (tiga bulan 10 hari kalau mengikut Mazhab Shafei) genap atau sebaik suami Arabnya pulang, esok atau lusa dia terus berkahwin dengan lelaki lain pula? Dan agak-agaknya berapa ramaikah suami perempuan-perempuan itu dalam sepanjang hidupnya? Ini Gahfor si supir tidak boleh menjawabnya.
Cuma tegasnya kalau sesiapa mahu berkwhin dia boleh bawa ke kampung berkenaan dan mencari mana-mana calon (cais) yang sesuai. "Iya kalau bapa juga mahu kahwin satu saya boleh tolong bantu," katanya sambil menoleh ke belakang melihat reaksi isteri saya yang ada sama dalam kenderaan itu. Isteri saya tersenyum mungkin setuju?
P/s: Catatan ini bukan promosi kahwin kontrek tetapi ia adalah cerita dan hakikat yang perlu kita ketahui. Kalau ada mana-mana lelaki akan ke Indoneisa dan mencari lokasi ini ia bukan atas tanggungjawab saya. [wm.kl.5:15 pm 15/06/13]
4 comments:
Memang benar Indonesia mempunyai penduduk islam terbesar dunia.
Dan mereka juga adalah Negara yang menjunjung tinggi nilai2 Sekular dan Nasionalisme sebagai Anutan tertinggi buat Bangsa(Rujuk Pancasila).
Ramainya Umat Islam di indonesia tidak memberi apa2 sebarang makna kerana masyarakat disana mengamalkan Sinkretisme,Pluralisma,liberalisme Agama yang tinggi sehingga muncul istilah "Islam KTP,Islam Abal2,Kejawen" dimana Masyarakat indonesia masih berpegang kuat pada nilai2 hindu dan Pagan.
Disana Indonesia,Ada istilah yang dipanggil "Islam Garis Keras",Ini merupakan kelompok Islam Tulen indonesia yang bersuara keras soal2 Agama di indonesia..Selalunya golongan ini dipandang serong dan selalu dicop rasis,jumud,radikal kerana memperjuangkan islam di Indonesia(Rujuk FPI-Front Pembela Islam).
Realitinya,Jumlah penduduk Islam teramai tidak memberi apa2 sinifikan kepada Muslim Indonesia.
P/S-Umat Islam Indonesia memanggil Nama Tuhan dengan Istilah "Aulloh" bagi membezakan dengan penganut kristian yang Memanggil Nama Tuhan dengan Kalimat Allah pada Bible mereka.
edah orang yang bercerai mengikut mazhab syafie adalah 3 kali suci dari haid bukan 3bulan 10 hari.
mungkin terkeliru dg edah org cerai mati 4bulan 10 hari
Sudara zack,dari mula belajar mengaji sampai sekarang umur 35 tahun,baik dari pendidikan formal ataupun non formal semacam mengaji Di surau atau masjid,tak pernah ada ajaran menyebut tuhan dgn perkataan aulloh seperti yg saudara dakwakan.tetap Allah tak pernah ubah atau tukar lain.dari mana anda dapat informasi ini??
Teringat sewaktu ke Batam, Indonesia. Supir taxi bertanya: Malam tadi cari perempuan di mana, Pak?. Saya menjawab: Saya tak cari perempuan di sini. Maksudnya, pelancong cari perempuan di Batam ni dah biasa.
Post a Comment