Saturday, June 22, 2013

Perhimpunan Black505 Tanpa Permit Berjalan Aman

CATATAN HIMPUNAN BLOCK505                               

Walaupun perhimpunan Black505 di Padang Merbok petang ini diadakan tanpa permit polis tetapi perhimpunan itu berjalan secara aman dan lancar. Ini menjelaskan perhimpunan tanpa permit terbukti boleh berlangsung dalam kawalan, aman dan tidak timbul apa-apa provokasi.

Salah satu gerombolan perarakan.
Kesusksesan himpuan berkenaan tanpa ada apa-apa provokasi menjelaskan bahawa kata-kata serta jaminan pihak penganjur dan Pakatan Rakyat bahawa himpunan itu bertujuan baik adalah benar. Mungkin selepas ini permit untuk mengadakan perhimpunan tidak diperlukan lagi?

Apa yang terjadi hari ini juga menafikan provokasi Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh yang mengatakan ada maklumat himpunan tadi akan menimbulkan ketegangan adalah tidak benar. Katanya ada pihak yang cuba sengaja menimbulkan huruhara, justeru Mohamad itu melarang orang ramai agar tidak hadir.

Mohamad yang membuat kenyataan bersifat provokasi dan bertujuan jahat kepada peserta himpunan dan pengajur itu Black 505 itu seharusnya memohon maaf. Atau kalau tidak.. orang akan beranggapan bahawa risikan yang diterima polis adalah risikan palsu. Orang akan persoalkan macam mana standard polis Malaysia mendapat risikan palsu?

Salah sepanduk kata hudu kepada SPR.
Sehingga jam 6:30 tadi di mana berakhirnya himpunan itu tidak ada apa-apa perkara tidak diingini berlaku. Pihak polis juga seakan bertolak ansur dengan apa yang berlaku hari ini. Tidak ada apa-apa tangkapan atau kejadian kejar dan pukul oleh polis. Kecualilah kenyataan Mohamad itu yang lain nampaknya berjalan lancar dan sempurana belaka.

Sepanduk minta Pengerusi SPR letak jawatan.
Para peserta juga menerima dan mengakui akan sikap baik polis hari ini. Semasa kepala satu gerombolan anak-anak muda berarak masuk ke Padang Merbok mereka bersorak-sorat sambil menjerit-jerit slogan kesukaan mereka serta mengutuk kedurjanaan pihak SPR. Di celah-celah itu juga kedengaran pujian secara mengejek kepada polis; "yeh..yeh..polis baik, yeh.. yeh... polis baik". "Polis baik rakyat pun aman,"... mereka jerit macam kanak-kanak.

Sepanduk mengecam PRU-13.
Satu pujian harus diberikan kepada polis kerana tidak ada kesadisan berlaku. Perubahan Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Hishmuddin Hussein kepada Ahmad Zahid Hamidi memberi sedikit kelegaan kepada Pakatan Rakyat. Zahid nampaknya bertolak ansur dengan pembangkang dan memahami apa yang dikehendaki oleh rakyat. Pendekatan dan tolenrasi secara psikologis begitulah diperlukan.

Ngo PAHLAWAN bekas Tentera turut hadir.
Bagaimana pun mengenai kehadiran pada himpunan berkenaan hari ini ia agak mengecewakan. Sasaran untuk menghimpun 500,000 rakyat gagal total. Walaupun suasana 'reformasi' dan himpunan tetap bersemangat seolah yang hadir lebih 500,000. Dalam hitungan saya yang hadir hari ini tidak sampai 40,000 dan merupakan himpunan peringkat nasional yang paling gagal.

Sebahagian orang ramai yang berhimpun.
Namun itu sudah mencukupi dan dikira wajar kerana himpunan itu digerakkan oleh anak-anak muda yang bergabung dalam pelbagai NGO. Kehambaran sambutan kepada majlis itu ada beberapa faktor ini termasuk juga faktor cuaca. Jerubu yang melanda ibu negara sehari dua ini menjadi orang ramai menghambil sikap 'ponteng' dari himpunan berkenaan. Cuaca yang panas mendadak menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk menghadirinya kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan.

Apa lagi beberapa himpunan sama telah pun diadakan sebelum ini, di Ibu Kota sendiri di Petaling Jaya dan Shah Alam di mana jumlah kehadiranya empat atau lima kali ganda dengan kehadiran petang ini. Mesej himpunan berkenaan untuk mendesak Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar serta lima yang lain meletak jawatan sudah pun sampai.

Banyak sepanduk atau kain rentang yang dibawa oleh peserta himpunan mengutuk dan mencela Aziz dan Wan Omar. Apa yang berlaku ke atas kedua orang kuat SPR itu adalah pertama kali di mana tidak pernah berlaku sebelum ini di mana Pengerusi dan timbalannya dikecam dan dikata huduh 'begitu ma lalu.' Sekiranya mereka mempunyai 'muka genap' sudah tentu mereka akan menyahut cabaran rakyat agar berundur.

Apakah mereka akan dengar jeritan rakyat di Padang Merbok tadi? Aziz dan Wan Omar tidak akan berbuat demikian kerana mereka sudah ada dendam. [wm.kl.8:09 pm 22/06/13]

1 comment:

Martoiriat said...

Salam MSO..
Rupanya huru hara akan tercetus apabila adanya provokasi. Jelas tanpa provokasi dari mana-mana pihak tertentu ianya akan berakhir tanpa berlakunya huru hara atau pun kecederaan awam sebagaimana protes 'Blackout505'. Disamping pula jika pihak polis bertindak secara profesional sebagai badan bebas yang menjaga ketenteraman awam sudah tentu ianya dilihat satu kejayaan dari polis untuk rakyat.