pilihan raya lalu.
Ahmad Yakob sedang berucap di majlis Temu Mata. |
Memang majlis bertemu mata tidak mendapat publisiti memuaskan. Jadi mengenai jumlah kehadirannya tidak perlu menimbulkan persoalan. Semua pihak harus berpuas hati dengan jumlah yang ada kerana beberapa faktor semasa. Antaranya musim ini musim cuti sekolah di mana anak-anak Kelantan yang diharap hadir, kebanyakan pulang ke kampung atau mereka keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti bersama keluarga masing-masing.
Manakala yang ada di Kuala Lumpur pula tidak begitu merasa tertarik atau penting lagi untuk hadir kerana majlis itu hanya temu mesra saja dan pengisiannya juga sudah pun diarifi; gulai kawah, dikir barat. Berbeza dengan majlis sebelum pilihan raya lalu di mana orang ghairah untuk berdepan dengan pemimpin dan sekaligus untuk berbicara langsung dengan pemimpin.
Ahmad mengimani solat Zohor. |
Mereka yang cuba mempertikaikan majlis itu pada saya tidak ikhlas dan sengaja mahu memperkecilkan majlis itu saja. Mereka mahu memanipulasikan kerana sebab-sebab persoal. Tidak ada guna kita cuba memburukan majlis berkenaan tetapi dalam masa sama kita sendiri tidak sedia untuk membantu memeriahkan majlis berkenaan secara serius.
Mengenai kegagalan majlis anjuran Perkaran ini bukan baru. Ia berlaku beberapa kali sebelum ini. Sepatutnya mereka yang melihat masalah ini tampil memberi pandangan dan bukan mengkritik menerusi facebook atau blog sahaja. Apa lagi bila ada setiap majlis Perakan kita menanti untuk mentertawakannya saja.
Perlu diketahui apa juga kegiatan yang dilaksanakan Perakan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak melainkan demi Kelantan, atau kerajaan Kelantan. Jadi tidak usahlah ada berpihak-pihak di antara satu sama lain.
Ada yang mempertikaikan semasa kehadiran MB Ahmad Yakob, kononnya dua Exco tidak iaitu Nasaruddin Daud dan Dr Ramli Mohamad tidak ada. Atau pun Ahmad Yakob dulu sampai baru mereka sampai. Kenyataan itu juga tidak betul. Semasa Ahmad Yakob tiba saya sampai serentak dengan beliau. Maksudnya saya berada dalam majlis.
Masa Ahmad Yakob dijemput ke pentas utama dua orang Exco itu juga ikut sama berada di atas. Nasaruddin ada sama kecuali Dr Ramli yang berada di bawah. Jadi tidak timbul kalau ada orang mengatakan bahawa Ahmad Yakob datang dulu dan dua orang Exco itu kemudian untuk menunjukkan protokol majlis berkenaan amat teruk. Yang penting mereka berada di atas pentas bersama.
Suka saya menjelaskan kenapa majlis tadi agak songsang sedikit, di mana Ahmad Yakob bercakap dahulu kemudian baru dua orang Exco. Memanglah mereka yang datang lambat atau yang tidak berada dalam majlis itu akan mengagak majlis berkenaan tempang dan 'renyok petot'.
Saya difahamkan majlis sepatutnya bermula jam 2:00 dan Ahmad Yakob patut berucap jam 2:30 petang. Tetapi disebabkan Ahmad kena menghadiri majlis minum tea dengan Yang diPertua Agong, beliau menganjakkan masanya lebih awal, sekitar jam 1:15 tengah hari. Demi membolehkan beliau bersama dalam majlis itu, beliau sanggup melupai protokal atau pun tidak mengikut program ditetapkan.
Beliau meminta agar dipercepatkan dan beliau dapat berucap dan bermesra dengan orang ramai yang dikatakan 200 orang itu. Selepas itu majlis itu diteruskan seperti mana dirancangkan tanpa beliau berada sama kerana dua Exco itu akan meneruskan program. Dalam ucapan rengkasnya Ahmad mengucapkan terima kasih banyak kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang mengundi.
Katanya pengorbanan dan jasa mereka sangtat besar dan tidak ternilai kalau untuk dibayar.
Selepas makan dan beramah mesra dengan yang ada Ahmad Yakob terus meninggalkan majlis. Sebelum beliau bertolak ke Istana Negara, beliau sempat menunaikan solat Zohor. Ikut sama ialah dua Exco berkenaan, dan pemimpin lain yang hadir, termasuk bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamad,bekas Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Presiden Perakan, Hamzah Abdul Rahman bersama timbalannya Dr Wan Amiruddin dan Exco Perakan Dr Wan Suhaimi Wan Daud serta lain-lain. Wakil pihak Karangkaraf Nasir Hamzah juga ada sama.
Bagi saya perjalanan majlis tadi tetap meriah walaupun kehadirannya tidak mencecah ribuan seperti mana diharapkan. Sebagai majlis yang dibuat dalam keadaan tidak siap siaga, cukuplah dengan jumlah kehadirannya. Kehadiran di waktu petang melebihi dari jumlah yang dikatakan 200 orang itu.
Nasaruddin dan Dr Ramli turut berucap di majlis berkenaan yang lebih kepada memperkenalkan diri sebagai orang yang baru dilantik menjadi Exco. Jadi harapan untuk mendapat input mengenai dasar dan polisi baru kerajaan atau idea baru di bawah porfolio mereka agak mengecewakan. Tiadak ada apa-apa yang mereka bentang untuk penilaian umum.
Mungkin di majlis-majlis lain yang menampilkan mereka, kita akan dapat melihat dan mengukur sejauh mana kemampuan mereka sebagai anggota Exco baru.
Adalah tidak elok kalau kita terlebih emosi kepada majlis berkenaan daripada nawaitu untuk sama-sama membantu. [wm.kl.10:50 pm 02/06/13]
No comments:
Post a Comment