Sunday, June 9, 2013

Perjalanan Melewati Puncak Yang Mengasyikkan

CATATAN PERJALANAN                                                              

Sudah kerap juga saya ke Puncak di persekitaran daerah Bogor, Indonesia atau pun bermalam di sana sehari dua untuk menghirup udara segar dan merawat mata dengan pemandangan alamiah yang indah. Gumpulan kabus yang menyelimuti puncak perbukitan atau mentari yang menjolorkan mata apinya membawa sejadah 'dhuha' menjadikan pemandangan itu tidak terkata.

Kehijauan sawah padi atau kuningan emas
Sawah dan kali yang jernih.
buahnya yang semakin merunduk mengembalikan ingatan dan memutarkan nostalgia semasa kecil. Teringat kepada rakan; Lodin, Mejah, Mek Sah, Mazlan atau pun Bukhari. Teringat juga kepada cewek-cewek lama yang kegelian dan menjeri-jerit sambil berlarian bila dihulurkan batang kait dengan ikan keli sebesar lengan berjuntaian bergeleparan di mata pancing.

Sayang semua keindahan dan panorama itu sudah tidak ada lagi di kampung kelahiran saya.

Dan di Puncak, menyaksikan semua keindahan panorama itu, bagi yang berjiwa insaf akan menggabungkan elemen itu semua sebagai kebesaran dan keagungan ar-Rabb. Waduh... fikiran menjadi tenang, hati juga menjadi damai terasa terlepas segala masalah dan bebas belenggu beban dengan melihat pemandangan itu. Terlupa permasalahan bangsa dan juga kemelut politik partian yang tidak pernah lengsai kerana gelodak nafsu manusia.

Dua pelayan restoran Bumi Aki sedang mengambil tempahan.
Terima kasih kepada Tuhan yang menyediakan santapan 'ainun' itu dan terima kasih juga Tuhan yang memberi ainun untuk menyaksinya.

Perjalanan yang memakan masa kira-kira empat ke lima jam dari Jakarta menerusi Puncak ke Bandong atau sebaliknya itu tidak akan bosan. Lenggeng lenggok jalannya serta menuruni lembah dan mendaki bukit tinggi atau terpaksa merembas tikungan tajam, meskipun agak meletihkan tetapi ia menyeronokkan. Perjalanan itu persis aksi senaman untuk kesihatan diri. Kita, semacam mana kecepekan tidak betah untuk tidur, bimbang manalah tahu akan berlaku kegelusuran ke gaung, biasa naas dong.

Pemandangan dari puncak kelihatan jalan berliku.
Perjalanan saya kelmarin bermula dari Bandong menerusi Cianjur menuju Puncak dan berakhir di Bogor. Ertinya pemandangan yang banyak menyumbatkan dalam ainun saya ialah di sebalah kiri. Sebermula memanjat gunung pemandangan di kiri dan kanan terhidang dengan sawah pagi yang menghijau. Sesetengah padi sedang subur membunting. Sebulan lagi padi akan mula mengeluarkan buah dan dalam bulan puasa ini dijangka akan masak.

Menjelang tengah hari laluan itu ke Jakarta agak lenggang. Perjalanan mulus dan lancar. Sebaliknya dari Jakarta menuju Bandong agak repot. Seperempat perjalanan singgah di restoran Bumi Aki, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ikan Guramis bakar atau goreng serta pelbagai sop. Sambutan pelanggan atau pun pelancong khasnya yang melalui jalan ini terhadap restoran ini sungguh hebat.

Jalan raya turun dari Puncak menuju ke Bogor sesak.
Kita tidak boleh langsung untuk masuk dan duduk dimeja. Sebaliknya kena tempah dan menanti giliran. Untuk duduk di meja berhadapan dengan sawah atau gunung, sesuatu yang mustahil kalau tidak dibuat tempahan awal-awal, atau kalau tidak rela menanti sampai dua atau tiga jam jangan diharaplah.

Kesesakan ini memakan masa tiga jam.
Direkmenkan kalau anda melalui Puncak baik untuk ke Bandong atau ke Jakarta singgahlah untuk merasai akan kelazatan dan keenakan makanan di restoran ini. Kalau tidak silap di sepanjang perjalanan itu terdapat dua lokasi restoran ini.Tentang harga usah ditanya, ia masih sedarhana dan tidak dikelaskan sebagai mahal. Cuma harus berhati-hati sedikit mungkin akan berlaku kesilapan hitungan kerana maklumkan pelanggannya ramai. Boleh terjadi makanan yang kita tidak oder akan termasuk dalam bil.

Selepas makan di sini kita akan meneruskan perjalanan, menaiki bukit atau gunung dan singgah di puncak paling puncak. Di sini satu pemandangan yang menakjubkan akan dapat disaksikan. Waktu senja atau pagi adalah saat paling indah dan menggoda. Hamparan sawah dan ladang tea yang menghijau hingga seolah-olah rapat ke kakit gunung di sebelah kiri dari arah Bandong menjadikan kita tidak puas memandang. Panorama di dua tempoh ini mengalahkan keayuan dan kejelitaan gadis-gais Sunda yang geletah.

Deretan kereta, alah bisa tegal biasa.
Di Puncak ini menjadi pusat tumpuan pelancong dan juga para peniaga. Puncak ini menjadi perhentian para pelacong dari dua arah. Di sini pelancong akan berhenti menikmati keindahan alam semula jadi dan merakam gambar kenangan seberapa banyak yang mahu dari berbagai arah.

Hari minggu tempat ini menjadi lokasi peleseran anak-anak muda tempatan atau yang datang dari pekan berdekatan Cianjur atau Bogor yang sedang pacaran. Mereka akan berbondong naik ke Punca untuk berpacaran sekadar 'manis-manis buah' atau ada yang membawa ke malam untuk menginap di vila-vila yang berlambakan di kiri kanan jalan. Harga vila atau rumah tumpangan sementara ini ditawar dengan berbagai kadar serendah RM50 sampai RM250 semalaman.

Salah seorang bocak yang menjaja makanan.
Seperti mana di Tangkuban Perahu, di sini juga dijalankan kegiatan perniagaan barangan cederamata hasil butan penduduk lokal. Pelbagai kueh mueh tradisi juga dijual di sini sebagai ole-ole untuk dibawa pulang atau pun sebagai makanan dalam perjalanan. Dua jenis kueh yang terkesan banyak di sini ialah kueh badak (kalau di Kelantan) dan kueh bakul yang diperbuat dengan pulut yang diuli dengan tahu dan gula. Kueh bakul ini dibikinkan khas dari Sukabumi satu daerah yang bersepadanan dengan Bogor.

Satu lagi penemuan atau pengalaman baru anda akan perolehi bila meleeati jalan ini kalau kebetulan anda melewati sekitar jam 3:00 atau 4:00 petang ialah kemacetan jalan raya, atau kesesak lalu lintas. Anda terpaksa berjam-jam berada di atas jalan raya untuk menuruni puncak. Kemecatan ini sering kali berlaku terutama waktu lepas pejabat. Keadaan menjadi parah pada hujung minggu dan hari minggu.

Salah satu pemandangan yang sempat disambar lensa kemera saya.
Kesesakan ini bukan sekadar setengah atau satu jam tetapi memakan masa berjam-jam. Ini berlaku kerana laluan dilepaskan secara bergilir-gilir dengan kala waktunya satu jam. Adakalanya untuk sampai ke Jakarta yang biasanya memakan masa satu jam akan terlewa sampai tiga atau empat jam.

Tetapi seperti dikatakan ia satu pengalaman baru. Kesesakan ini memberi peluang kepada para peniaga dan penjaja untuk mendapat rezeki seharian. Bermacam-macam barangan jualan khasnya makanan yang dijajah dan disuakan kepada kita. Apa sahaja yang anda ingin semua tersendia oleh penjaja jalanan ini.

Bersambung. [wm.kl.8:28 pm 09/06/13]

1 comment:

Azari said...

saya mencadangkan pak mso mencoba ke enakan mochi dark sukabumi.jika belum pernah ke sukabumi silakan