Monday, June 24, 2013

Husam Dibebas Lewat Petang Ini

BERITA BARU                                                                                   

Husam saling bercerita dengan Tokguru.
Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang ini. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud yang dihubungi setengah jam lalu.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam diremen selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Malam ini Husam dijangka hadir pada majlis kesyukuran pembebasan beliau yang diadakan di Pasir Tumbuh Kelantan.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tokguru Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara. [wm.kl.5:46 pm 24/06/13]

No comments: