Seruan dan hasrat Yang DiPetua Dewan Rakyat, Pandikar Amir Mulia agar ahli-ahli parlimen membuat transformasi, perubahan dan pembaharuan dalam dewan demi menjaga kemuliaan parlimen dan memastikan fungsi ahli-ahli yang berhormat terlaksana seperti mana diharapkan, tampak masih belum terlaksana sepenuhnya. Seruan Speaker itu masih lagi tidak terpanggil sepenuhnya.
Pendikar Amin: Nekad mahu berubah. |
Iltizam yang diucapkan beliau itu sesuatu yang dinanti-nanti oleh ahli dewan dan juga pemerhati parlimen seluruhnya. Kita mahu melihat satu suasana yang sihat dalam parlimen. Ahli parlimen berbahas dengan penuh tanggungjawab untuk membawa suara rakyat dan seterusnya menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan rakyat. Kita tidak mahu lagi melihat parlimen jadi seperti pasar ikan, riuh randah dengan sorakan lalakan dan sebagai seperti mana sebelum ini.
Situasi itu berlaku dalam sessi-sessi parlimen sebelum ini. Adakalanya keriuhan dalam dewan lebih teruk dari pasar disebabkan ada ahli-ahli yang tidak menjaga disipilin. Ada seglintir ahli dewan yang tidak boleh kawal perasaan dan masing-masing hendak menunjukkan 'ek' dan menujuk hebat tanpa kena pada tempatnya.
Setengahnya bukan menujuk hebat dalam memberi partisipasi dan komitmen baik kepada parlimen tetapi kerana berjaya menyakit hati dan memperolok-olok pihak lain. Ruang yang mulia dan masa terhad banyak disalah-gunakan dengan membambui di antara satu sama lain.
Kebetulan kali ini beberapa mereka itu sudah tidak ada lagi, kerana kalah atau tidak bertanding dalam pilihan raya dan speaker pula beriltizam untuk berubah. Maka seperti mana kata Pendikar Amin perubahan yang hendak dibuat itu ini kalilah, tepat pada masanya. Anjuran Pandikar itu dialu-alukan oleh semua.
Bagaimana pun ltizam dan harapan Pendikar Amin itu bukan mudah untuk direalisasikan. Walaupun terlalu awal untuk menilai tetapi dengan apa dipamerkan dalam tempoh tiga hari sidang dewan parlimen ia sudah mula mencerminkan apa akan berlaku selepas ini. Ada tanda-tanda tabiat lama yang dibawa oleh ahli dewan sebelum ini masih diteruskan lagi. Yang hilang itu bakal diganti?
Misalnya telatah ahli parlimen yang mengambil bahagian berucap atau mencelah masih lagi tidak berubah. Mereka bangkit bukan sebagai ahli dewan tetapi masih membawa fiil dan perangai mereka sebagai ahli politik semasa di pentas politik. Mereka tidak merasai dewan sebagai parlimen tetapi sebagai pentas ceramah. Sentimen partisan masih terbawa-bawa. Sebab itu maki hamun, persendaan atau pengeluran kata-kata buruk masih lagi berlaku tanpa segan silu dan bermaruah.
Ada pula ahli yang berucap gila mengongkong ruang itu untuknya tanpa mahu berkongsi dengan orang lain. Iya, walaupun masa untuknya, tetapi seorang ahli parlimen yang matang harus membenarkan ahli lain mencelah atau membentulkan mana-mana fakta yang diperkatakan. Sikap hanya memberi laluan kepada rakan sendiri juga tidak wajar diamalkan di dalam parlimen. Ruang parlimen harus melewati ruang parti politik. Di dalam parlimen kita mahu mencari penyelesaian membuat rumusan bukannya bertegang leher dan berkeras 'kin'.
Sebagai contoh bagaimana ahli parlimen Lenggong, ketika berucap menyokong dan menjujung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertua Agong berlagak sombong dan kedekut tahi hidung masin, tanpa memberi laluan kepada ahli-ahli lain khasnya dari pembangkang untuk mencelah. Sikap ini tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang ahli dewan rakyat yang profesional.
Bukan dikatakan bijak atau pintar menggunakan kesempatan untuk berucap meluahkan pandangan dan sesekali menyindir orang lain tetapi tidak diberikan laluan mencelah. Ahli parlimen begitu adalah pengecut, berani mengatakan tetapi tidak berani berbahas dan menjawab tuduhan secara bersemuka.
Dalam menilai ini saya dapat merasakan MP Lenggong itu akan menjadi 'brua' baru di dalam parlimen. Dia akan menjadi jurucakap dan jurubodek serta juruampu baru kepada kerajaan dan menteri khasnya Perdana Menteri. Penampilannya kali pertama sudah merosakkan atau mencacatkan fokus orang ramai untuk mengikut perbahasan di parlimen. Dalam kata lain dia sudah memberi persepsi buruk terhadap sidang-sidang parlimen yang melibatkan beliau.
Berlainan dengan wakil Tanjung Pia, yang berucap menyokong usul terima kasih yang dibawa oleh wakil Lenggong itu. Wakil berkenaan masih berani memberi jalan kepada wakil lain termasuk pembangkang mencelah. Tampak di sini wakil Tanjung Pia dari MCA itu jauh lebih terbuka berbanding dengan wakil Lenggong dari Umno itu. Di sini juga umum akan membuat penilaian kelas dan kualiti di antara ahli parlimen Melayu dengan ahli parlimen Cina.
Dalam pada itu ada juga wakil-wakil veteran yang kembali semula ke dalam dewan cuba menunjukkan lagak dan mahu menjual tahi minyak kepada ahli-ahli parlimen baru. Mereka merasakan dewan itu adalah 'negeri' mereka di mana ahli baru harus sujud dan tunduk kepada mereka. Misalnya apa ditunjukan oleh wakil Ketereh yang menempelak dan memperlekeh wakil Sepang dengan kata-kata 'menunjukkan kebodohan' satu perbuatan tidak sopan dan sesuai dilayangkan oleh seorang ahli parlimen veteran.
Apa yang harus berlaku sebagai ahli dewan veteran dan pernah menjadi menteri, beliau membimbing ahli-ahli dewan yang baru yang sudah tentu masih kekok dengan keadaan. Tunjukkan cara-cara dan kaedah berbahas yang bermutu dan relevan dengan isu yang dibangkitkan. Dengan menunjukkan kita sebagai hero adalah satu tindakan tidak matang. Ia hanya sebuah 'keagahan' yang tidak akan dihormati oleh orang ramai.
Sepanjaag tiga hari sidang dewan, dalam pemerhatian saya ahli-ahli dewan yang baru tidak mengambil masa begitu lama untuk mensesuaikan diri dengan parlimen. Sudah ada yang berani mencelah perbahasan atau ucapan wakil lain. Malahan sudah ada yang memberi ucapan sulong mereka sebagai ahli palimen.
Wakil-wakil dari Kota Bharu, Sepang, Bukit Katil, Bukit Gantang, Temerloh dan Kuala Nerus serta Jasin dan Lenggong sudah pun memecahkan suara mereka dalam dewan. Saya melihat mereka ini akan menjadi ahli parlimen yang cegas dan rajin. Kedatangan mereka bukan saja memenuhi kerusi tetapi akan membawa sesuatu makna dan menjelmakan sifat mereka sebenarnya.
Bagaimana walaupun sudah tiga hari dewan bersiang masih ada ahli baru yang masih belum buka mulut untuk mencelah. Mungkin mereka masih menyesuaikan diri sebagai ahli parlimen. Atau pun masih diam-diam belajar macam mana nak tekan punat (button) pembesar suara untuk bercakap. Semohga di hari mendatang mereka akan membuka mulut setidak-tidak ahli dewan lain dan pemerhati ingin mendngar suara mereka, kalau pun tidak terus meluruhkan idea-idea bernas. [wm.kl.8:20 pm 27/06/13]
No comments:
Post a Comment