ANGIN MALAM
Bekas Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi sekonyong-koyong menyokong cadangan agar tidak ada pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi dalam Umno. Sokongan Abdullah ini menimbulkan tanda tanya besar kepada pemerhati politik. Apakah suara Abdullah itu menandakan kedudukan Najib sebagai presiden Umno akan dicabar?
Tidak ada keperluan untuk Abdullah menyuarakan sokongan itu kalau beliau tidak terhidu apa-apa bau dari kloni Umno. Boleh jadi Abdullah sudah ada firasat sendiri yang Najib akan dicabar. Mungkin petanda atau alamat digunakan Abdullah berpandukan apa yang berlaku kepadanya sebelum ini.
Abdullah sebelum ini diejek kemudian dirancang agar dicabar oleh Najib sebagai presiden apabila bekas PM itu semasa dia memimpin Umno parti itu gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen pada pilihan raya ke-12. Ada desakan dalaman merancang untuk menjatuhkan Abdullah dengan menggunakan keputusan pilihan raya berkenaan.
Kegagalan UBN itu itu menjadi racun kepada Abdullah dan digunakan oleh orang tertentu dalam Umno terutamanya untuk melanyak Abdullah.
Jadi memandangkan Najib juga gagal mendapat majoriti 2/3 malahan pencapaian UBN lebih buruk daripada apa diperolehi beliau, menyebabkan Abdullah mungkin merasai dengan alamat itu sesuatu yang buruk akan menimpa Najib. Maka dia berfirasat Najib juga tidak selamat.
Ataupun boleh jadi sebagai bekas presiden Umno Abdullah sudah dapat menghidu tindak tanduk atau pun gelora yang ada dalam Umno hari ini yang kini dalam persiapan untuk merempuh Najib. Kalau Abdullah tidak mendapat apa-apa isyarat dia tidak akan memberi nasihat itu. Pasti?
Kemungkinan yang ada hari ini dua tokoh berpotensi akan melanda Najib. Mereka ialah sama ada Tengku Razaleigh Hamzah atau pun Muhyuddin Yassin. Bagi Abdullah kedua-dua mereka itu baik Tengku Razaleigh atau Muhyuddin keduanya tokoh yang tidak mungkin akan disokongnya.
Sesiapa untuk mencuba nasib menentang Najib hari ini lebih mudah kerana benteng kouta 30% pencalonan bagi melayak bertanding presiden sudah tidak ada lagi.
Mengapa Abdullah boleh merasakanh demikian kerana beliau ada sejarah dan kisah tersendiri kenapa kalau beliau tidak senang dengan Muhyuddin atau Tengku Razaleigh. Kedua tokohnya disebut-sebut atau pernah berusaha untuk melandanya bagi merebut jawatan presiden.
Nasihat Abdullah yang dibuat di China itu adalah sesuatu yang serius. Elok kalau orang-orang Najib mula mengesan apa-apa gerakan yang sedang dijalankan kini? [wm.kl.11:13 pm 27/06/13]
No comments:
Post a Comment