Sudah kerap juga saya ke Puncak di persekitaran daerah Bogor, Indonesia atau pun bermalam di sana sehari dua untuk menghirup udara segar dan merawat mata dengan pemandangan alamiah yang indah. Gumpulan kabus yang menyelimuti puncak perbukitan atau mentari yang menjolorkan mata apinya membawa sejadah 'dhuha' menjadikan pemandangan itu tidak terkata.
Kehijauan sawah padi atau kuningan emas
Sawah dan kali yang jernih. |
Sayang semua keindahan dan panorama itu sudah tidak ada lagi di kampung kelahiran saya.
Dan di Puncak, menyaksikan semua keindahan panorama itu, bagi yang berjiwa insaf akan menggabungkan elemen itu semua sebagai kebesaran dan keagungan ar-Rabb. Waduh... fikiran menjadi tenang, hati juga menjadi damai terasa terlepas segala masalah dan bebas belenggu beban dengan melihat pemandangan itu. Terlupa permasalahan bangsa dan juga kemelut politik partian yang tidak pernah lengsai kerana gelodak nafsu manusia.
Dua pelayan restoran Bumi Aki sedang mengambil tempahan. |
Perjalanan yang memakan masa kira-kira empat ke lima jam dari Jakarta menerusi Puncak ke Bandong atau sebaliknya itu tidak akan bosan. Lenggeng lenggok jalannya serta menuruni lembah dan mendaki bukit tinggi atau terpaksa merembas tikungan tajam, meskipun agak meletihkan tetapi ia menyeronokkan. Perjalanan itu persis aksi senaman untuk kesihatan diri. Kita, semacam mana kecepekan tidak betah untuk tidur, bimbang manalah tahu akan berlaku kegelusuran ke gaung, biasa naas dong.
Pemandangan dari puncak kelihatan jalan berliku. |
Menjelang tengah hari laluan itu ke Jakarta agak lenggang. Perjalanan mulus dan lancar. Sebaliknya dari Jakarta menuju Bandong agak repot. Seperempat perjalanan singgah di restoran Bumi Aki, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ikan Guramis bakar atau goreng serta pelbagai sop. Sambutan pelanggan atau pun pelancong khasnya yang melalui jalan ini terhadap restoran ini sungguh hebat.
Jalan raya turun dari Puncak menuju ke Bogor sesak. |
Kesesakan ini memakan masa tiga jam. |
Selepas makan di sini kita akan meneruskan perjalanan, menaiki bukit atau gunung dan singgah di puncak paling puncak. Di sini satu pemandangan yang menakjubkan akan dapat disaksikan. Waktu senja atau pagi adalah saat paling indah dan menggoda. Hamparan sawah dan ladang tea yang menghijau hingga seolah-olah rapat ke kakit gunung di sebelah kiri dari arah Bandong menjadikan kita tidak puas memandang. Panorama di dua tempoh ini mengalahkan keayuan dan kejelitaan gadis-gais Sunda yang geletah.
Deretan kereta, alah bisa tegal biasa. |
Hari minggu tempat ini menjadi lokasi peleseran anak-anak muda tempatan atau yang datang dari pekan berdekatan Cianjur atau Bogor yang sedang pacaran. Mereka akan berbondong naik ke Punca untuk berpacaran sekadar 'manis-manis buah' atau ada yang membawa ke malam untuk menginap di vila-vila yang berlambakan di kiri kanan jalan. Harga vila atau rumah tumpangan sementara ini ditawar dengan berbagai kadar serendah RM50 sampai RM250 semalaman.
Salah seorang bocak yang menjaja makanan. |
Satu lagi penemuan atau pengalaman baru anda akan perolehi bila meleeati jalan ini kalau kebetulan anda melewati sekitar jam 3:00 atau 4:00 petang ialah kemacetan jalan raya, atau kesesak lalu lintas. Anda terpaksa berjam-jam berada di atas jalan raya untuk menuruni puncak. Kemecatan ini sering kali berlaku terutama waktu lepas pejabat. Keadaan menjadi parah pada hujung minggu dan hari minggu.
Salah satu pemandangan yang sempat disambar lensa kemera saya. |
Tetapi seperti dikatakan ia satu pengalaman baru. Kesesakan ini memberi peluang kepada para peniaga dan penjaja untuk mendapat rezeki seharian. Bermacam-macam barangan jualan khasnya makanan yang dijajah dan disuakan kepada kita. Apa sahaja yang anda ingin semua tersendia oleh penjaja jalanan ini.
Bersambung. [wm.kl.8:28 pm 09/06/13]
1 comment:
saya mencadangkan pak mso mencoba ke enakan mochi dark sukabumi.jika belum pernah ke sukabumi silakan
Post a Comment