Friday, August 30, 2013

Dialog Untuk Negara: Cadangan Yang Baik Tetapi Sukar Menjadi Kenyataan

SUSUPAN MALAM                                                                              

Cadangan Anwar Ibrahim Najib Razak mengaturkan dialog bersama Pakatan Rakyat bagi mengendurkan beberapa isu yang menekan negara waktu ini hendaklah diterima secara positif oleh semua orang baik dari pihak BN dan juga PR. Terimalah keterbukaan Anwar itu sebagai satu hadiah hari ulang tahun kemerdekaan ke 56 yang sedang diraikan ini.

Anwar, Najib menikmati tea tarik.
Saya yakin Anwar ikhlas dan suci hati dengan pelawaan itu setelah menginsafi senario politik dan situasi negara hari ini. Bukan kerana disebabkan kalah dalam pilihan raya lalu maka beliau merasakan perlu agenda negara dibincang bersama tetapi ada tolakan lebih penting dari itu. Saya rasa kalau Pakatan Rakyat menang baru-baru ini pun, agenda bersama membangun negara pasti ada dalam minda kepahlawanan Anwar.

Bukan saja Anwar, sesiapa kena memahami kedudukan dan corak negara kita. Bahawa tidak ada mana-mana pihak mampu membangun negara secara bersendirian tanpa kerjasama di antara satu sama lain. Pencapaian dalam pilihan raya lalu sangat jelas sinifikennya. Kegagalan UBN mendapat undi popular mengatasi undi popular Pakatan Rakyat jelas. Jadi UBN tidak boleh mendabit dada dengan keputusan yang dicapai itu. UBN menang yang tidak menang, manakala PR pula kalah yang tidak kalah.

Anwar atau Pakatan Rakyat boleh terus berlagak sombong dengan pencapaian itu. Apa lagi rakyat sedang 'menggilai' mereka. Tetapi kerana memikirkan masalah negara lebih penting, dengan isu perkauman, agama, sosial serta kemelesetan ekonomi, maka tawaran berkenaan dibuat. Dalam suasana yang harmoni begini janganlah hendaknya ada yang degil atau sombong sendiri untuk tidak mengadakan kerjasama demi negara. Orang-orang yang selamanya mahu menunjukkan kedegilan adalah mereka yang tidak patriortik dan menggunakan politik untuk diri sendiri sahaja.

Sikap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang awal-awal membuat tempelak kepada pelawaan Anwar itu dengan mengatakan Anwar terdesak kerana kalah pilihan raya, sesuatu yang tidak menggambarkan sikap patriotik dan profesional dari seorang ketua pemuda Umno yang baru mendapat kuasa itu.

Tidak sepatutnya pemimpin muda yang bakal menjadi pemacu masa depan negara terus merenggangkan hubungan persaudaraan senegara dan mengelecahkan pemikiran ke lemah kekolotan. Khairy seharusnya menjadi juara mengalu-alukan kerjasama demi negara bukan cuba terus mempraktikan politik dendam dan kekolotan.

Hendaknya tidak ramai yang akan bercakap senada dengan Khairy. Dalam menerima hal ini seharusnya kepentingan diri dan puak di ketepikan tetapi meletakkan kepentingan negara di hadapan. Bukan saja di kalangan politician tetapi individu-individu perjuang lain dalam NGO juga. Mereka tidak patut menjadi penghasut tetapi apa yang mereka kena lakukan menjadi 'pembaja'.

Bagaimana pun bagi hemat saya pelawaan Anwar itu tidak mudah dilaksanakan walaupun ia sangat praktikal dalam keadaan seperti hari ini. Kandati ia dibincang oleh Majlis Tertinggi Umno malam ini tetapi bukan mudah mendapat kata sepakat. Seperti mana kata Hishmauddin Onn, cadanagan Anwar itu ada dibincang tetapi hanya Najib Razak yang berhak mengumumkannya. Dalam erti kata lain MT tidak boleh mengeluarkan kenyataan ini menunjukkan pelawaan itu dipandang berbelah bahagi dalam MT.

Ulasan diluar oleh Mukhriz Mahathir yang senada dengan Khairy makin menjadikan perkara itu mustahil untuk menjadi realiti. Kali ini mungkin buat pertama kali Mahathir Mohamad akan sependapat dengan Khary untuk tidak memberi laluan kepada Anwar. Jika mengambil kira suara Mukhriz itu adalah suara Mahathir, penolakan itu sudah jelas, kerana Mukhriz juga menimbulkan keraguan di atas cadangan Anwar itu. Dari kata-kata Mukhriz itu beliau tidak setuju dengan ajakan Anwar itu.

Dan adalah sesuatu yang mengejut kalau esok atau lusa Mahathir akan memberi respon baik ke atas pelawaan Anwar itu. Rakyat semua akan menerima berada dalam mimpi indah kalau Mahathir bersetuju dengan gesaan Anwar itu. Persetujuan Mahathir itu juga menandakan tamatnya dendam kesumat beliau ke atas Anwar selama ini. Namun saya rasa tidak berlaku demikian kerana kita kenal siapa Mahathir.

Kalaupun Mahathir memberi nasihat menolak dialog demi negara oleh Anwar itu, Najb tidak perlu akur dengan Mahathir. Najib harus membuat penilaian dan mengambil sikap sendiri yang berbeza dengan Mahathir. Cukup penting Najib ada stand sendiri untuk beliau menunjukkan atau membuat jasa kepada perpaduan Melayu.

Kalau Najib tunduk juga kepada Mahathir dalam soal ini, selama itulah orang akan melihat kerajaan Najib dibayangi Mahathir.

Apakah Najib mampu menunjukkan wibawa dan 'jiho'nya sebagai pemimpin Umno dan perdana menteri? Kalau beliau berani beliau akan landa pandangan buruk sesetengah pemimpin Umno itu kemudian segera mengatur dialog bersama Pakatan Rakyat.

Dipihak Pakatan Rakyat pula khasnya DAP jangan membuat spekulasi tertentu sekiranya berlaku dialog berkenaan. Mereka tidak perlu bimbang akan ditinggalkan Anwar dan Pas, kerana mereka juga tentu akan berada di meja bundar dalam dialog berkenaan. Kita semua kena insaf dan sedar dialog seperti itu untuk masa depan negara, menyelesaikan isu-isu yang boleh membantutkan pembanguna nusa dan bangsa sesuatu yang baik.

Mulalah demi nusa dan bangsa. Abdul Hadi tentu tersenyum dan berdeham membaca posting ini. [wm.kl.11:28 pm 30/08/13]

6 comments:

Ibnujaya said...

Kalau ikhlas apa salahnya? Bukankah berdamai otu lebih baik daripada bergaduh : )

Qaseh Bonda said...

Hanya dengan kesepakatan Anwar dan Najib saja dapat membenamkan kemaraan Tok Det, Daim dan konco-konconya.

Pastinya Najib sudah tidak terbendung lagi dengan desakan, asakan Tok Det demi membawa Mukhriz kepuncak.

Kita doakan beroleh perpaduan demi kepentingan rakyat dan sudah mendapat restu Tok Guru Nik Aziz.

Sebelum dipaksa berundur lebih baik bersama Pakatan Rakyat.

Bila lagi nak jadi gentleman.

Norie Publisher and Marketing said...

Pada pendapat saya adalah lebih baik Anwar diam dan tak perlu buat tawaran kepada Najib untuk berunding.

Jadilah pembangkang yang berkaliber di Parlimen. Itu sudah cukup untuk membela rakyat dari segi ekonomi, sosial dan agama.. Mana2 yang tak betul dibuat oleh BN- hentam habis2 di Dewan Rakyat.. ahli Parlimen PR dah bertambah..apa nak takut..!!!

sizzly7761 said...

Baru nak dialog, semua 'warlods' UMNO dan gelabah biawak!!!takut kat Anwar dan takut takleh nak makan rasuah, dan mungkin Madey mati beragan kalau projek berpadu-padu ni benar berlaku! Hehehe...

Unknown said...

Mengeratkan perpaduan@silaturrahiim sesama Islam adalah wajib, maka memutuskannya adalah haram.

firdaus said...

Anwar tidak boleh diam.. sebagai yang masih lagi boleh dianggap pemimpin de facto dia sepatutnya turun dan bercakap memberi buah fikiran utk kebaikan pakatan rakyat dan negara

Dia pernah berkata akan bersara selepas pru 13 tapi akhirnya tak jadi.. janganlah hendaknya selepas kalah lagi pru ke-13 dan dia masih lagi ketua pembangkang yang seolah-olah seperti tenggelam punca

Selepas PRU 12 dan 13..nampaknya tag anwar sebagai de facto yg boleh membawa perubahan ke atas negara masih lagi tak membuahkan kemenangan kepada PR.. apakah percaturan dan corak politik utk pru 14 masih akan sebegini di takuk lama masih dengan stail dan fiil yang begitu juga

Sekiranya anwar masih lagi releven atas faktor de facto nya utk terus mengemudi pru 14..suatu gaya dan cara yang baru mesti dibuat

Tak kisahlah mereka nak kata Anwar sudah terdesak dan sebagainya… apakah mereka yang masuk politik itu juga tidak pernah rasa terdesak dan akhirnya akan memikirkan diri sendiri dan kroni

Langkah Anwar ini memang politik..untuk dirinya yang terdesak mahu melihat negara ini dilandasan yang betul dan tidak sanggup melihat negara ini berpecah belah dan songsang hala tujunya

Ya memang Anwar terdesak kerana mahu melihat perubahan yang lebih baik dari mereka yang tak terdesak kerana merasakan kedudukan dan kroni ada bersama mereka langsung tidak mahu lihat kesan ke masa hadapan seperti yang Anwar buat.. itulah releven.. itulah de facto

Good luck bro