PANDANGAN
Syabas kepada ahli Dewan Pemuda Pas di atas prihatin dan keberanian mereka mengedar risalah memberi kesedaran dan ingatan kepada peminat rock Metallica dengan mengedarkan risalah tertulis "If you can pay RM195 for Metacilla why not share mote to help Egyptians" meminta peminat kumpulan rocak itu ikut sama memberi sumbangan kepada rakyat Mesir yang dilanda perang ketika ini.
Risalah atau peranan Pemuda Pas itu hanya kecil dan dianggap remeh saja tetapi ia memberi erti dan makna besar. Sebagai kumpulan dari rahang parti menggunakan nama Islam, sewajarnya dewan pemuda Pas berbuat demikian. Itulah tanda komitmen dan keperihatian anggota Pas berbanding dengan parti lain.
Usaha murni yang perlu disokong itu sepatutnya bukan saja dilakukan aktivis Dewan Pemuda, tetapi anggota Dewan Muslimat juga. Kalau ada anggota dewan itu boleh menyanyi penuh bersemangat di perkarangan mahkamah kerana menyambut kemenangan sebuah perbicaraan seorang tokoh kenapa tidak ikut sama Pemuda untuk berdakwah?
Apakah Muslimat terlupa hal-hal sebegini dan menyerahkan kepada abang mereka Dewan Pemuda saja? Mungkin selepas ini dewan Muslimat boleh mengambil peranan di masa lain. Ketua Muslimat perlu peka dan insaf hal-hal sebegini.
Sehubungan dengan usaha Dewan Pemuda itu suka saya mencadangkan agar tindakan dakwah demikian diperluaskan jajahan dakwahnya ke beberapa lokasi lain yang sudah lama saya rasakan perlu kedatangan anggota dakwah pemuda secara konsisten.
Lokasi dimaksud antaranya ialah di Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur di mana lokasi di sini memerlukan kehadiran masyarakat penyedar dan pengingat seperti dilakukan Dewan Pemuda itu. Di Bukit Bintang setiap malam ianya dipenuhi dengan manusia tidak bermoral yang mungkin tidak pernah dikejutkan dengan apa-apa risalah kesedaran.
Tidak menjadi masalah rasanya untuk Dewan Pemuda Pas merancakan aktiviti dakwah mereka di sini. Kalau pelukis, pemuzik jalanan, geladangan atau tukang-tukang urut boleh menjalankan tugas mereka setiap malam, kenapa tidak dengan penggerak dakwah dan kesedaran itu. Mungkin ia boleh dibentuk pasukan khas manakala gerakan dakwah dan kesedaran dibagikan kepada beberap shif tertentu.
Hendaknya jangan Dewan Pemuda Pas sedia atau berani mengedarkan risalah pada konsert-konsert seperti Metallica itu saja yang dilakukan apabila event tertentu seperti itu saja. Dakwah haruslah berterusan dan da'inya harus berani memasuki ke segenap zone. Apapun syabas dan usaha itu perlu disokong oleh semua mereka yang cintakan Islam. [wm.kl.12:53 pm 22/08/13]
2 comments:
Takkan untuk Pas sahaja di fokuskan untuk bergiatnya berdakwah. Namun bila Melayu itu Islam maka yang selebihnya di antara yang ramai lagi pun kena mempergiatkan usaha juga, sementelahan pula di Wilayah Kota Raya tersergam kupu-kupu malam UMNO pun kenalah berjinak- jinak melebarkan sayap gagahnya turun padang melangsaikan tugasan dakwah Islamiah ini. Berat sesama di pikul barulah menjadi ringan pada tarbiah.
Maaf kerana komen saya ini lewat...
Tahniah buat Pemuda PAS. Saya tak sangka mereka begitu pro aktif dan bertindak jauh di hadapan dalam menangani DUA isu sekali harung.
Kalau inilah cara dan inisiatif yang dilakukan oleh pemuda PAS mereka tentunya akan mara jauh ke hadapan.
tahniah buat semua dalam Pemuda PAS yang berjaya mengambil kesempatan dalam pelbagai isu yang sedang melanda umat Islam hari ini.
Post a Comment