Wednesday, August 14, 2013

Pencemaran Agama: Jangan Cakap Tetapi Perlu Buat

RENUNGAN                                                                                        

Kejadian sebuah surau private di Johor yang digunakan oleh penganut Buddha untuk melakukan meditasi dengan meletakkan tokong Buddha di dalam masjid itu dikecam oleh segenap pihak beragama Islam di negara ini. Kejadian itu dianggap melampau dan menghina agama Islam. Kejadian itu adalah rentetan beberapa kejadian lain sebelum ini yang menyenakkan jiwa umat Islam.

Salah seorang yang turut merasa kekesalan dan mengecam kejadian itu ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Asyraf Wajdi Dusuki (foto). Beliau baru dilantik menjadi Yang Dipertua yayasan itu belum sampai dua bulan. Ideanya tentu masih gebu.

Katanya perkara itu menyimpang dari agama Islam sebenar dan merupakan petanda fahaman pluralisme agama yang semakin berkembang di negara ini.


Komen Wajdi ini nampanya cuba hendak menarik perhatian mengenai masalah pluralisme yang telah dijadikan isu politik untuk menghentam seseorang menjelang pilihan raya lalu. Asyraf tidak nampak kejadian itu akan kejahilan pemilik surau berkenaan, kerana membenarkan ia disalahgunakan. Adalah tidak adil membuat tuduhan sembrono begitu tanpa ada siasatan atau mendapatkan butiran siasatan terlebih dahulu.

Kejadian di surau itu sedang dalam siasatan polis dan empunya surau berkenaan juga yang juga tuanpunya resort telah direman polis untuk siasatan.

Kenapa terlalu gampang hendak menuduh ia sebagai petanda pluralisme? Surau itu hanya digunakan oleh penganut Buddha saja, lainlah kalau ia juga digunakan oleh penganbut Kristian atau Hindu.

Kegelojahan Asyraf dan mereka yang sepandapat dengannya nampak sangat akan dendam atau motif politik ikan pekasam (hanyir campur hampak). Dengan keilmuan yang ada Asyraf sepatutnya tahu kenapa masalah itu berlaku. Kalau pluralisme berkembang beliau tidak wajar setakat menyebut dan cuba menunding jari kepada pihak lain tetapi mengambil langkah membendungnya segera. Yadim sepatutnya harus turut sama merasa bertanggungjawab itu baru dikatakan hemah dan fatanah.

Antara dan tujuan penubuhan Yadim ialah membantu pengembangan agama Islam, baik dari segi memberi kerjasama berbentuk ilmu (dakwah) atau bantuan lain menterial dan kewangan. Apakah boleh dikatakan bahawa Yadim tidak menjalankan fungsinya sebelum ini sehingga wujudnya pluralisme atau pelbagai ragam kerencaman kegiatan agama lain yang terpesong seperti diangap Asyraf itu?

Dengan peranan dan tanggungjawab Yadim itu, apa yang berlaku seperti di Johor itu ia boleh disalahkan kepada Yadim juga. Yadim harus bertanggungjawab kerana kurang memberi perhatian sehingga berlakukan perkara itu. Demikian juga halnya dengan kegiatan pelbagai rituan agama yang songsang atau pun pembawaan (amalan) aliran pemikiran dan kepercayaan agama seperti Syiah, Wahabi, Qiadani dan sebagainya.

Semua gejalan itu tidak akan berlaku kalau pihak penganut agama dan badan-badan seperti Yadim, Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam dan teristimewanya Jakim memainkan peranannya secara serius dan penuh kebertanggungjawaban. Tetapi kerana badan-badan ini bertindak sambil lewa dan wujud semata-mata wujud maka berlaku dan merebakkan elemen demikian.

Peranan badan-badan itu boleh dianggap samalah juga dengan peranan dan tanggungjawab pihak keselamatan dan penguasa lain yang mengawal pintu masuk sempadan negara. Disebabkan kerana pasukan keselamatan dan agensi pengawal lain bersikap acuh tidak acuh (mungkin makan rasuah) menyebabkan pintu sempadan negara kita mudah dibolosi. Akhir-akhirnya kerap berlaku jenayah melibatkan penggunaan pistol atau senjata berat. Ini boleh diletakkan merebaknya gelaja ini ke atas bahu penguasa dan pasukan keselamatan.

Berbalik kepada isu pluralisme seperti mana diandaikan oleh Asywaf Wajdi yang saya rasa berniat serong untuk mengaitkan seseorang, sebaik apa yang patut beliau selaku orang mengepalai Yayasan Dakwah lakukan ialah merangka plan strategi bagaimana hendak memperkemaskan pintu atau sempadan hati umat Islam alias Melayu negara ini dari mudah diresapi unsur-unsur mungkar demikian. Dengan hanya memberi kenyataan akhbar dan membuat ulasan bersifat prejudis atas sesuatu perkara yang tidak menyelesaikan masalah.

Yayasan Dakwah dengan segala fasalitis yang ada boleh memainkan peranan ini. Iya bukan saja perlu gah setakat membentangkan kertaskerja atau memberi formula dan kaedah menyelesaikan masalah sekitar agama tetapi perlu menggerakan pasukan turun ke bawah agar ianya berkesan.

Penyediaan bahan-bahan cetak atau majalah sebagai sumber dakwah tidak mencukupi. Belum tentu buku dan majalah (Dakwah) yang diedarkan dibaca dan dihayati orang. Mungkin method seperti mana pernah atau sedang diamalkan Perkim dalam usaha mendidik dan mendakwah Orang Asli perlu diguna pakai dalam hal ini. Perkim satu masa dahulu menghantar para pendakwah dan ustaznya masuk ke perkampungan Orang Asli untuk mendakwah mereka dan mengajar ilmu-ilmu agama, tahid dan fekah.

Mungkin cara itu boleh diciplak oleh Yayasan Dakwah dalam usaha membentangkan akidah umat Islam negeri ini. Gerakan berpadu dengan kerjasama Jakim, Jabatan Hel Ehwal Agama Islam Negeri atau Majlis Agama dan angensi dan NGO dakwah lain boleh dilakukan. Saya rasa dengan cara itu lebih indah daripada hanya cuba menunding jari kepada pihak-pihak tertentu yang kononnya sengaja memberi ruang kepada kegiatan mencemarkan kesucian agama dan peradaban di negara ini.

Sejajar ini satu soalan cepuemas untuk Asyraf apakah beliau sudah menyelesaikan sebuah akaun induk Yayasan itu di dikatakan telah dibekukan bank sebelum ini?  Menyelesai masalah akauan ini lebih penting dari cuba membuat tohmahan jahat kepada seseorang yang lain.  [wm.kl.11:33 am 14/08/13]

4 comments:

PokAmid said...

YADIM .... apa dia YADIM tu? Ooooo badan dakwah, maaf lah kerana baru aku dengar akan kewujudannya. Aku ingatkan Yadim ni sayap UMNO, kerana YDP nya berbau UMNO sangat-sangat. Bila dah diumnokan, tugas no wahid ante ialah untuk mengelirukan rakyat jer. Sejak bila UMNO ni amar makruf nahi mungkar? Tunggu Bik mama jadi anak dara ya!

sizzly7761 said...

Mengapakah bila seseorang yang cerdik dan punyai kelulusan akademik yang tinggi apabila condong atau masuk dalam UMNO maka dia akan menjadi 'Ngok' dan 'bodoh-bodoh alang'! Adakah ini fenomena kebetulan atau memang jadi sumpahan seperti yang Mahathir kata bahawa yang ada dalam UMNO sekarang hanyalah mereka yang memang'tak cerdik' dan /atau terpaksa jadi bodoh kerana takut 'tak dapat cari makan'? Jangan gadaikan keintelektualan anda semata-mata nak 'promote' diri tentang keujudan anda dan membela orang bodoh!

Unknown said...

Salam Aidilfitri Pak MSO,

Secara peribadi saya tidak nampak beliau mengaitkan pluralisme dengan mana2 individu.rasanya tak perlulah kita melatah dengan kenyataan beliau.bak kata pepatah, siapa yang makan cili,dia yang rasa pedasnya.

Saya cadang pak mso buatlah satu artikel,boleh bagi pendapat,tunjuk ajar atau guidance pada beliau macamana nak memantapkan lagi YADIM ni,yang mana akan menyumbang pada masyarakat melayu islam kita ini. Dan akhirnya memanfaatkan umat islam keseluruhannya.

addin said...

Saya hairan, di Malaysia, orang cerdik pandai agama tidak menunjukkan kesatuan fikrah terhadap sesuatu isu berdasarkan ilmunya, tetapi lebih cenderung kepada kaca mata politik. Jika hal ini berterusan, maka ia tidak menguntungkan umat Islam yang tidak berilmu. Sebaliknya, keadaan ini mengelirukan mereka. Yabg bersalah siapa?.