PANDANGAN MALAM
Kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Shah Alam di mana pengetuanya dilaporkan telah mengeluar kata-kata disifatkan berbau rasis yang meminta pejar Cina pulang ke Cina dan pelajar India pulang ke India, sesuatu insiden yang menyesal dan menyedihkan. Sebagai seorang guru yang diberi tanggungjaswab mendidik anak bangsa tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata demikian yang tidak wajar dan bertentangan dengan falsafah kependidikan.
Pengetua berkenaan dilaporkan mengeluar kata-kata demikian semasa perhimpunan minggu lalu kerana murid berkenaan didapati membuat bising ketika lagu Negaraku dimainkan. Jika dilihat secara literal, wajar kalau Pengetua atau mana-mana guru menegur dan marah kepada murida-murid yang biadab tidak menghormati lagu Negaraku.
Kita tahu lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan negara yang perlu di hormati setiap warganegara yang mengakui taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan negara ini. Sivik sudah mengajar kita menghormati lagu Negaraku dimana-mana sahaja kita berada apabila terdengar saja ia dinyanyikan atau dimainkan. Kalau tidak mahu ikut menyanyi cukup berdiam senangkan diri.
Di Thailand apabila lagi kebangsaan negara itu dimainkan di sekolah atau pejabat-pejabar kerajaan, setiap penjalan kaki, kenderaan baik kereta dan motosikal akan berhenti sebagai menghormati lagu negara mereka dimainkan. Penghormatan mereka kepada lagu kebangsaan mereka sangat tinggi dan serius. Penghormatan itu juga menjadi lambang petriotisme mereka.
Malangnya keadaan ini tidak berlaku di tempat kita. Mungkin kerana kebiasaan itulah maka ada murid-murid walaupun berada dalam gelanggang pendidikan formal seperti di sekolah masih tidak menghormati lagu Negaraku. Sebab menghormati lagu Negaraku bagi mereka bukan satu kemestian dan wajib. Ini semua adalah ikutan budaya tidak sihat.
Apabila pengetua sekolah berkenaan mengeluar kata-kata tidak manis itu, maka beliau dikecam dan dikritik hebat. Berbagai pihak dan ibubapa terus menyerbu sekolah dan berjumpa dengan pengetua berkenaan meminta penjelasan. Lagaknya macamlah anak-anak mereka telah dirotan sampai patah kaki dan putus tangan.
Mungkin mereka merasa terhiris dengan kata-kata pengetua itu kepada anak-anak mereka. Tetapi apakah mereka memikirkan macam mana pula perasaan pengetua itu apabila murid-muridnya menunjukkan kebiadaban dan tidak bersopan? Cuba mereka berada di tempat pengetahuan itu sekejap menghadapi suasana yang dilalui itu.
Sebelum pengetua dikecam apakah siasatan telah dibuat secara adil dan saksama. Walaupun pengetua berkenan dikatakan mengaku dan memohon maaf kepada murid berkenaan, tetapi ia bukan merupakan jawaban sebenar kepada kejadian itu. Kita faham pengetua dan guru-guru tertakluk dengan pekeliling perkhidmatan dan perintah perkhidmatan awam. Mereka tidak boleh menjawab apa-apa yang berlaku ke atas mereka sebagai membela diri atau menjelaskan keadaan.
Bagi saya kes itu tidak boleh berhenti setakat pengetua itu meminta maaf secara terbuka kepada murid-muirid berkenaan. Siasatan lanjut perlu diadakan secara menyeluruh. Pihak berwajib juga harus memahami keadaan sekarang ini apa juga keadaan mudah dieksploitasi. Kita sekarang ini berada dalam zaman politik edan, dan era media massa 'peringus'. Kita tidak mahu tersalah membuat keputusan di dalam hal ini perkara kecil dianggap besar kerana ia sengaja diperbesarkan kerana motif tertentu.
Gesaan agar pengetua itu diambil tindakan adalah melampau dan bagi saya satu sikap tidak mengenang budi. Perlu ingat bertahun murid berkenaan berada di sekolah itu beberbanding dengan hanya sekali pengetua hilang sabar dengan mengeluarkan kata-kata itu yang konotasinya mungkin tidak seteruk kita fahami. Takkan kemarau setahun akan musnah kerana hujan sehari.
Untuk adil dan mendamaikan perasaan pengetua sekolah itu, apabila pengetua itu sudah memohon maaf, semua murid-murid terlibat juga perlu memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mereka. Ibubapa dan pihak yang melenting 'bangat' dengan kejadian itu patut bersikap tasamuh di dalam hal ini dengan menyuruh anak-anak mereka memohon maaf balik kepada pengetua itu dan berjanji tidak mengulangi lagi perbuatan itu.
Adalah dibimbangi kalau setiap kali kesalahan guru baik yang sengaja atau tidak sengaja, guru yang dikecam kemudian terpaksa mengalah dengan mengaku bersalah serta tidak ada pembelaan dari pihak Jabatan lama kelamaan semangat guru untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi tawar. Semangat mereka akan pudar dan dihatui rasa takut tindakan ibubapa yang tidak usul periksa. Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelang atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis yang lain terpalit.
Perlu difahami guru-guru juga manusia yang ada perasaan dan maruah. Sikap terlalu memberi muka dan memanja murid tidak begitu baik saya rasa. Ia patut dilayan berpada-pada jangan berlindung atas sifatnya sebagai murid. Terlebih memberi kemanjaan menyebabkan murid akan memanjat kepala guru dan akan mengajar guru agar kencing berlari pula di masa akan datang. [wm.kl.10:24 pm 02/08/13]
5 comments:
Budak2 skrg mana boleh jentik, nanti mak ayah melenting. Sbb tu skrg budak2 x brp nk hormat cikgu. Sikit2 mak ayah back up walaupun anak tu sendiri yg salah.
Hakikatnya kaum Cina dan India ni sangat bersifat perkauman! Dah berzaman duduk di Tanah Melayu (Malaysia kemudianya) namun masih tidak 'reti bahasa'! Dasar perpaduan dan dasar berhubung 'kenegaraan' kita mesti disemak dan di ketat dan tegaskan semula agar anasir 'perkauman' Cina dan India boleh di ajar cara untuk menghormati nilai dan budaya serta dasar kerajaan yang sememangnya bertunjangkan 'nilai' bangsa Melayu sebagai 'terasnya'.
sangat bersetuju dengan pendapat ini,. guru mempunyai etika kerja dan tanggungjawab yg besar utk mendidik anak bangsa,. tidak wajar bagi ibu bapa utk menyalahkan pihak guru sahaja apabila berlaku permasalahan tanpa mendengar dan mengkaji hujah drpd kesemua belah pihak..
sudah lama guru hilang taring..tidak dihormati...puncanya...terlalu menjaga hati ibu bapa...undi punya pasal...nutp pun kalau isu sebegini hanya membisu saja...akhirnya yang jadi sekarang ini...guru bekerja dengan murid!!!
Bacaannya cukup mudah kerana pemimpin melayu yang ada sekarang terlalu lemah. Lihatlah baik umno pas pkr akan berlumba lumba untuk menyatakan sokongan kepada kaum lain jika berlaku sedikit masalah yang disebabkan oleh kaumnya sendiri. Yang terbaru kita lihat penglibatan mahfuz dan nurul izzah dengan dong jiong
begitu juga dgn nawawee sebab akan disokong nazri aziz. Semua atas nama nak undi.
Post a Comment