Sunday, June 18, 2017

Anwar tetap mapan dalam berpolitik

ULAS ISU

Penarikan dicalon jadi PM suatu pengorbanan Anwar.
Anwar Ibrahim terus kekal dan mapan dengan keputusan dan penghuraian politik yang kemas, munasabah dan bijaksana. Dari mutu politiknya inilah meletakkan beliau terus atas podium politik yang boleh memberi kedamaian setiap orang mendengar.

Setiap keputusan dan kenyataan-kenyataan politiknya bukan sahaja lunak tetapi dapat menyelesaikan masalah. Ada bobotnya. Inilah melayakkan dia menjadi pemimpin dan penggerak minda ummah, maha guru politik dan sifat ini patut dipelajari oleh para ahli politik khasnya para pemain baharu.

Tengok dalam para pemimpin parti pembangkang yang sudah setongkol dalam Harapan namun terus bergeseran dan mempersoalkan mengenai siapa yang harus jadi pengerusi dan penasihat komponen yang masih belum diluluskan itu, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menuntaskan polimek itu.

Kenyataannya agak berat untuk dilakukan tetapi demi kesejahteraan politik dengan mudah beliau lakukan; beliau mengumumkan tidak mahu dicadangkan jadi perdana menteri kalau pun Harapan menang.

Keputusan itu walaupun ditafsirkan sebuah sinikal tetapi ianya tepat dalam situasi hari ini demi Harapan mendapat sokongan rakyat dan meraih kemenangan. Dari dalam penjara Anwar dapat merasai bahawa isu jawatan PM itu kini sedang diperdebatkan sedangkan ia tidak patut didebatkan.

Apabila beliau membuat keputusan itu mungkin Anwar tidak mahu berulang peristiwa di ambang Piraum ke-13 lalu berulang di mana namanya sebagai calon PM Pakatan Rakyat ditukar saat-saat akhir dengan nama Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertukaran mengejutkan itu sudah merubah mood rakyat dan beliau sendiri untuk menghadapi pilihan raya, suatu aksi yang tidak bijak sama sekali. Penukaran itu dilakukan oleh parti agama (Pas).

Anwar bukan tidak sedar mengenai harapan orang ramai kepadanya, untuk memimpin negara ini, sedar. Tetapi beliau rela berkorban untuk kemenangan Harapan. Tindakan itu menunjukkan beliau tidak gelojoh dan ghairah untuk berebut menjadi perdana menteri. Anwar memahami keadaan tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Inlah bijaknya Anwar.

Kalau pun beliau menarik diri untuk tidak menjadi PM, tetapi dengan apa yang beliau lakukan selama ini selepas terkanyal dari Umno, dan aspirasi diberikan kepada rakyat selama ini bahawa dialah yang tanggung menjadi PM. Malahan Dr Mahathir Mohamad yang kini diangkat dan disebut-sebut akan menjadi PM sementara tahu akan hakikat itu dan juga kebolehan yang ada kepada Anwar.

Kerana itu keputusan mengejutkan dari Anwar itu dibuat kerana dia berjiwa besar dan berpandangan jauh serta dapat menghidu masalah sedang berlaku maka dia sedia melaku sesuatu asalkan baik. Anwar faham mengenai pergeseran di kalangan pembangkang waktu ini berhubung siapa patut dan tidak patut diangkat megang jawatan dalam komponen Harapan yang ianya adalah isyarat kepada jawatan nombor satu negara itu dan bakal menguasai Harapan.

Kerana itu beliau merendahkan diri untuk tidak ikut "berselingkuh" dalam perebutan itu maka beliau menawarkan untuk tidak menjadi PM.

Jelas dan nyata tindakan Anwar itu kerana beliau meletakkan kesejahteraan Harapan mendahului kehendak dirinya dan juga idaman para kelompoknya. Baginya kemenangan Harapan lebih penting dari segala-galanya. Walaupun di hatinya mengidam jawatan itu kerana sebab-sebab dan alasan tadi, tetapi cara Anwar itu menunjukkan pengorbanan darinya. Inilah sebaik-baik amalan dan sunnah diikuti. Semua orang perlu menghayati cara Anwar berpolitik.

Adalah diharap dengan keputusan Anwar itu maka berakhirlah polimek dan perbalahan mengenai siapa yang akan diangkat sebagai PM sekiranya Harapan menang. Kerja yang patut ditala oleh semua pemimpin Harapan ialah berusaha mendapat sokongan rakyat dan menjatuhkan Najib Razak.

Mentafsir tindakan Anwar itu apakah beliau berbuat begitu sesudah menerima nasihat dan pandangan yang diberi seseorang kepadanya sebelum ini. Kalau benar begitu ini bermakna Anwar bukanlah seorang yang tidak boleh diajar dan diberi petunjuk. Khabarnya sebelum ini ada ada seseorang mendatangi Anwar dan memberi pencerahan dan meminta beliau mencari formula untuk menyelesaikan polimek berkenaan.

Semoga dengan kenyataan terbaharu Anwar itu yang merupakan suatu mesej jelas ia akan menyelesaikan "kemarut" untuk jadi perdana menteri dalam saat kuasa masih belum ada. [wm.kl.12:20 t/hari 18/06/17]

4 comments:

kluangman said...

Inilah permainan, gurau senda politik Anwar dan Mahathir dalam memberi kesatuan hati kepada semua pemimpin komponen.

Apabila beliau berjiwa besar, meenolak, maka makin tinggilah saham nya untuk layak sebagai PM sehingga yang ada betcinta cita pun malu alah dan memberi laluan kepadanya.

Kerisauan Tun sebagai PM sementara memang ujud dan api kecil ini telahpun dipadam oleh seloka Anwar.

Dalam ertikata lain, jika Anwar sanggup berkorban, apakah Mahyuddin tidak boleh bijaksana melangkah setapak ke belakang dan berhemah.

MAT NASIR BIN ISMAIL said...

Terharu...

azrul adhar said...

Ini lah kehebatan & keunggulan Anwar berbanding ahli politik lain..sedih jugak bila anwar menarik diri dr jawatan PM,sedangkan Anwar lah yg paling layak utk jwtn PM malaysia

mahligai seni said...

Salam.

Pemimpin yang berkualiti sangat berbaza dalam tindak-tanduknya. Itulah yang perlu kita pelajari. Syabas DSAI!

Wassalam.