Wednesday, June 21, 2017

Dalam kes profil tinggi penjawat awam kena, orang politik lepas

SUSUPAN PETANG

Bekas pengerusi FGV Mohd Isa Samad bersama isteri hadir ke pejabat SPRM hari ini. Tidak dipasti beliau hadir atas kapasiti orang tersangka ataupun sebagai saksi. Sebelum ini pihak SPRM kata ia akan memanggil lebih 40 saksi untuk memberi keterangan berhubung isu pergolakan dalam FGV -- pertembungan antara pengerusi Isa Sama dengan CEO, Zakaria Arshad.

Berpandukan kepada sejarah masa lampau, saya tetap yakin orang politik yang terbabit dalam pertembungan itu akan selamat sebaliknya penjawat awam akan dikenakan tindakan. Sama ada diheret sebagai tersangka ataupun sekurang-kurang tindakan disiplin, dipecat.

Kita sudah mangli menyaksikan kes-kes begini bila mana berlaku pergolakan dalam apa-apa badan atau syarikat kerajan hatta di kementerian sendiri antara penjawat awam dengan menteri -- orang politik, di mana ia berakhir penjawat awam menjadi mangsa.

Kerana sejarah itu juga menyebabkan pejawat awam yang sering menjadi mangsa, berhati-hati untuk membuat apa-apa laporan berkaitan salah laku orang politik dalam badan-badan berkenaan. Phobia itu juga menjadikan penjawat awam takut untuk membuat laporan atau pun melawan orang politik.

Situasi itu semua menunjukkan politik tetap menguasai badan-badan seperti SPRM yang dikatakan bebas itu.

Tidak perlu diturunkan bukti mengenai hakikat ini kerana kita semua sudah mengetahui sejarahnya. Baik di zaman Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi atau Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri semua ada rekod busuk dan tidak bermoral berkenaan. Di zaman Dr Mahathir kertas pertuduhan untuk seorang menteri kanan sudah disiapkan tetapi akhirnya ia dibatalkan.

Di zaman Dr Mahathir ada seorang menteri disiasat oleh SPRM dituduh terlibat dengan rasuah, akhirnya yang disiat kereta mewah milik menteri itu sebalik menteri berkenaan dibebaskan dibebaskan di zaman Abdullah bahkan dilantik menjadi orang besar.

Dalam kes membabitkan Isa Samad ini maupun terbaharu Annuar Musa di Mara kita tunggulah keputusannya nanti, apakah ia mengikut jejak kes-kes sebelum ini. Bagi saya, saya sangat yakin mereka disucikan kerana itulah cara dan amalan diamalkan oleh kerajaan Najib Razak. [wm.kl.12:06 pm 21/16/17]

1 comment:

lelaki dicermin said...

Memang betul tu tuan mso.. pernah berbual dgn saudara org umah. Dia seorg ketua setiausaha sebuah kementerian. Skg sudah bersara Rupanya dlm suatu projek atau peruntukkan mesti kebenaran ketua setiausaha kementerian berkenaan. Arahan dr menteri..kesahnya bila sesuatu kes mahkamah.. mahkamah akan ambik kira yg tandatangan surat kebenaran projek tu..bukan siapa yg mengarah projek tu..projek yg selalu yg melibat ketua setiausaha berpuluh2 juta ringgit.. agaknya memang menteri selalu kena cari ketua setiausaha yg sekepala. kalau kSN tidak mengubah peraturan tu spt yg tuan MSO muskilkan tak tahulah..memang KSN sengaja meniaya org2 bawah
Lagi satu nak cerita..dulu ada seorg setiausaha wanita baru dpt kerje kat opis org umah. Dia cerita pengalam dia kerja di bangunan umno. Dia kerja sebagai setiausa seorg pemimpin umno.. kalau sebut satu malaysia kenal.. yg dia terkejut setiap arahan kerja.. yg di tulis tangan di bawah surat tu gunakan pensil...sedangkan dia yg telah bekerja 3 majikan sebelum ni.. semua arah kerja tu gunakan pen..kwn org umah ckp.. memang selalu SPRM dan polis jumpa pemimpin umno tu..utk selesaikan kerenah.. pimpinan umno dlm malaysia...dr 2 cerita kawan org umah tu faham kita..permaian umno ni... kalau cerita kat pakcik2 dan makcik2 kat kg dan felda sah2 dia org tak faham...