Thursday, July 27, 2017

Bantu Rafizi seperti bantu rakyat dan negara

SUSUPAN PETANG

Semalam Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli (foto) membuat rayuan awam untuk mendapatkan derma bagi membantunya menyelesaikan bayaran ganti rugi dan kos berkaitan satu kes saman dihadapinya dengan syarikat "Lembu Gemuk" (NFC). Ahli parlimen Pandan itu memerlukan RM300,000 untuk melunasinya bagi mengelakkan dia diistyharkan muflis.

Beliau sudah mendapat surat perintah dari mahkamah agar melunasinya, walaupun kes itu masih dalam peringkat rayuan. Doakan semoga rayuan berjaya dan wang RM300 ribu itu tidak melayang.

Tindakan Rafizi itu sudah viral di laman sosial dan mendapat berbagai reaksi daripada orang ramai dengan segala macam komen dan kritikan. Mereka yang bersimpati dan kagum dengan keberanian Rafizi, tidak cakap banyak terus sahaja hulur derma. Manakala yang anti Rafizi dan pembangkang (di UBN) mempertikaikan tindakan Rafizi itu sebagai menyusahkan rakyat.

Saya juga ikut sama memberi singgungan dalam Facebooks dan ia mendapat pelbagai reaksinya, pro dan kontra. Ada yang marah-marah kepada saya kenapa membuat status berkenaan yang dianggap semacam tidak bersimpati dengan Rafizi. Status saya bagi yang kurang bijak akan marahkan saya, tetapi yang dapat membaca kilau dalam kilat, dapat mendengar talun dalam bunyi akan tahu maksud dan tujuannya.

Saya tidak berkecil hati dengan komen-komen yang kurang manis terhadap saya bersabit isu Rafizi dan dermanya itu. Apa yang penting maksud saya menghantar status itu telah mencapai tujuannya. Saya mahu melihat sejauh mana kesedaran dan kepekaan awam dalam kes-kes melibatkan Rafizi begitu. Mahu tahu secepat mana mereka bangkit membela Rafizi. Nampaknya ia memberangsangkan.

Di sini saya tidak mahu menghurai apa yang tersembunyi daripada staus saya dalam Fb mengenai tindakan Rafizi itu. Ketahuilah sendiri dan selaminya maksudnya. Apa yang hendak diperkatakan di sini, memberi pencerahan kepada umum mengenai tindakan Rafizi itu.

Rafizi memang tidak seorang yang kaya raya seperti kebanyakan wakil rakyat Umno atau ketua-ketua bahagian. Atau sekaya ketua Pemuda Umno, atau ketua Puteri atau naib-naibnya. Dia tidak mudah memiliki wang sebanyak itu untuk membayar ganti rugi itu.

Dia juga tidak ada God Father yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkannya. God Father dia ialah rakyat semua.

Angka itu sangat besar baginya. Tetapi ia bukan suatu yang bukan sukar untuk dikumpulnya. Saya percaya simpati orang ramai kepadanya, terutama mereka yang terpesona dengan gaya kepimpinan dan hormat kepada keberaniannya, sudah pun menghulurkan derma yang dibutuhkan itu. Mungkin angkanya sudah pun melebihi daripada mencukupi. Boleh jadi ia sudah mencecah RM 1 juta atau lebih?

Kalau presiden Amanah Mohamad Sabu yang menghadapi masalah sama apabila mahkamah memerintahkan membayar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM500,000 hanya dalam masa dua minggu sahaja, masakan sukar untuk Rafizi mendapat derma sebanyak itu.

 Pengikut dan penyokong Rafizi di kalangan anak muda yang berwang, berjiwa kental lebih ramai daripada Mohamad Sabu.

Apabila Rafizi membuat rayuan itu, saya tidak melihat kepada kesusahan yang dihadapinya. Dia boleh menggadai mana-mana aset yang dimilikinya bagi mengelakkan dia dimufliskan. Apa yang kena faham dan ini saya ingin saya tekankan, motif beliau membuat rayuan itu ialah mahu melihat sejauh mana daya pengorbanan rakyat untuk membela apa yang beliau lakukan selama ini. Ini kena difahami, bukan dilihat kepada kesempitannya.

Tindakan itu juga memberi mesej kepada organisasi yang disertainya sendiri, PKR. Apakah partinya tidak mempunyai tanggungjawab menyelesaikan apa jua masalah dihadapinya. Rafizi berbuat itu bukan wewenang melainkan membawa aspirasi perjuangan PKR. Maka wajar kalau PKR yang kini sudah menjadi tonggak kerajaan di Selangor dimana para pemimpinnya "lega" menyilau masalah dihadapi Rafizi itu.Beban terpikul di bahu Rafizi hendaklah dijinjing sama oleh partinya.

Lainlah kalau ada orang tertentu dalam partinya sendiri suka dan gembira dengan apa yang dihadapinya itu. Kita tidak tahu apakah bayaran guaman yang digunakan Rafizi untuk membelanya dalam beberapa kes dihadapi dibiayai oleh partinya atau ia dibuat sukarela oleh peguam atau atas tanggungan Rafizi secara sendirian berhad.

Beberapa pembongkaran dan pendedahan yang lakukan semuanya bertaraf 5 (lima) bintang. Calang-calang anak muda yang genius dan seberani Rafizi sanggup melakukan "harakiri" dengan perjuangan. Semua kasus dihadapinya bernilai lebih daripada RM300,000. Beliau telah menjadikan dirinya sebagai lilin untuk menerangi rakyat dan negara. Jadi sapabila beliau terbuka mulut mengatakan tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu, haruslah ada ribuan tangan menghulurnya.

Dari segi logik, melihat kepada komitmen dan keberaniannya mendedah skandal demi skandal sebenarnya tidak pun perlu daripada rakyat untuk membantu Rafizi. Cukup seorang jutawan yang tidak betah melihat kerajaan Najib sahaja menyelesaikannya. Namun bukan wang yang utama disebalik rayuan itu tetapi sokongan dan mahu menguji sejauh mana semangat rakyat terbakar dengan perjuangannya.

Berapa jumlah wang yang dikutip nanti, memberi gambaran itulah sokongan dan kuasa rakyat. Jumlah itu nanti akan diterjemahkan sekuat mana rakyat membenci kemungkaran kerajaan dan sedia meruntuhkkan kekuasaanya. Makanya anda dan kita semua kena buktikan bahawa kita bersam Rafizi dalam perjuangan membela rakyat dan menjatuh kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Razak laki Rosmah Mansor.

Lebih besar wang itu dipunggut, ia memberi petunjuk lebih besar dan meluas sokongan rakyat kepada Rafizi dan penentang kerajaan menerusi demokrasi. Sokongan itu menjadi simbolik dan mesej rakyat untuk nyahkan Najib dari persadan tahta. Jumlah derma itu juga nanti akan dijadikan lambang kekuatan rakyat untuk melakukan korban menjatuhkan kerajaan UBN dalam pilihan raya akan datang.

Mungkin dalam kontkes ini orang mudah memberi wang tetapi sukar memberi undi. Apa yang dituntut dengan segala macam dan masalah dihadapai Rifzi bukan mutlaknya bantuan kewangan, tetapi sokongan dan undi. Undi dan sokongan itulah yang membebaskan Rafizi daripada segala macam tindakan yang dianggap zalim ke atasnya itu.

Selagi kerajaan yang sedang diusaha dirobohkan Rafizi ini masih tegak gagah maka selama itulah perjuangan Rafizi membakar diri sendiri sehingga menjadi rentung pun tidak akan memberi apa-apa makna dan ertinya. Nah, setiap orang yang menghulur derma untuk Rafizi perlu berasakan mereka memasang niat untuk menjatuhkan kerajaan juga.

Wang yang lebih daripad keperluan Rafizi itu sudah pasti akan digunakan untuk menggerakkan aktiviti di bawah badan kendalinya untuk menumbangkan kerajaan UBN. Dan dalam pada itu jangan sahaja kita terpandang kepada nasib malang Rafizi yang mulia itu, tetapi perlu juga menjenguk kepada pihak-pihak lain. Makanya kalau ada pihak lain juga membuat seruan derma jihad atas maslahat hendak memperjuangkan menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kleptokrasi bantulah sesuci hati.  [wm.kl.6:23 pm 27/07/17]

1 comment:

Unknown said...

Sy yakin..ramai rakyat malaysia yg cinta keadilan..harap rakyat yg menyintai keadilan tapi tak mampu menonjol seperti Rafizi dpt membantu sedaya mungkin..