Sidang akhbar Ketua Pemuda PBBM (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) hari ini yang mendedahkan macam mana beliau disogok RM5 juta serta ancaman agar meninggalkan parti PPBM suatu peristiwa yang membanggakan kita.
Penolakan Syed Saddiq dengan sogokan itu serta tidak gentar dengan ancaman memberi tahu kepada kita bahawa masih ada anak muda berintegriti sepertinya.
Selain disogok wang Syed Saddiq juga mendedahkan ada ugutan oleh pihak tertentu untuk mendedahkan masalah peribadi keluarganya. Beliau mendakwakan perkara itu dilakukan oleh suatu konspirator bersistemetik.
Namun beliau tidak mengendahkan itu sebaliknya mencabar sekiranya keluarganya diganggu beliau akan bertindak balas dengan mendedahkan individu bertanggungjawab.
Syabas untuk Syed Saddiq.
Kalau kita mempunyai banyak anak muda seperti ini pasti Malaysia di masa depan akan selamat. Kedurjanaan jenayah rasuah, sogokan, politik ugut yang sangat keji seperti itu akan berkurangan. Negara sangat bergantung kepada anak muda berakhlak seperti Syed Saddiq yang mewarisi kegemilangan tokoh legenda Hang Nadim.
Jika sebelum ini kita teruja dengan cara politik Mohd Rafizi Ramli dan keberaniannya tanpa menghiraukan nasib badan, kini kita bakal memiliki seorang lagi wira sepertinya. Belang ditunjuk Syed Saddiq ini tampak akan mengikut jejak langkah Rafizi. Kalau ini sampai ke akhirnya, maka benar apa kata Suharto, berikan aku 10 lelaki perkasa aku akan goncang dunia ini.
Malaysia yang diperintah Najib ini hanya akan bisa digoncangkan oleh anak-anak muda profesional, bukannya golongan lebai kelarah dan ustaz juz amma.
Di sini bukan untuk saya meletakkan Syed Saddiq teranggun dewasa ini. Tetapi apabila kita membandingkan beliau dengan beberapa anak muda seusianya bahkan lebih berumur darinya sebelum ini, tidak syak untuk kita mengangkat Syed Saddiq sebagai wira dan pejuang kerana bangsa.
Sebelum ini berapa ramai anak muda tewas sebelum pun ombak dilautan juang mendebur kerana kerana dihulurkan wang ringgit. Tidak pun sampai jumlah jutaan ringgit, hanya ribuan sahaja mereka sudah rebah dan lemas untuk bertukar arah menjadi harimau serkas yang kelaparan.
Perkara ini boleh diperhatikan kepada anak-anak muda yang menjulang tangan mengangkat melafaz sumpah keramat Pemuda di era Reformasi dahulu, apa jadi dengan mereka. Sebahagian besar rebah dan lelah dijalanan kerana terpedaya dengan sogokan. Setengahnya bukan pun dapat apa-apa tetapi cukup hanya menelan janji. Sang ketuanya hari ini jadi semacam anjing yang kukunya terkena sebayam mencari perteduhan baharu.
Paling menyedihkan lagi ada anak muda berkopiah yang menukar prinsip parti dan sedia menjadi gunting dalam lipatan, atau jurucakap musuh hanya kerana mendapat ehsan dari seorang jutawan menukar keempat-empat buah tayar kereta pancuan empat rodanya. (Ini rahsia).
Sekali lagi syabas, dan PBBM bertuah kerana memiliki pemuda bersemangat dan beketrampilan Hang Nadim seperti Syed Saddiq. [wm.kl.8:27 pm 02/10/17]
5 comments:
Pendirian yang wajar dibanggakan oleh seluruh rakyat negara ini
SYABAS,Syed sadiq,anak muda yg tabah,menghadapi laluan politik malaysia yg penuh dgn rasuah , soggokan dan ugutan.
Anda dikira setaraf dgn apa dilalui oleh Rafizi.
Semoga ALLAH memberikan anda KETABAHAN dalam perjuangan.
Suara anak muda suara KERAMAT.
Wassalam.
Terkedu 3 org pengasas PBBM yg kuar parti. Bila dengar sidang akbar anak muda ni.. Kalau 3 org berfikiran matang dan jauh.. Dari psikologi.. Org malaysia akan teringat kenapa 3 org pengasas ini keluar parti.. Yg heran alasan 3 org alasan sama je..PBBM sudah lari dr landasan
Pertama bukan Suharto tetapi Sukarno
2. Sikap Syed Sadiq ketika ini harus dipuji tetapi berapa lama beliau boleh beristiqamah dengan sikap itu. Penilaian sebenar dan yang melambung2 tiggi harus diberi jika beliau boleh bertahan sehingga beliau pencen dari dunia politik.
Merujuk kepada komen Ramli Abdul Samad, pujian untuk Saddiq untuk ini. Untuk masa akan datang kita tidak pasti. Bagi saya dia berhak menerima sanjungan dengan apa yang dibuat ketika ini. Seperti mana sanjungan saya kepada Dr Mahathir waktu ini, tetapi tidak sebelum ini. Walahu’alam.
Post a Comment