Thursday, January 4, 2018

IDE tidak berstrategi?

ULASA RASA

Berbagai badan atau institusi kajian dan penyelidikan wujud zaman ini yang menjadi pemantau atau pun untuk mengkaji sikap dan kecenderungan pengundi serta membuat hipotesis daripada berbagai sudut gunanya untuk memberi maklumat awal kepada umum dan pihak tertentu.

Institusi itu ada wujud secara private diusahakan oleh para pengkaji dan penganalisa politik yang kemudian menjadikan badan itu sebagai pintu mendapat rezeki. Mereka akan sedia untuk diupah oleh mana-mana pihak. Dapatan mungkin adil dan benar, tetapi apa yang didedahkan hasil daripada kajiannya cederung kepada pihak yang melantiknya.

Selain itu ada juga badan pengkaji ini dibentuk oleh pihak kerajaan dan berkuasa sendiri. Boleh dikatakan seluruh kerajaan negeri mempunyai badan pengkaji sendiri yang selalunya juga bertindak sebagai badan strategi. Ratusan ribu bahkan jutaan ringgit dikeluarkan untuk tujuan ini.
Salah satunya ialah negeri Selangor, ada IDE yang dikepalai Dr Mohamad Redzuan Othman Timbalan Naib Cancelor UNISEL.

Peranan IDE ini adalah jelas untuk Selangor, tidak menjadi masalah kerana itu satu instrument yang perlu wujud bagi sebuah negeri seperti itu. Tetapi apa yang sedikit "rewelnya" apabila badan ini lebih cenderung untuk menghasilkan kajian mengikut kepala dan naluri individu yang menaunginya sahaja. 

IDE khasnya Redzuan selalu mengatakan beliau jujur dan telus dalam membuat kajian. Mungkin benar, tetapi dia adalah bukan seorang strategis yang mendukung kebersamaan. Maksudnya apa yang didedahkan tidak menguntungkan kebersamaan (baca PH), tetapi lebih untuk memberi gambaran buruk kepada sesuatu pihak agar mengikut kehendak penaungnya. Ini masalah dengan IDE dan pengendalinya ini.

Terbaharu IDE telah mendedahkan hasil kajiannya mengenai kedudukan dan peluang parti politik di Selangor. Menurut hasil kajiannya BN dijangka akan menang mudah 20 kerusi Dun, DAP boleh menang 15 kerusi dan PKR 12 kerusi manakala Pas 9 kerusi. Apabila Amanah dan PPBM tidak disebut bermakna IDE meletakkan parti baru itu tidak memenangi apa-apa kerusi. Boleh dimaafkan lagi kerana asas kajian itu kepada Piraum lalu dimana Amanah dan PPBM tidak mengambil bahagian, maka ia tiada dalam minda Redzuan.

Persoalannya untuk apakah kajian itu didedahkan. Kepada siapakah ianya dihulur untuk respon kepada kajian sebegitu? Apakah ia hendak menunjuk darjat akademis yang dimilikinya. Kenapa IDE tidak membuat kajian berasaskan latar realiti hari ini dengan ada Amanah dan PPBM di Selangor dan mencungkil kesan daripada situasi itu. Dapatan berasaskan realiti itu dilihat lebih adil dan munasabah dan membantu.

Mungkin mesejnya untuk memberi kesedaran dan tindakan berdasarkan dapatan itu. Tetapi ia masih "sengit sebelah" apabila meletakkan PAS akan menang mudah 9 kerusi daripada 15 kerusi. Dari manakah kekuatan yang ada kepada Pas yang dikesan IDE? Dapatan ini bertentangan dengan pendapat umum rata-rata mengatakan Pas hanya boleh menang satu kerusi di Bangi sahaja.

Demikian juga dengan kemampuan PKR mendapat 12 kerusi itu, kurang menyakinkan dan menampakkan dapatan itu sedikit membodek dan lebih menyedapkan hati MB Selangor Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR bos kepada IDE. Apakah IDE tidak melihat dan mengambil kira keegoisan Azmin di Selangor yang sedikit sebanyak membekaskan kepada PKR?

Makanya pendedahan IDE itu mempunyai beberapa niat. Pertama untuk memberi gambaran Umno dan Pas dalam keadaan baik, dan dengan itu pihak menentangnya harus berwaspada. PKR dan DAP juga dalam keadaan baik. Kewujudan Amanah dan PPBM tidak memberi apa-apa kesan politik kepada ketiga-tiga parti itu. Dapatan ini samalah seperti apa pernah didedahkan oleh seorang rakan IDE, kononnya Amanah hanya mendapat sokongan rakyat 1% sahaja yang mana dapatan itu berniat busuk dan jahat serta menimbulkan kemarahan.

Bagi saya, kajian IDE itu tidak membantu dan pendedahan yang didakwa sebagai terbuka dan ikhlas sebenarnya ada tersemat naluri tidak baik di situ. IDE bukan badan kajian yang berhemah dan berstrategi. 

Sebuah badan kajian bukan pemberi semangat tetapi melemahkan semangat dimana kewujudannya lebih baik tiada daripada ada. Dalam jiwa IDE lebih kepada akademik bukan politik yang penaungnya kerajaan negeri dimana fungsinya boleh dipertikaikan. Yang lebih diharap daripada kajiannya IDE perlu mengemukakan solusi dan jalan keluar dari kesempatan yang ditemui. Trims. [wm.kl.9:17 am 04/01/18] * Perkongsian dari Fb.

9 comments:

Unknown said...

Kalau dikedai kopi pelanggan akan komplen kopi kurang gula maka tuan kedai akan berusaha untuk menyedapkan kembali air kopi tersebut...

Unknown said...

Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Harapan akan hanya tinggal angan2 sekiranya PH gagal untuk dijadikan wadah yang menyatupadukan semua pihak terlibat.Kekuatan BN pada kesatuannya bukan pada parti2 tertentu....

Pok Li said...

IDE dinaungi Azmin. Politik Azmin ni memeningkan. Yang pasti Azminlebih kepada menjaga periuk nasi beliau daripada persepakatan dalam PH.

Saya lebih percaya kepada kajian INVOKE yang tampaknya lebih proffessional walaupun ia dinaungi oleh Rafizi yang juga seorang politikus.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Setiap kajian tu ada hadnya. Macam kita buat experimen. Kalau terlalu banyak faktor faktor diambil kira konklusi dari experimen itu menjadi kabur. Kita tidak tahu faktor mana yang lebeh penting and dan yang mana tidak penting.

Tujuan kajian ini seperti yang ditegaskan berkali kali olih Prof Rezduan hanya mengambil kira faktor dari persempadanan semula sahaja. Faktor faktor lain seperti adanya Amanah dan PPBM dll tidak diambil kira langsung. Kaedahnya ialah dengan menggunakan data pengundian sebenar PRU 2013. Maksudnya jikalau PRU berlaku sekali lagi dan pengundi-pengundi mengundi 100% sama macam mereka mengundi PRU2013 tapi dengan persempadan baru ini, apakah hasilnya.

Kajian itu jelas menunjukkan yang persempadan semula ini memihak kepada BN. Kita semua tahu yang BN melakukan gerrymendering untuk memenafaatkan diri sendiri sejak dari dulu lagi. Kajian IDE ini mengesahkannya.

Tetapi dengan adanya faktor faktor lain sekarang, berpecahnya pas dengan adanya Amanah, berpecahny Umno dengan adanya PPBM, faktor TDM menarik orang orang melayu, TDM and Anwar berbaik semula, dll, apakah ianya masih memihak kepada BN? Ini yang menjadi persoalan besar. Tak ada siapa yang dapat pastikan. Siapa tahu mungkin dengan faktor faktor lain ini persempadan baru ini sebenarnya akan back fire iaitu ia sebenarnya lebeh merugikan BN sendiri dan memihak kepada PH.

Unknown said...

Kajian mesti memberi gambaran sebenar walaupun pahit...mudah je nak faham.

Mat Safian said...

Sy agak berbeza pndangan dgn pak sayuti. Kajian yg dibentang itu menunjukkan strategi BN dlm persempadanan semula adlh berasaskn data PRU13. Plan persempadanan BN tidak bermula tahun lepas, ia bermula selepas PRU13 dan mensasarkan kemenangan pd BN. Tetapi pd 2015 dan 2016, sblm sempat persempadanan di usulkan, AMANAH dan PBBM telah wujud.

Ia merisaukan pihak BN khususnya dgn wujudnya PBBM. Maka plan B ialah menggagalkan penubuhan PBBM dan melambatkan pendaftaran PH. Jika nak ulang semula kiraan statistik Persempadanan Semula dh agak lambat. Memakan masa berbulan2, itu pun belum tentu menang.

Pd saya, pembentangan itu cuba mendedahkan misi BN dlm persempadanan semula semula wujudnya Amanah dan PBBM.

Asrul Sani said...

The pertinent point here is that why this Research Centre failed to mention about PBBM and AMANAH.....where do these two new parties stand... kalau semuanya diramalkan kalah katakan saja dan jelaskan di atas faktor apa kesimpulan tersebut dibuat. Deyyyy...yang buat kajian tu diketuai oleh professor....jangan lah bersifat kangkong pulak...kita tahu la semua orang mau cari makan...

Asrul Sani said...

Saya telah meneliti ucapan penuh Dato Redzuan Othman IDE. Saya menarik balik komen saya di atas kerana ternyata scenario yang digunapakai adalah andaian tiada pertandingan tiga penjuru. Hakikatnya perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan lagi dengan keluarnya PAS dari barisan pembangkang. PAS mungkin bungkus di Selangor, namun kewujudan PAS dalam pertandingan 3 penjuru akan memberi kelebihan kepada BN di beberapa kawasan. Kita tengoklah nanti.

Unknown said...

Sebagai orang berilmu dan bertanggungjawab jika tidak mengikuti pembentangan secara langsung dengarlah dulu penjelasan yang diedarkan melalui YouTube. Bukan hasrat saya untuk mendapat disokong atau tetapi biarlah berhujahlah secara sihat dan bertanggungjawab bukan menghina. Saya tak kenal saudara tetapi menghina saya kerana satu perkongsian adalah satu kebiadapan. Saya boleh simpan sahaja kajian yang dibuat tanpa perlu dikongsi tetapi saya tegaskan pada awal pembentangan tentang keperluan political education Yang ingin dikongsi. Malang sekali masih ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti saudara yang masih ketinggalan dalam adab berilmu. Sudahlah malas mendengar tetapi apabila menilai cenderung membuat komen secara membabi buta.