Monday, October 30, 2023

Pembangkang terus tergugat?

SUSUPAN MALAM

Iskandar Zulkarnain
HARI ini seorang lagi ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim.
Kali ini ahli Parlimen dari Sabah, Suhaili Abdul Rahman (Bersatu - PN) mewakili kerusi Labuan. Sebelum ini ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Zulkarnain  Abdul Khalid telah mengumumkan sokongan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan. 

Alasan diguna pakai Suhaili, sama dengan alasan dibuat oleh Iskandar Zulkarnain mereka menyokong kerajaan demi rakyat yang diwakilinya. Dalam erti kata lain mereka mengorbankan sokongan kepada parti demi rakyat. Kedua-dua mereka menang atas tikit Bersatu (PN).

Suhaili Ab Rahman
Iskandar Zulkranain juga merupakan ahli Parlimen Bersatu (PN). Dengan sokongan Suhaili itu kini suara menyokong kerajaan di Parlimen 149 kerusi, melebihi majoriti dua pertiga. Rupa-rupanya tindakan ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang menarik sokongan kepada kerajaan ada hikmah tersendiri apabila ia diganti dua orang ahli Parlimen oposisi menyokong kerajaan. Tindakan Syed Saddiq nampaknya tidak diteladan oleh ahli parlimen pembangkang.

Difahamkan tindakan menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan itu tidak terhenti di situ sahaja.Selepas ini akan ada lagi ahli parlimen pembangkang akan berbuat tindakan sama. Sekurang-kurang ada dua orang lagi ahli parlimen yang sedang stand by akan mengambil langkah sama. Mereka dikatakan sedaang mempertimbangkan untuk berbuat demikian, cuma mengambil sedikit masa kerana ingin mengelak akan disalah anggap oleh parti mereka.

Difahamkan salah seorang ahli Parlimen itu dari negeri Pantai Timur dimana beliau kini dikatakan menghadapi masalah kewangan untuk memajukan kawasan mereka wakili.

Ahli parlimen yang mengambil tindakan menyokong kerajaan adalah demi kesejahteraan kawasan dan rakyat mereka wakilkan. Ia suatu tindakan bijak menunjukkan mereka meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada berpolitik "bersetia" dengan gabungan yang tidak dapat memberi apa-apa bantuan untuk rakyat.

Semoga langkah diambil mereka berdua, Iskandar Zulkarnain dan Suhaili akan diikuti oleh beberapa orang lagi wakil rakyat. 

Perkembangan demikian sudah tentu menyeronok dan menyenangkan perdana menteri Anwar, dimana ia secara tidak langsung menggambarkan beliau kian mendapat sokongan dari semua pihak termasuk yang sebelum ini berpihak kepada pembangkang. Rententan itu memberi gambaran yang pembangkang kini dalam keadaan tergugat, digugat oleh ahli parlimenya sendiri.

Dari sisi lain pula mereka tidak yakin dengan dakwaan pemimpin tertinggi mereka, Mahiaddin Yassin dan Abdul Hadi Awang yang terus terusan menjual mimpi kononnya kerajaan Perpaduan akan runtuh bila-bila masa.

Sesungguhnya politik mereka berdua itu adalah politik matang dan sejahtera dan Best. [wm.kl. 9:21 am 30/10/2023]

No comments: