MENJOLOK MENTARI
Saya ternampak print skrin muka depan sebuah akhbar memaparkan tajuk berbunyi "Tolak jawatan presiden", di samping tajuk itu tertera gambar MB Kelantan Ahmad Yakob. Mulanya terfikir jawatan presiden itu, ialah presiden parti agama (Pas). Lepas mengamatinya baharu faham, rupanya presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Kandungan berita itu seterusnya saya tidak baca lagi, apakah alasan atau sebab kenapa Ahmad Yakob tidak mahu memegang jawatan itu, kurang pasti. Penolakan beliau itu selari dengan pandangan timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini yang mengatakan Kelantan (Kerajaan), tidak berminat dengan bola sepak, apabila ada pihak menganjurkan supaya pemimpin Kerajaan menerajui Kafa.
Jawatan presiden Kafa menjadi isu apabila Annuar Musa telah melepaskan jawatan itu. Walaupun dipujuk dan didesak namun MP Ketereh yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia itu tetap enggan memegangnya lagi. Dia nampaknya berminat untuk memegang jawatan lebih tinggi, Presiden Persatuan Bola Sepaka Malaysia (Fam).