Showing posts with label Chin Peng. Show all posts
Showing posts with label Chin Peng. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Baik Atau Jahat Chin Peng Tetap Dikenang

BUKA RASA                                                                                             

Chin Ping terus menjadi perdebatan menandakan nama dan sosok itu ada di dalam diri dan minda rakyat Malaysia. Itu hakikatnya. Sama ada bayangan Chin Ping atau Ong Boon Hua itu hitam atau putih itu soal lain, ia terpulang ke atas orang yang menerimanya. Maklumat sejarah akan memberi jawaban dan memisahkan pandangan umum terhadapnya.

Chin Peng sudah pun meninggal pada 16 September lalu dalam usia 90 tahun di Bangkok. Detik itu sempena hari penubuhan Malaysia. Pemergiannya pada tempoh itu boleh ditafsirkan sebagai beliau tidak mahu mengikhtiraf kewujudan Malaysia pada 16 Septermber 1963? 

Kerajaan Malaysia sama sekali tidak memaafkan Chin Ping atas segala dosa-dosanya. Ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan, usahkan mayat, abunya pun tidak, dibawa ke Malysia. Polis di Raja Malaysia akan mengawasi sempadan bagi memastikan secebis abu Chin Ping pun tidak dibawa masuk.