Showing posts with label Sidang Dun. Show all posts
Showing posts with label Sidang Dun. Show all posts

Thursday, November 23, 2017

Ulasan ringkas sidang Dun Kelantan

ULASAN

Bermula awal tengah hari tadi hingga ke petang Dewan Undangan Negeri Kelantan mendengar penggulungan perbahasan ucapan Bajet 2018. Saya berkesempatan mengikutinya dari jauh penggulungan oleh beberapa Exco, TMB dan juga MB sendiri itu dari dalam kenderaan.

Tampaknya persidangan kali ini berjalan lancar dan tidak riuh randah seperti sebelum ini. Perbahasan dan penggulungan juga aman dan sedikit berisi. Apakah kerana disepanjang penggulungan itu, disebabkan kesemua 12 orang wakil BN dan wakil tunggal Amanah tidak ada dalam dewan? Jadi pencelahan dan gangguan-gangguan bertubi-tubi tidak berlaku maka keadaan ini memberikan peluang baik kepada wakil kerajaan menjawab dengan lenang?

Monday, January 24, 2011

Berita Dari Dun Selangor

DUN Selangor Panas

[kemaskini] Pindaan perlembagaan tubuh kerajaan Selangor yang dibentangkan hari gagal mendapat kelulusan dua pertiga. Ini bermakna keinginan kerajaan untuk pinda perlembagaan Perkara 52(1) Unsdang-Undang Tubuh Selangor tidak tercapai.

Pindaan undang-undang tidak dapat dilakukan sekiranya tidak memperolehi undi 2/3. Kerajaan memerlukan 38 undi bagi mencapai sasaran berkenaan. Kegagalan itu disebabkan semua Adun Umno menolak pindaan berkenaan.

Dari segi moral politik pindaan itu memalukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Apakah beliau akan mengambil risiko atas kegagalan itu dengan meletakkan jawatan? - MSO.

DEWAN Undangan Negeri (Dun) Selangor ketika ini masih hangat dengan perbahasan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor dalam urusan perlantikan pegawai eksekutif (SUK) negeri berkenaan.

Pindaan itu membabitkan Perkara 52(1) Undang-Undang Selangor 1959. Kata Menteri Besar pindaan itu untuk mengelakkan generasi akan datang tertanya-tanya mengenai perlantikan SUK siapa sebenarnya berkuasa.

Ucapan pembentangkan pindaan itu telah disampaikan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Selepas Khalid menyampaikan ucapan, ketua pembangkang yang baru, Satiman Diman mengambil bahagian. Pihak pembangkang telah menolak pindaan berkenaan dan menganggap kerajaan syok sendiri.

Perbahasan yang bermula di sebelah pagi disambung ke sebelah petang. Dijangka lewat malam ini Dewan membuat keputusan apakah pindaan itu diterima atau pun ditolak.

Sementara Ahli Dewan berbahas hangat di dalam dewan lain pula kejadian di luar Dewan. Dua puak datang membawa sepanduk berdemontrasi membantah pindaan berkenaan dan satu pihak menyokong pindaan berkenaan.

Bersambung malam nanti. [ttdi.kl 6:00 pm 24/01/11]