Wednesday, March 31, 2010

Prestasi Dan Usaha Sallahuddin Patut Dipuji
Pencuri Royalti Minyak Terus Membisu!

ROYALTI minyak untuk Kelantan terus diperjuangkan. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub (foto) tidak berputus asa terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan itu supaya dikembalikan tanpa banyak alasan. Di Parlimen hari ini beliau mendesak supaya Perdana Menteri, Najib Razak memberi penjelasan berhubung penggunaan istilah wang ehsan yang ditukar dari istilah royalti minyak.

Kata Sallehuddin penjelasan Najib mengenai perkara itu perlu kerana kenyataan beliau di parlimen sebelum ini mengelirukan. Pada 4 November tahun lalu Najib telah menyebut wang royalti ditukar kepada wang ehsan.

Sallahuddin serius meminta Najib memberi penjelasan itu, yang pada tanggapannya apa yang Najib lakukan itu satu penipuan atau pembohongan kepada dewan yang mulia dan tidak sepatut dilakukan. Sallehuddin memberi tempoh tujuh hari untuk Najib berbuat demikian.

Nampaknya ahli parlimen kini semuanya sudah mahir mengenai peraturan dan bidang kuasa mereka di parlimen. Semuanya berani mendesak tidak kira siapa termasuk ke atas Perdana Menteri. Sallahuddin menggunakan sepenuh kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Apa yang dilakukan Sallahuddin itu wajar dipuji. Mungkin pengundi Kubang Kerian perlu menilai prestasi dan keprihatinan Sallahuddin yang membanggakan ini. Tidak salah rasanya kalau Sallahuddin terus dikekalkan di parlimen Kubang Kerian sepenggal lagi.

Ahli parlimen yang berhemah, berpandangan jauh dengan sedia mendengar pandangan dan teguran seperti Sallehuddin inilah yang patut disokong dan diberikan peluang berkhidmat seluas-luas kepadanya. Saya rasa pengundi Kubang Kerian khasnya dan rakyat Kelantan umumnya tidak salah memilih Sallahuddin sebagai ahli parlimen mereka.

Bagaimana pun di sini, ingin saya melahirkan pandangan saya sebagai bukan ahli parlimen ini. Saya tidak fikir Najib sedia memenuhi permintaan Sallehuddin itu walaupun ia satu keperluan disegerakan. Isu royalti minyak sudah menular ke akar umbi di Kelantan. Usul persendirian

Sallahuddin untuk meminta parlimen membincang masalah itu ditolak oleh Speaker.

Saya yakin Najib akan menikus untuk menjawab desakan Sallehuddin itu. Seperti mana kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Najib berhak sama ada hendak menjawab ataupun tidak desakan Sallehuddin itu. Ulasan Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu menunjukkan Najib tidak akan menjelaskan perkara itu.

Dalam hal ini saya fikir, Sallahuddin tidak perlu sangat menyerang dan memaksa Najib untuk menjelaskan perkara itu. Sikap membisu Najib itu merupakan satu hukum alam ke atas perdana menteri itu. Apa yang Sallehuddin perlukan lakukan, kembali kepada pengkal dalam isu ini dengan melihat siapakah yang menukar istilah royalti itu kepada wang ehsan. Orang yang bertanggungjawab menukar istilah itulah yang perlu Sallahuddin serang.

Dari segi kronoloignya orang yang menukar istilah wang royalti kepada wang ehsan ini ialah bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (foto bawah). Beliaulah yang bertanggungjawab mencuri wang royalti ini kemudian ditukar dengan wang ehsan. Pencurian atau penukaran ini bermula apabila kerajaan Terengganu dirampas Pas dalam pilihan umum 1999. Apabila Pas menjadi kerajaan di Terengganu secepat kilat pencurian wang royalti itu dilakukan dengan menukarnya kepada wang ehsan.
Tujuan penukuran itu tidak lain dan tidak bukan kerana hasad dengki dan busuknya hati Dr Mahathir seorang perdana menteri terhadap kerajaan Pas pimpinan Abdul Hadi Awang.

Jadi apa yang Najib buat di Kelantan hari ini ialah meneruskan kerja jahat yang dilakukan oleh Mahathir. Sebagai presiden Umno, Najib tidak ada pilihan lain selain meniru modus oprandi Mahathir untuk menindas kerajaan Pas Kelantan. Jadi orang yang perlu dipersalahkan dalam pencurian ini ialah Dr Mahathir yang kemudiannya diteruskan pula oleh Abdillah Badawi.

Bagi saya saya Sallahuddin harus mendesak Mahathir dalam perkara ini. Saya fikir sewaktu bekas PM itu merasmikan NGO perkakas kepada sebuah parti dua tiga hari lepas, beliau menjawab mengenai isu royalti minyak berkenaan. Sejak isu itu meletus beliau tidak pernah bercakap sepatah pun. Beliau tetap membisu dari mengupas isu berkenaan seolah ianya tidak ada kena mengena dengan beliau. Kenapa?

Sebagai sang maling Mahathir tidak sesekali akan bercakap mengenainya. Kenapa, sebabnya beliau sangat sedar apa yang beliau lakukan itu bertentangan dengan Akta Petroleum dan juga bertentangan dengan semangat federalisme.

Mahathir makin terus jadi tidak terkutip kerana bukan saja Tengku Razaleigh Hamzah yang mempertikaikan tindakan Najib mendera Kelantan itu, tetapi bekas TPM, Musa Hitam juga turut berpendapat royalti itu hendaklah diberikan kepada kerajaan Kelantan. Sikap dan pendirian Razaleigh dan Musa ini telah mencontengkan arang ke muka Mahathir.

Bila melihat perangai Mahathir saya jadi hairan kenapa NGO perkakas berkenaan boleh mengdundang Mahathir merasmikan mesyuarat agungnya sebagai mengganti Sultan Selangor yang membatalkan perkenannya untuk merasmi mesyuarat itu. Pada saya undangan itu kontras dengan moto NGO perkakas berkenaan yang kononnya hendak berjuang untuk Melayu dan menjaga hak bumiputera. Kalau mereka mengenali siapa Mahathir dan kalau NGO perkakas itu jujur untuk memperjuangkan Melayu NGO itu tidak akan undang Mahathir.

Apakah Mahathir pejuang Melayu? Apakah beliau membela Melayu? Orang selalu keliru mengenai pencapaian Mahathir ini. Kalau dari segi pembangunan infrastruktur negara memang beliau boleh dipuji. Itu pun boleh dipersoalkan. Tetapi kalau untuk Melayu ia boleh dibahaskan. Banyak kerosakan dan kemalangan menimpa bangsa Melayu disepanjang beliau menjadi PM selama 22 tahun. (Bab ini kita ulas kemudian).

Berbalik kepada usaha Sallahuddin tadi, elok kalau beliau desak penjelasan dari Mahathir, pencuri sebenar royalti minyak, bukannya dari Najib. Najib sebagai sebangsa dengannya (bangsa Umno) hanya mengikut apa yang bapak tirinya lakukan saja. Saya sebut bapa tiri kerana bapa sejati Najib ialah orang yang mahukan Petroleum digunakan untuk bangsa Melayu iaitu Tun Razak.

Sallahuddin boleh hantar surat untuk mendesak Mahathir membuat penjelasan. Ataupun lontarkan persoalan itu dalam parlimen biar anaknya, Mukhriz menjawab. Cuma saya ingin ingatkan Sallehuddin agar berhati-hati semasa melontarkan desakan dalam parlimen kerana pencium punggung Mahathir sudah pasti akan mempertahankan bekas PM itu bermati-matian. [wm.kl. 7:45 pm 31/03/10]

Dari Parlimen

Tembelang I Malaysia dan Apco Terdedah

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam telah menyahut cabaran supaya beliau membuat penjelasan berhuung dakwaan beliau 1 Malaysia ciptaan Najib Razak sebagai ilham dari One Israel. Berikut adalah ucapan pendedahan Anwar di parlimen semalam. - MSO

Bahagian Pertama.

TERIMA kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.

Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.
Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta.

Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.
Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.
Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.
Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.
Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika

Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan: “will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO. Bersambung. [wm.kl 10:00 am 31/03/10].

Tuesday, March 30, 2010

Susupan Tengah Malam

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno

MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali (foto) seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

Shuaib Lazim yang memegang jawatan Bendahari agung adalah bekas Adun Pantai Merdeka, Kedah. Kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Umno negeri berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Penerangan, Ruslan Kassim bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli parti PKR. Anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan gelanggang reformasi. Berbeza dengan Ezam Mohd Nor, Ruslan tidak bertidak memburukkan Anwar.

Manakala ketua Wiranitanya, Raihan Sulaiman Palestin juga merupakan ahli Umno dan bekas pimpinan Puteri Umno. Pernah mencuba nasib untuk merebut jawatan ketua Puteri Umno tetapi tewas disebabkan masalah teknikal.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin peringkat bahagian. Antara mereka , Ahmad Saad, Yusuf merah, Nasiruddin Rais bekas ahli pemuda Umno sebuah bahagian di Perak yang sudah tidak laku dan bermusuh dengan Zahid Hamidi.

Begitu juga beberapa nama dalam jawatankuasa dilantik merupakan bekas ahli Umno kemudian menyertai Umno semula.

Keseluruhannya kepimpinan Perkasa adalah ahli atau bekas ahli Umno. Adalah tidak benar kalau ada orang mendakwa Perkasa adalah NGO bebas dan bukan bias kepada Umno. Berdasarkan kepada latar belakang kepimpinan itu Perkasa jelas adalah perkakas kepada Umno.

Sementara itu beberapa nama yang menjadi ahli jawatankuasa penaja tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Perkasa itu. Apakah mereka telah memufarakah dari NGO berkenaan ataupun memang disingkir.

Antara mereka ialah Fuad Hassan yang memegang jawatan Timbalan Presiden, Rohanie Ahmad, Ketua Penerangan, Md Radzi Mustapa selaku penasihat undang-undang Perkasa dan Yahya Lampong yang mewakili Sabah. Begitu juga dengan aktvis dan tokoh belia Perak Yammy Samad juga tidak tersenarai dalam kepimpinan baru itu. Kamal Amir Kamal Hijaz yang turut dijemput menganggotai pertubuhan itu juga tidak kedapatan dalam mana-mana senarai penjawatan. [wm.kl. 12 t/malam 31/03/10]

Telefon Dari Kota Bharu

Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Paling Bersejarah!

RAKYAT Kelantan tentu merasa gembira dan bahagia kerana majlis penganugerahan darjah-darjah kebesaran yang dilakukan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Perta hari berlangsung dengan jaya dan selamatnya.

Tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku di sepanjang majlis penganugerahan yang berlangsung di Balai Besar Kota Bharu pagi ini. Remours seelum ini kononnya ada pihak yang akan membuat injuksi di mahkamah menghalang majlis berkenaan juga tidak berlaku.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad yang turut hadir memaklumkan majlis hari ini paling berjaya dan bersejarah. Katanya banyak sejarah yang tercatat hari ini dan boleh dibanggakan. Sudah tentu ianya mengenai penganugerahan darjah kebesaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga timbalannya Ahmad Yaacob dan beberapa tokoh politik yang lain.

Nik Aziz dianugerahkan darjah Kehormatan Negeri Kelantan yang membawa gelaran kebesaran Datuk Bentara Setia. Beliau juga menjadi kepala penerima darjah-darjah kebesaran hari ini. Dengan menerima darjah kebesaran itu Nik Aziz mendahului 80 penerima darjah kebesaran lain termasuk oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Manakala Ahmad Yaacob pula menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, kelas Pertama.

Bekas wakil rakyat Jeli, Apandi Mohamad pula yang turut mnghubungi saya menyatakan perasaan gembira dan kagum yang sama. Menurutnya belum ada dalam sejarah penganugerahan darjah kebesaran di mana golongan ulama dan ustaz diberi anugerah seumpama itu.

Antara ulama dan ustaz yang turut menerima anugerah ialah, Sepekar Dun Kelantan, Ustaz Nasiruddin Daud, Mundir Pondok Pasir Tumbuh, Hashim Abu Bakar tokoh akademi Dr Johari Mat, dan lain-lain. Penganugerahan kepada golongan ulama dan ustaz ini menandakan keprihatinan Pemangu Raja kepada jasa dan bakti mereka untuk negeri Kelantan.

Lain-lain penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ialah, anggota Exco Kerajaan Kelantan M (B) Anizan Abdul Rahman.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran hari ini menjadi konterovesi beberapa hari lalu apabila Setiausaha Sulit Kelantan, (yang diragui kesahihan perlantikannya), Wan Hashim Wan Daud mengistyharkan bahawa majlis itu dibatalkan. Bagaimana pun kontrovesi itu tamat apabila polis telah menahan Wan Hashim selama tiga hari dalam lokap untuk disiasat kerana dituduh melakukan penyamaran. Bagaimana pun beliau telah dibebaskan semalam.

Kerabat diraja Kelantan termasuk adianda Pemangku Raja semua berangkat kecuali Tengku Muhammad Fakry dan Tengku A'ishah Amalin Puteri. Bonda baginda, yang juga Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis juga tidak kelihatan. Tengku Razaleigh Hamzah yang juga selaku Timbalan Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan hadir. RALAT: Tengku A'isah Amlin Puteri turut berangkat pada majlis berkenaan. - mso 1:55 pm 31/03/10]

Mudah-mudahan dengan selamatnya majlis penganugerahan hari ini pergeseran yang berlaku dalam istana Kelantan akan turut berakhir dan negeri Kelantan akan aman dan makmur serta puliha seperti sedia kala. [d'kota kl 3:10 pm 30/03/10]

Monday, March 29, 2010

Sebelum Tidur

Wee Choo Keong Berak Atas Red Carpet

SAYA tidak mengikuti sepenuhnya ucapan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen hari ini. Apa yang saya dengar dari laporan tv dan radiso beliau telah membelasah beberapa rakannya dalam Pakatan Rakyat. Antara yang diungkitkan oleh beliau mengenai little Napoleon yang suka membuat fitnah. Di masa sama beliau memuji dan membela Najib Razak.

Beliau merujuk kepada perbuatan mencipta gambar dan disebarkan dalam internet. Adalah dipercayai gambar itu berkenaan Najib Razak yang sedang makan malam dengan Altantuya Sharribbu. Gambar itu gambar ciptaan Tian Chua. Tiang Chua sudah pun mengaku, dan kalau tidak silap beliau telah memohon maaf kepada Najib.

Saya juga tidak suka kalau ada orang membuat fitnah dengan mereka-reka gambar. Begitu juga dengan gambar Najib yang sedang makan malam dengan Altantuya itu. Saya tidak bersetuju awal-awal lagi. Tidak sepatutnya gambar itu disebarkan kerana ia menimbulkan fitnah dan boleh mengelirukan. Bagi saya apa yang dilakukan itu satu perbuatan melampau apa lagi oleh seorang ahli parlimen.

Tidak kurang ramainya orang yang mempercayai gambar yang dicipta oleh Tian Chua itu. Saya pernah bertengar dengan seorang lelaki di kedai mamak di Taman Melawati, mengenai gambar berkenaan. Dia bertanya saya mengenai kes Altantuya. Katanya benarkah Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Saya kata tidak ada bukti!

Lalu lelaki itu menjawab, ada bukti, ada gambar dalam internet. Saya tanya dia gambar mana? Jawabnya gambar Najib sedang makan dengan Altantuya. Saya memberi tahu gambar itu palsu, rekaan. Dia tidak mempercayai kata-kata saya. Puas saya cuba nak yakinkan lelaki berkenaan namun dia tetap mengatakan itu adalah bukti sahih.

Akhirnya saya meninggalkan lelaki berkenaan tanpa menghabiskan air kerana marah. Dalam hati saya berkata, betapa kerana gambar ciptaan Tian Chua menyebabkan seorang lelaki telah mempercayai dakwaan mengatakan Najib terlibat hanya kerana melihat gambar superimpose berkenaan. Semiggu kemudian saya didapati lelaki berkenaan mengalami masalah mental. Patutpun...

Sepatutnya kerajaan menerusi akta Multi Media dan Komunakasi mengambil tindakan ke atas Tian Chua kerana meyebarkan fitnah menerusi gambar berkenaan. Malangnya Tian Chua tidak dikenakan apa-apa tindakan, dan ini menyebabkan orang beranggapan gambar itu adalah benar.

Begitulah kesan gambar berkenaan, sebab itu saya mengutuk dan membenci bila ada manusia tidak bertanggungjawab membuat gambar superimpose. Beberap hari lepas seorang rakan yang baru balik dari Mongolia menceritakan dia ternampak gambar Altantuya dengan Najib yang disiarkan dalam majalah. Saya tanya kawan itu kenapa tidak bawa balik? Dia hanya terdiam, dan satu lagi fitnah cuba di lempar kepada Najib.

Bukan saja gambar berkenaan, tetapi gambar-gambar lain juga. Kalau buka blog liar dan blog hantu macam-macam gambar superimpose yang direka dengan tujuan untuk menyindir dan mengaibkan para pemimpin negara ini. Tidak kira blog penyokong UBN atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya sama-sama melampau dan sama-sama gila. Etika penyiaran dan kebebasan press telah dilanggari sewenang-wenangnya. Adalah baik kalau pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas blogger hantu begini tidak kira dari puak mana untuk pengajaran bersama.

Berbaik kepada ahli parlimen Cina berasal Kelantan tadi, saya ada membuat spekualsi di dalam blog ini beberapa minggu dulu. Antara ahli parlimen berpotensi akan melompat meninggalkan blok Pakatan Rakyat di Parlimen ialah Wee Choo Keong. Saya membuat spekulasi itu tidak berpandukan kepada apa yang berlaku hari ini, tetapi melihat kepada tindak tanduknya dan juga firasat jiwa saya.

Pendedahan beliau terhadap Setiausaha Politik, Perdana Menteri, Shafei Abdullah kononnya terlibat dalam rasuah saya lihat adalah strateginya untuk membolehkan beliau berjumpa dengan Najib. Ternyata selepas beliau mengusik Shafei Abdullah itulah beliau pergi menghadap Najib. Ini dapat saya rasakan selepas saya menulis dalam blog mengenai keberanian beliau itu, beliau terus mendiamkan diri.

Mengenai kedatangannya ke pejabat Najib di Putrajaya kawan bloger saya Zaharin Mohd Yaasin boleh bercerita apakah tujuan Wee Choo Keong berjumpa dengan Najib. Menurut seorang lagi kawan bloger Zaharilah yang membawa Wee Choo Keong berjumpa dengan Najib?

Selepas itu beliau mengikut rombongan bersama Najib ke luar negara. Mengenai lawatan itu kata Wee, di parlimen hari ini itu perkara biasa. Wakil rakyat pembangkang lain juga takwilnya ada sama yang ikut perdana menteri. Tetapi pemergian Wee itu menjaditanda tanya. Dalam hal ini kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Wee juga tentu tahu beza salakan anjing dengan salakan babi. Bukan mudah orang seperti Wee bekas ahli DAP tiba-tiba boleh mengekori Najib begitu saja kalau bukan untuk dijadikan haiwan pemburu.

Dan hari ini apabila Wee membelasah rakan dalam Pakatan Rakyat menimbulkan soal little Napoleon ia sama nada dengan ahli parlimen tikus belut dari Utara sana yang menyebut istilah Firaun kecil. Bezanya istilah saja berbeza tatapi maksdunya, kenapa istilah itu ditimbulkan adalah sama. Orang-orang ini sengaja mencari istilah dan kesalahan itu untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menikam kawan.

Saya percaya (bukan selepas ucapan di parlimen hari ini tetapi lama sebelum ini), ahli parlimen Wangsa Maju itu juga akan meminta untuk digorupkan dalam blok bebas. Saya mahu tenguk kalau sebelum ini Wee mencemuh ahli Parlimen Pasir Mas yang bertukar menjadi katak, apakah pula nama yang akan beliau tagkan di bajunya. Apakah katak juga ataupun haiwan lain yang lebih tinggi lompatannya.

Apa yang Wee lakukan hari ini bukan saja menyinggung rakannya dalam Pakatan Rakyat tetapi ia juga benar-benar mengecewakan pengundinya di Wangsa Maju. Kalau pengundi tahu bahawa Wee seorang yang tidak jujur dalam berpolitik sudah tentu pengundi di Wangsa Maju memilih Yew Teong Look menjadi calon. Daripada menyokong musuh berbuluh ayam lebih baik menyokong musuh yang jelas tetapi memberi faedah pembangunan setempat.

Meskipun keduanya orang Cina, namun Cina bernama Yew Teong Look lebih konsisten dan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun kalah. Kehadiran Wee, ke Wangsa Maju yang disambut dengan red carpet disia-siakan sahaja kerana Wee tidak tahu menilai kesucian dan keagungan red carpet itu. Kerana kedugunan itu menyebabkan hari ini beliau berak atas carpet berkenaan. Ataupun Wee terpaksa berbuat begitu kerana mengelak sesuatu yang boleh memeritkan dirinya? Maka beliau tidak ada jalan lain melainkan terpaksa berak meskipun atas red carpet. [wm.kl. 10:30 pm 29/03/10]

Bermain Dengan Penjenguk

Saya Tak Mainlah Superimpose...

BERHUBUNG dengan posting sebelum ini yang memaparkan gambar Ibrahim Ali dengan Anwar Ibrahim ada seorang penjenguk mempertikaikan gambar berkenaan. Menurut penelitiannya secara saintifik dan mengakui dia sebagai seorang ahli grafik, katanya gambar itu adalah super impose.

Beliau persoal lengan Anwar lebih besar lengan Ibrahim Ali. (Memanglah lengan Anwar lebih besar dari lengan Ibrahim sebab Anwar nak lengankan Brahim - he he).

Beliau kesal kerana saya telah memperalatkan kecanggihan IT untuk menipu penjenguk blog ini, katanya. Beliau juga mempersoalkan gambar saya dengan Nik Aziz. Barang kali penjenguk ini dengki kerana dia tidak dapat untuk merakam gambar sedemikian.

Saya ucap terima kasih atas pemerhatian dan penelitian penjenguk blog ini. Saya sangat terkilan kalau ada apa-apa maklumat atau fakta yang tidak berfakta. Saya tidak tahu kalau ada penjenguk yang berfikiran seperti kebanyakan bloger hantu yang kreatif dalam membuat super impose.

Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar termasuk yang saya postkan dalam blog ini bagi menjelaskan kekeliruan dan kekemetotan otak penjenguk berkenaan.

Untuk pengetahuan penjenguk blog ini saya tidak suka bermain dengan gambar superimpose malahan kerja itu saya mengutuknya. Apa yang saya siarkan dan tulis adalah berdasarkan fakta dan bukan ilusi sekadar untuk suka atau mengelirukan orang.

Saya berharap penjenguk otot kemetot itu dan yang lainnya yang cuba menyamakan saya dengan blogger hantu lain membuat kajian ke atas beberapa keping gambar yang saya sertakan ini. Daya mencabar kalau terbukti ianya superimpose hadiah berniat wang jutaan ringgit akan diberikan. Rebutlah...

Untuk makluman gambar ini bersama puluhan yang lain saya rakam sewaktu Ibrahim Ali dan ribuan orang menanti kepulangan Anwar dari luar negeri pada 25 Mei 2005. Mungkin pada tarikh itu penjenguk yang mengakui pakar dalam fotografi itu masih belum lahir lagi! Untuk pengetahuan juga gambar Ibrahim dalam keadaan lebih dhsyat dari ini pun ada dalam simpanan saya, ianya asli bukan superimpose. [d'kota kl 8:30 pm 29/03/10]

Perjalanan Ke Kuala Kubu

Apa Khabar Abuya Ashaari Muhammad?

SEWAKTU menziarahi jenazah sahabat saya Khairel Annuar Ujang di Rawang hampir setahun lalu saya diberitahu oleh berapa orang bekas pengikut Al Arqam yang Ashaari Muhammad sedang uzur yang kritikal. Beliau terbaring dan tidak dapat bercakap. Beliau tidak dapat untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah Kahiril yang juga menantunya.

Selepas sembahyang jenazah, Ustaz Abdul Aziz Ismail salah seorang orang kuat Darul Arqam mempelawa saya dan beberapa yang lain untuk ke rumah Ashaari untuk menziarahi beliau. Pelawaan itu sangat disukai. Saya sudah tidak menemui bekas pemimpin Arqam ini lebih lima tahun.

Kali terakhir berjumpa beliau ialah dua hari sebelum beliau dibuang daerah ke Sabah kalau tidak silap tahun 2003.

Malangnya, seseorang yang dihubungi Ustaz Aziz memaklumkan Ashaari tidak boleh ditemuinya. Katanya Khtijah Am iaini isterinya tidak membenarkan untuk kami menziarahi Ashaari. Jadi tidak kesampaian lah untuk melihat Ashaari pada hari itu.

Beberapa bulan lalu saya mendapat berita daripa Adun Linbungan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamad mengatakan Ashaari ada ke Pasir Puteh dalam rangka kerja dakwah dan perniagaanya. Saya minta kepastian apakah berita itu hanya didengar olehnya saja, tetapi kata Zainuddin dia lihat sendiri.

Sebulan lalu seorang sahabat dari Medan, Sumatera memberi tahu yang Ashaari ada di Aceh. Sahabat itu bertanya saya apakah dia perlu berjumpa atau tidak dengan Ashaari kerana selepas di Aceh Ashaari akan berangkat ke Medan. Saya memberi tahu sahabat itu apa salahnya berjumpa dengan Ashaari, kalau pun tidak mahu ikut berniaga bersamanya tetapi kebaikan yang beliau lakukan sebelum ini harus diterima.

Saya tidak pasti apakah kawan itu ke lapangan terbang Polonia untuk menanti dan berjumpa Ashaari atau tidak.

Selepas itu saya tidak mendengar apa-apa berita mengenai Ashaari lagi. Tidak ada laporan media mengenai kedudukan terkini beliau. Apakah beliau sihat atau masih keuzuran? Dan kawan-kawan yang terdiri dari bekas pengikut Arqam semasa berjumpa di Sungai Srai akhir bulan lepas juga tidak mengetahui kedudukan Ashaari.

Tiba-tiba hari ini hati dan rasa rindu kepada Ashaari terubat apabila ketika hendak add seorang sahabat baru Facebook, sewaktu memeriksa latar belakang kawan itu saya terjumpa gambar Ashaari sedang baring dan disampingnya ada empat perempuan di dalam album FBnya. Melihat gambar itu Ashaari seperti dalam keuzuran. Apakah gambar Ashaari itu yang terkini ataupun gambar lama?

Saya tidak bernai untuk komen keadaan Ahaari dari gambar ini. Saya serahkan kepada pejenguk sekalian untuk melihat dan menilainya sendiri. Tetapi yang jelasnya walaupun dalam keadaan baring Ashaari masih mengenakan pakaian sunahnya, masih berjubah, berserban, satu budaya yang sangat dijagainya kerana menyakini ia mendapat berkat.

Saya mengharap rakan FB saya bernama Jaafar Salleh itu dapat memberi caption story kepada gambar ini. Dan saya tanpa meminta izinkan 'mencuri' gambar ini untuk diabadikan dalam blog ini. Diharap ianya dimaafkan oleh Jaafar dan juga Ashaari. [wm.kl. 7:15 pm 29/03/10]