Wednesday, April 15, 2009

Politik Penyu 2

10 Adun BN Hangat-Hangat Tahi Ayam

KESEMUA 10 Adun BN yang memboikot sidang Dewan semalam hari ini kemabali tercokol di kerusi masing-masing. Apakah keselamatan mereka sudah terjamin ataupun diberi kata dua oleh Presien Umno, Najib Razak. Semalam Najib mengatakan dia akan menanyai MB Terengganu berhubung krisis kecil yang berlaku di Terengganu itu.

Tentu Mat Said tersenyum lebar meliha gelagat anak buahnya itu. Bagi Mat Said krisis kecil itu tidak pun memberi apa-apa bekas kepadanya. Lainlah kalau 10 Adun itu keras kerak untuk tidak terus hadir sidang Dewan.

Apabila kesemua mereka hadir termasuk Rosol Wahid yang dianggap sebagai ketua bermakna tindakan atau mesej yang dihantar oleh 10 orang itu tidak akan menakutkan Mat Said. Mat Said kini seperti sudah mendapat perlindungan dan ada insuran nyawa politik dari Kuala Lumpur.

Benar juga kata seorang penjenguk blog Merah Tinta, tindakan 10 Adun BN itu tidak berapa cerdik. Kalau sungguh mereka mahu mengemukakan undi tidak percaya kepada Mat Said kenapa tidak berunding dulu dengan lapan Adun Pas. Biar Adun Pas yang bawa dan mereka jadi tukang sokong.

Kalau pelan itu dipakai barulah tidak terdedahkan kebodohan ke 10 Adun berkenaan. Walaupun mereka menggatakan keputusan mereka tidak hadir ke sidang Dun itu kerana keselamatan mereka tidak terjamin ekoran ada SMS yang mengancam nyawa mereka, tetapi orang tahu apakah hujung jatuh tindakan itu.

Masakan tahap keselamnatan di Dun tiba-tiba kembali kebal menyebabkan mereka masuk semula ke Dun? Apakah tahap keselamatan Dun sebelum ini begitu longgar? Lain kali kalau nak buat sesutau tindakan dan ugutan biarlah cerdik dan profesional sikit. Sekali buat silap maka lain kali sukar untuk orang mempercayainya.

Kini Mat Said boleh ketawa besar dengan telatah 10 Adun BN yang menentangnya itu! [jalan pahang. 11:20 am 16/04/09]

7 comments:

checkmate said...

hangat2 tahi ayam...

buat tindakan xpakai otak..
hanya disebabkan sms tah pape..

dah kecut perut...

tgk karpal singh..peluru 2 butir pun berani hadir ke dewan parlimen lagi..

JASMA said...

assalamualaikum....
satu kupasan menarik...
sepatutnya 10 org tersebut terus terang jelah nak jatuhkan MB...
jgn berselindung disebalik satu sms...
hari ni dah hadir semula....
apa punya perangai ler...
kalau betul-betul berani...
letak jawatan sekaligus...
kotakan apa yg diucapkan ketika bermula ura-ura idris jusoh x dilantik MB...ada berani ke?
untuk MB sekarang teruskan usaha anda ....
walaupun peruntukan yg dijanjikan tidak kunjung tiba.....

din said...

MSO,

Mereka cuma nak kata, yang mereka boleh ada 10 orang yang boleh buat macam PAS...

" MOHON SEMBAH DERHAKA "

Tuanku...kami tak boleh terima MB pilihan Tuanku...

Kami Mohon Sembah Derhaka tapi cara sinis Tuanku...

payavillage said...

tuan MSO, saya banyak mengikut tuan tulisan tuan , kebanyakan sangat cantik dan sangat kurang memihak..berkenaan dgn adun tganu ni memang dah perangai umno begitu, depa ni belanja besar,tak kan nak protes lebih2,nanti hidup susah.kita belum jumpa lagi la yang sanggup dibalun macam DSAI..hangat2 tahi ayam tu sangat tepat..

nizar perubah said...

Umno Terengganu perangnya tiada penghujung. Tiada siapa yang boleh bertindak selaku PBB untuk mengadakan gencatan senjata antara puak puak umno yang bertelagah ini. Degil, sombong, tak sedar diri adalah sifat-sifat yang dimiliki umno terengganu.Apa pun tunggulah saat-saat kehancuran tersebut. Selamat Tinggal UMNO Terengganu.

batunisan said...

adakah pas terengganu telah bersedia untuk ambil alih kepimpinan..
sediakanlah skuad pelapis yang mantap untuk isi teraju negeri...

kenapa pas terengganu tak pandai main politik atas isu ni...bersekongkol ajerlah dengan geng 10 tu...usulkan undi tak percaya, pas tu slow talk ngan sultan untuk bubarkan dun....dalam keadaan rakyat yang memihak pada kita ni... bagus untuk rampas negeri...asyik pr je yang diserang apa kata skang ni kita mulakan serangan kat depa pulak...
ker masing2 sibuk aturstrategi pemilihan bulan 6 ni...

abikhsan said...

Mula-mula lobi nak jadi Adun, sebabnya nak cepat jadi kaya. Lepas tu lobi projek. So kalau tak ngam dengan kepala maka susahlah projek nak masyuk.... So buat onar utk pastikan yang ngam dgn kita jadi kepala.....

Bukan pikir nak khidmat pada pengundi atau rakyat yang pilih atau kawasan DUN masing-masing tapi nak kenyangkan perut masing-masing...... malu weiihhh....